Pelbagai perkara pelik melanda
dunia sejak akhir-akhir ni. Dan ia turut dirasai di negara kita yang tercinta.
Satu demi satu berita kehilangan pesawat dan pesawat terhempas kita dengari
setiap hari. Yang misteri terus kekal misteri. MH 370 misalnya. Terbaru berita
pesawat Air Asia yang terhempas. Allah, apa yang berlaku ini pasti ada di dalam
rencana-Mu.
Banjir yang kian menjadi-jadi.
Merebak dari satu negeri ke satu negeri.
Ujian atau rahmat? Ujian pastinya dan tentu sahaja ada rahmat yang
antara kita sedar atau tidak.
Kewujudan pelbagai penyakit
pelik. Wabak ebola, SARS satu ketika dulu. Selsema burung dan macam-macam lagi
yang tak pernah terjangkau oleh dunia perubatan.
Pembunuhan dan kezaliman yang
semakin menjadi-jadi. Di Syria, Mesir, Pakistan dan lain-lain. IS yang semakin
mengganas.
Apakah dunia semakin tak selamat?
Apakah dunia dah semakin tenat? Ataukah manusia yang semakin jauh daripada
Tuhannya menjadi penyebab kepada semua yang berlaku ini.
Atau ini sebenarnya adalah
petanda bahawa dunia dah semakin hampir dengan kiamat???
Kita terus lalai. Terus leka. Tak
pernah nak mengambil iktibar daripada setiap yang berlaku ini.