Others

Meh le follow...

Tuesday, January 10, 2012

Awek, meja, exam & pengawas exam... Tajuk tah ape-ape.. ;-)

Semalam aku exam. Masa nak masuk dewan exam tu, mata aku pun melilau-lilau la cari port baik punyer. Tiba-tiba aku nampak ada satu meja kosong sebelah awek muslimah cun bertudung agak labuh. Aku pun dengan langkah penuh menggoda terus tuju kat meja sebelah awek tu dengan harapan awek tu berkenan kat aku. Boleh la dapat calon isteri.
Tapi hampeh betul, awek tu langsung tak pandang kat aku. Jeling-jeling pun tak de. Adehh, memang muslimah betul. Aku suka, aku suka. Macam tu lah bagus. Bak kata Ustaz Azhar Idrus “Perempuan yang suka melayan ramai lelaki tidak sesuai dijadikan isteri.”
So, awek nie kira sesuai la dijadikan bini. Heh heh. Oh, aku terlalu gatal... Sori cik awek..
Keterujaan duduk sebelah awek tu direntap oleh keadaan meja aku yang asyiklah bergoyang-goyang. Aku rasa orang yang buat meja tu silap ukur dia punya kaki la. Itu pasal meja tu goyang-goyang sebab kaki tak sama panjang.
Aku pun amek la pen lepas tu letak kat bawah kaki meja tu supaya meja tu tak goyang-goyang lagi. Lepas tu, aku pun jawablah exam dengan penuh ketenangan. 
Ini adalah meja exam! Nak buat meja tidur pun bulih!!!
Tiba-tiba datang sorang pengawas exam duk bongkok-bongkok kat sebelah aku. Apa hal lah ni. Rupanya dia tengah berusaha sepenuh tenaga menarik pen bawah kaki meja aku tu. Tarik-tarik tak boleh, tarik tarik tak boleh.
Dengan selambanya pun aku berkata, “Pen tu saya buat alas sebab meja nie goyang-goyang.”
Dia pun tersengih-sengih kemaluan sambil berkata, “Oh, ye ek? Awak ada pen lain tak?”
Sambil membuat muka pelik aku pun menjawab, “Ada.”
Haisshhh.. Takkan la aku nie sengal sangat kan bawak sebatang pen je pastu pegi buat alas kaki meja.
Ingatkan dah setel. Beberapa langkah pengawas tu berjalan tinggalkan aku, tiba-tiba dia patah balik tanya soalan yang sama, “Awak ada pen lain tak nih?”
“Ada-ada. Jangan risau.” Adehhh, bagus betul puan pengawas tu. Sayang betul dia kat aku. Kalaulah awek kat sebelah aku yang tanya macam tu. Hoho..
Jawab exam dibawah cahaya mentari... Kau mampu?
Lepas tu aku pun sambung la balik jawab exam. Beberapa minit lepas tu ada lagi seorang pengawas lelaki duk bongkok-bongkok sebelah aku. Sama gak la. Dia duk sibuk tarik pen bawah kaki meja aku tu. Disebabkan dia lelaki, so agak ganas la aksi dia menarik pen tu. Haha. Aku duk gelak je. Dalam hati la.
Aku dah explain pen tu untuk alas kaki meja. Tapi dia tak berapa nak dengar. Aku pun terpaksa la cakap kuat sikit. Baru dia dengar. Budak-budak lain yang tengah jawab exam dah usha-usha pelik je. Apalagi dia pun buat la muka cover malu sambil menepuk-nepuk bahu aku dengan penuh kasih-sayang. Huahua.
Ingatkan dah boleh jawab exam tanpa gangguan. Rupa-rupanya ada lagi. Haisshh, memang mengganggu kosentrasi aku betol. Datang pulak seorang cik pengawas buat benda yang sama. Bongkok-bongkok sambil menarik-narik pen dengan penuh perasaan.
Adoii, cukup-cukup le tu pengawas-pengawas semua. Cukup-cukup le ganggu aku nak jawab exam.Aku dah rasa macam tengah memperdajalkan pengawas exam pulak. Sorang-sorang terkena dengan aku. Maaf le. Saya bukan sengaja.
Semua salah meja tu. Siapa suruh dia goyang-goyang! Huhu. Aku nak pikat cik awek muslimah kat sebelah aku tu, bukannya pengawas-pengawas@lectures tu. Haisshh...
Itulah balasannya kalau niat tak berapa nak betul. Kan Allah dah bagi balasan. Padan muka aku kena kacau time jawab exam... Huhu. Ini semua cik awek tu punya pasal!!! Errr... 

Perhatian!!! Aku tak gatal k! Saja tambah effect jiwang kasi saspen sikit entri nih.. Huahua.. 

Wednesday, January 4, 2012

Cikgu Bahasa Inggeris adalah sangat menakutkan...


Kau perasan tak? Cikgu Bahasa Inggeris (BI) nie ada satu stail dan peel yang agak lain dari yang lain. Ke aku sorang je yang perasan?
Apabila cakap tentang cikgu BI, biasanya apa yang terbayang di kepala hotak kita ialah mereka nie garang macam rimau, berstail, ada klasss, dan sangatlah cerewet. Heh heh..
Aku pun tak paham. Sejak dari sekolah rendah lagi, aku cukup ngeri dan takut dengan cikgu BI. Adakah sebab mereka nie makan orang? Atau adakah mereka nie alien dari planet Marikh? Oh, semestinya tidak! Mereka juga orang biasa-biasa..

Masa kat sekolah dulu, bila cikgu BI jejak je kaki dalam kelas, aku dah mula tak senang duduk. Rasa macam tengah terperangkap dalam kandang rimau. Hah hah..
Tapi tak de lah semua cikgu BI aku macam tu. Ada juga yang aku jumpa tu cool abis, penuh sifat keibuan, cun pulak tu. Huahua..
Aku nie tak berapa nak pandai speaking London. Maybe itu pasal la aku tak berapa nak ngam dengan cikgu BI. Bila nampak cikgu BI je aku lari, sebab aku takut bila dia cakap dengan aku, aku duk terkebil-kebil macam tertelan kapur sebab tak reti nak membalas apa yang dia cakap.
Dan sekarang aku dah jadi budak UiTM yang lecture nye cakap BI, buku dan bahan rujukan dalam BI, presentation dalam BI, dan jawab exam pun kena dalam BI. Pendek kata semuanyalah dalam BI. Dan kitorang pun kena ambik subjek BI selama 3 semestar untuk diploma & 2 semestar untuk degree.
Huhhh.. Memang stress la untuk aku yang tak berapa nak bagus dalam BI nie... Tapi sekarang semuanya dah okay.. Aku dah semakin serasi dan semakin jatuh cinta dengan cikgu BI.. Bukan setakat speaking London, speaking Amerika pun aku boleh.. hihi..
Dikesempatan ini, aku nak ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu2 BI sejak aku tadika hinggalah ke universiti yang telah mencurahkan ilmu mereka yang tidak terhingga pada aku. Tanpa kalian, aku tak pandai nak speaking London. Tanpa kalian, aku tak pandai nak buat essei panjang-panjang dalam BI time jawab exam.
Sepertimana pesanan Usop Wilca.. “Itulah pentingnya English education....!!!!”
I love cikgu/lecture Bahasa Inggeris!!!! Muahhhh!!!!

Monday, January 2, 2012

Entri tak bertitle...

Holla.. Reza Ar-Razi in the house (sila baca lengguk Fara Fauzana ye)..
Baiklah hari ni Fara Reza akan borak-borak kosong aje sebab ketandusan idea..
Kalau you all semua perasan, kat header blog aku nih dah tak de dah muka aku yang giler interprame tu. Pasti you all semua akan merindui wajah ku yang jelita itu. Huahua..
Erm, sejak aku post entri pasal Kehenseman dan kecantikan itu satu anugerah!!!, tetiba aku rasa malu pulak dengan muka sendiri.
Disebabkan aku nie ensem sangat, maka nye aku pun men’delete’lah gambar itu agar aku tidak terus perasan dan bajet ensem.
Dan yang paling utama sebenarnya adalah aku tak nak you all semua rasa macam nak muntah atau nak hack bila bukak blog aku nih disebabkan kepoyoan aku meletakkan gambar yang sebegitu jelita & menggoda itu di header blog aku nihhh..
Aku nak jadi low profile je lepas nih. Biar orang kenal aku dengan nama Reza Ar-Razi je. Jadi tidaklah aku malu jika ingin keluar berfoya-foya dengan gaya yang sakai sekali pun...
 Menatang bajet comel.. Menyampah....
Haisshhh.. Kenapa dengan aku nih??? Selama ni post entri bajet alim jeh.. Ari ni entri tah ape-ape..
Entahle.. Ini la akibatnya apabila dah tak ada idea nak ngupdate blog.
Pesanan aku, “Seberapa biul dan sengalnya engkau sekalipun, silalah menyedari bahawa engkau tetap makhluk Tuhan yang diciptakan untuk mengabdikan diri kepada-Nya.” (Pesanan ini tak ada kena mengena dengan entri).
Jadi bawak-bawaklah bertaubat ye..
Tata.. Assalamualaikum...

Sunday, January 1, 2012

Entri tahun baru...


Tahun baru 2012 dah pun tiba...
Dan macam biasalah, kita semua pun akan membuatlah azam tahun baru disamping meng’renew’ azam tahun lepas yang tak tercapai tu.
Orang kata tahun nie kiamat!
Kau tak takut ke?
Hoho...  ada yang kata tu semua mengarut. Tak boleh nak percaya. Tapi bagi aku, kalau semua orang percaya, mesti aman-damai je dunia ni. Semua pakat-pakat nak tambah amalan buat bekalan menghadapi hari yang dahsyat tu.

 Erk, nie eksperimen pasal kiamat ke apa nih????

Tahun baru bermakna bertambahlah usia kita, bertambah usia bermakna semakin pendeklah umur kita, semakin pendek umur bermakna makin dekatlah kita dengan kematian.
Jadi bila tiba tahun baru, azam yang paling patut kau dan aku buat ialah berazam untuk memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang terbaik. Rajin beribadah dan sentiasa beramal soleh.
Azam nak jadi kaya, nak kawin, nak cemerlang dalam exam tu semua adalah sampingan je. Pokoknya, kita kena berazam sesuai dengan fitrah kejadian kita sebagai hamba Tuhan.
Jadi meh sama-sama kita berazam untuk perbaiki diri jadi hamba Allah yang taat perintahnya dan sentiasa takut dengan larangannya.
Bila lagi??? Nak tunggu tahun depan??? Takut tak sempat pulak nanti. Kau boleh jangka ke kau akan hidup sampai tahun depan?????

Friday, December 23, 2011

Entri lawak jenaka penghilang stress dikala duka lara


Tajuk entry aku kali nie agak kelam-kabut sikit bunyi dia. Hal ini disebabkan aku telah menjadi sasau kerana busy membuat assignment selama satu minggu nie tanpa henti-henti. Kau bayangkan, aku terpaksa menghadapi 6 assigment yang perlu dihantar serentak pada minggu nie, 2 test, dan 1 presentation.
Akibatnya, aku telah berjaga siang dan malam untuk membuat assignment sambil menangis terbahak-bahak. Aku tidaklah membuat kerja last minit, tapi masalahnya time last minitlah idea mencurah-curah jatuh ke ladang gandum...
Dan hari ini, segala-galanya dah settle. Aku boleh bernafas dengan lega sambil menari poco-poco. Jadi, aku nak share satu cerita yang best yang boleh membuatkan kau ketawa mendayu-dayu...
Sila-sila baca. Jangan malu-malu.....   
****************
  Comel sungguh gambar ini.... ;-)

Pengakuan daripada seorang hamba Allah :
Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran, iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. aku pun telefon bini aku dan kata aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar aku pun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. aku pun makan nasi dengan telur rebus.. lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. 
Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk ke rumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan.

Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya.
Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur ntah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT...!!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. 
Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTTTTTTT....!!!!!!!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang..  
Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK..!!!
Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah aku pun ada..! jadi aku pun nak cover malu, aku tanya la kat pak mertua aku.. 'dah lama ke pak sampai?'.. Dan pak mertua aku pun jawab.. 'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'
Kah kah kah... Gelaklah! Gelaklah!!!!!  
Related Posts with Thumbnails