Others

Meh le follow...

Wednesday, September 29, 2010

Rahsia khusyuk dalam solat... 'Oh, baru tahu..'

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, 'Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?' Hatim berkata, 'Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu zahir dan batin.' Isam bertanya, 'Bagaimana wudhu zahir dan batin itu?' Hatim berkata, 'Wudhu zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu dengan air'. Sementara wudhu batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-

1)Bertaubat
2)Menyesali dosa yang telah dilakukan
3)Tidak tergila-gilakan dunia
4)Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5)Tinggalkan sifat berbangga
6)Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7)Meninggalkan sifat dengki.'

Seterusnya Hatim berkata, 'Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada dibelakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.'

'Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.'

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Saturday, September 25, 2010

SEBUAH PERCINTAAN...

Suka untuk aku berkongi sebuah nukilan yang sangat indah kata-katanya. Ringkas tetapi begitu bermakna. Sajak cinta yang cukup puitis dan mengasyikkan. Sajak ni aku dapat daripada Ustaz Ramli yang mengajar di sekolah menengah aku dulu. Kalau tak silap sejak tahun 2004 aku simpan sajak ni. Memang best...

SEBUAH PERCINTAAN 
CINTA - mudah disebut tapi sukar dilaksanakan
            wadahnya dihati, menjadi sinar pancaran dalam kehidupan...
CINTA - kalanya membawa bahagia,
            ada tikanya, derita berpanjangan...
CINTA - diikutkan binasa, ditolak banyak cela
            mengintai kehidupan...
CINTA - pada semua...rasanya tiada sempadan...
            cuma Tuhan...
            telah berfirman...

“AKU SANGAT SAYANG PADAMU”

Justeru...
Dari memburu cinta insan, bila mati kita ditinggalkan...
Lebih baik merayu CINTA TUHAN...
Tidak pernah bertepuk sebelah tangan...
Tak pernah dikecewakan...
CINTA berbalas pasti...
Itulah CINTA ILAHI...
Bahagia menanti...
Kekal abadi...


Dedikasi untuk Ustaz Ramli. Thankz atas sajak yang sangat bermakna ni...

Friday, September 24, 2010

Solat solat solat....................... Mesti solat! Wajib solat!

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia, salam 1 ummah & salam sayang kepada semua hamba Allah di muka bumi ini. Aku kembali berblog setelah sekian lama menyepi. Begitulah manusia, tidak pernah istiqamah dalam kerja, semangat berapi-api tapi kayu api pun tak ada untuk meyalakan api (apa yang aku merepek ni!!!). 

Huhu, entahlah! Nak istiqamah memang payah, lebih-lebih lagi dalam ibadah. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah amalan yang sedikit tapi berterusan. Betullah tu. Ada sesetengah orang sibuk nak buat amal ibadah itu dan ini tapi tak pernah nak istiqamah dalam amalan. Tapi kira okey lah tu kot daripada orang yang amalan yang sepatutnya dia kena buat hari-hari tapi tak pernah nak ambil berat.
                   

Contoh paling mudah adalah solat. Kewajipan solat diambil ringan oleh ramai orang. Aku bukanlah warak sangat, tapi bagi aku solat mesti ditunaikan walau dalam apa keadaan sekalipun. Nak istiqamah solat berjemaah 5 waktu di masjid memang payah, tapi paling tak pun cubalah untuk istiqamah tak tinggalkan solat dan solat diawal waktu. Alangkah indahnya kalau kita dapat berjemaah setiap waktu dimasjid. Nampak gayanya nak kena jadi imam dulu la baru dapat berjemaah 5 waktu di masjid. Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita agar dapat menjaga solat dengan baik.

                          
Macam ni pun ada gak ke? Huhu..
Tak dapat bayangkan macam mane keadaan kat akhirat nanti kalau tak dapat jawab dengan Tuhan pasal tak jaga solat. Dekat akhirat nanti kan solat benda yang mula-mula sekali ditanya. Kalau tak ‘past’ solat kita alamatnya tak lepas jugak lah ‘question-question’ yang seterusnya.. Justeru, kepada diriku dan anda semua, fikir-fikirkanlah... Selamat bermujahadah....
Related Posts with Thumbnails