Others

Meh le follow...

Tuesday, March 27, 2012

Main panjat-panjat bukit...

Aku ni bukanlah jenis yang suka aktiviti riadah nie. Tapi pada suatu hari tu tanpa diduga aku telah berjaya mendaki bukit-bukit di sekeliling kampus aku kat UiTM Puncak Perdana, Shah Alam. Aku pun tak pernah sangka yang bukit-bukit tu boleh dipanjat. 

Lepas solat Subuh, aku dengan beberapa member pergi la panjat bukit-bukit tersebut. Ingatkan rendah je, tapi tinggi jugak wooo.. Semput aku dibuatnya. Tapi bila dah sampai kat puncak, memang best la. Pemandangannya memang menakjubkan. Lebih-lebih lagi waktu pagi time matahari baru nak terbit. Aku dah rasa macam kat Cameron Hingland je.. Subhanallah. Memang cantik...
Turun je bukit tu kitorang terus jumpa tasik yang besar gak la..  Pusing-pusing sekejap dekat tasik tu lepas tu terus pergi sarapan. Abis dah cerita aku.... Sekian... 
Pemandangan kampus UiTM Puncak Perdana dari atas bukit...
 
Tinggi tak???

Member-member aku... 

Beliau ni yang paling excited sekali mendaki. Pro lah katakan. Dah hampir 10 kali daki bukit-bukit nie. 
Kolam kecil yang cantik. Memula tu air dia jernih je.. sekali masukkan kaki, habis berkeruh... 

Cantik kan? kan? kan?...

Time ni tersalah laluan, tak boleh nak turun. Gila kau, boleh mati tu kalau tersilap langkah. Tinggi kot. Last sekali patah balik ikut laluan yang rendah sikit...

Tasik yang cantik dekat kaki bukit... 

Dengan memerhatikan alam, akan terlihat tanda-tanda kekuasaan Allah. Lihatlah alam! Kagumi, hayati dan pujilah kehebatan Tuhan. Subhanallah...

Wednesday, March 21, 2012

Thursday, March 15, 2012

Filem 7 Petala Cinta... Dakwah atau keuntungan semata-mata???


Sekarang ni kat panggung tengah menayangkan cerita 7 Petala Cinta yang merupakan sebuah filem cinta berbentuk Islamik yang diarahkan oleh Azahari Zain dan diterbitkan oleh Metrowealth...

Apa yang menarik dan mungkin menjadi tanda tanya ialah filem ni diterbitkan oleh David Teo yang kita ketahui bukanlah beragama Islam. Sesuatu di situ.. Seorang yang bukan beragama Islam menerbitkan filem yang berunsurkan Islam. Adakah ia hanya sekadar ingin mengaut keuntungan atas nama Islam semata-mata atau beliau sememangnya amat tertarik dengan keindahan Islam dan cuba untuk mengetengahkan keindahannya? Sama-samalah kita bersangka baik ye...

Berbeza dengan filem Ketika Cinta Bertasbih yang ditulis oleh Habiburrahman el-Shirazy yang kita ketahui adalah graduan lulusan Al-Azhar yang sememangnya merupakan orang yang benar-benar faham tentang Islam. Justeru terhasillah novel dan filem yang begitu memberi kesan dan menjadi fenomena suatu ketika dulu. Menonton filem tersebut mampu menginsafkan dan terasa seperti ingin menjadi seperti watak-watak di dalamnya. Syariat dan pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam filem ini pun begitu terjaga.

Filem ini hampir menyamai filem Syahadat Cinta dari Indonesia. Tak serupa tapi hampir-hampir sama. Mungkin persamaan tidak disengajakan. Apapun, pujaan harus diberikan di atas usaha penerbitan filem-filem Islamik seperti ini. Mungkin pada awalnya dapat dilihat kepincangan disana-sini terutama dari aspek syariat dan penutupan aurat yang tidak begitu sempurna oleh para pelakonnya. 

Namun, ia boleh diperbaiki tetapi perlulah ada penglibatan orang yang benar-benar faham tentang Islam supaya ia tidak sekadar menjadi filem yang hanya menggunakan title 'Islam' untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Err, aku sebenarnya belum tengok lagi pun cerita ni.. Just tengok trailer dia aje.. Tapi aku rasa macam menarik. Sesiapa yang dah tengok tu boleh la komen.. Jom kita sokong filem-filem seperti ini daripada filem-filem yang mengarut dan tah apa-apa tu...

Saturday, March 10, 2012

Follower ke-1000

Rasa cam dah lama tak buat entri review mengreview blog nih... Makanya bersempena dengan follower aku yang dah mencecah 1000, aku nak review la blog-blog yang bertuah...
First, meh kita terjah follower ke-1000 blog aku nih iaitu Blog Miss Hidden. Pemilik blog nih suka share tips-tips yang best. Meh le terjah..
Kalau tengok kat atas tu mungkin kau akan nampak yang Miss Hidden ni bukanlah follower ke-1000 blog aku. Tapi yang sebenarnya beliaulah follower ke-1000 blog nih. Disebabkan ada seorang follower yang telah mengunfollow blog nih, maka terjadilah hal yang demikian. Huhu...
Follower yang ke-1001 pulak adalah Blog afiq yassin... Blog beliau ni sungguhlah smart.. Rasa tenang je bila masuk blog beliau..
Alang-alang aku nak review gak blog yang ke-1002 iaitu Blog Zamani84.. Aku suka giler dekat banner yang ada gambar beliau tu. Ada stail la bro.. Unikkk... Blog nih ada banyak entri yang best-best. Siyes..
Orait.. untuk the next blog review, tunggulah bila sampai follower yang ke-2000 nanti.. Huahaha..

Tuesday, March 6, 2012

Permainan pasang-pasang yang best

Pernah main benda ni tak? Kenangan beb... Masa kekecik dulu aku rajin sangat beli keropok apa entah yang dalamnya ada benda atas nih.. Beli keropok tu banyak-banyak semata-mata nak dapatkan permainan kat dalam tu...

Best woo.. Kau kena leraikan badan dia pastu kau pasang la sendiri... Aku simpan benda alah ni sampai sekarang.. Sayang nak buang. Nanti aku nak tunjuk kat cucu cicit aku... Dengan penuh bangganya aku akan cakap...

"Dulu atuk main benda ni lah.. Kau ada???" Huahua...

Sebenarnya banyak lagi koleksi yang aku ada.. Tapi disebabkan aku dah duduk asrama time sekolah menengah, maka barang-barang aku termasuk benda nie pun 'dikuasailah' oleh adik-adik aku.. Itu yang banyak hilang entah ke mana.. 

Aku hangin je bila aku balik asrama mesti ada barang-barang aku yang hilang atau jahanam.. Adik-adik aku punya kerja lerrr tu. Dasar kedengki betol.. Tak bulih tengok abang diorang nih bahagia sikit... huhu..

Kenangan-kenangan......

Saturday, March 3, 2012

Pentas drama dunia

Hidup tak sama macam novel mahupun drama atau filem...
Kerana liku-liku hidup yang sebenar itu lebih hebat dan dahsyat lagi...

Kita boleh mengetahui pengakhiran sebuah cerita dimana ia mungkin sahaja sedih atau gembira...
Namun pengakhiran sebuah kehidupan yang sebenar langsung tidak mampu kita duga...

Kita seronok mendengar, membaca dan menonton seribu satu cerita...
Tetapi cerita hidup kita, adakalanya kita langsung tidak mengendahkannya...

Mungkinkah cerita hidup kita akan berakhir dengan bahagia atau hanya lara yang bertandang?
Itu hanyalah pengakhiran sebuah kehidupan...
Bagaimana pula sambungan episod kisah kita di alam sana?
Mungkinkah sambungannya adalah kisah gembira atau sebuah episod sengsara...

Kita pelakon dan kitalah pengarah di pentas drama dunia ini...
Justeru, ayuh kita warnainya dengan episod-episod pengabdian dan rasa cinta pada Yang Maha Esa...
Moga pengakhirannya indah & kekal bahagia....


Friday, March 2, 2012

Hanis Zalikha dah jadi wartawan@pengacara TV...

Internet cam haremmm.. Itu yang jarang aku mengupdate.. Erm, nampaknye tak ada yang berminat ponnn nak beli blog aku nihhh.. Makanya terpaksalah aku kembali berblog antara rela dan terpaksa..

Tadi aku duduk-duduk la depan tv selepas penat melantak ayam KFC dengan family aku. AKU YANG BELANJA TAU... Nengok rancangan Panorama kat TV1.. Tetiba kuar muka Hanis Zalikha tengah jadi model pakaian batik.. Ingatkan setakat tu je.. Rupa-rupanya ada lagi muka dia tengah interview pemilik syarikat batik tu.. Caption kat bawah skrin tu tulis "wartawan lokasi"...

Aku pun berceritalah dengan penuh bangga tentang si Hanis Zalikha ni kat emak ngan adik-adik aku... Dengan harapan mak aku berkenanlah nak buat menantu.. kehkeh...

Wahhh, kelasss kau Hanis.. Tak sia-sia kau belajar kat UiTM Johor dengan aku dulu.. Sape2 yang tak kenal Hanis Zalikha, ini blog dia... Err, ada ke yang tak kenal dia???
~Apsal entry aku kali ni macam pelik je... Dah macam blog hiburan pulak.. huhu..~
Related Posts with Thumbnails