Others

Meh le follow...

Friday, December 16, 2011

Handset aku color pink


Nak tau tak? Aku ada enset color pink walaupun sesungguhnya aku nie bukanlah budak pinky ataupun peminat fanatik color pink.
Satu ketika dulu aku telah membuat keputusan nekad untuk menjual enset lama aku disebabkan enset tu suka sangat cari pasal dengan aku.
Maka aku pun survey-survey la enset baru dan tetiba aku telah terjatuh cinta pada satu enset Sony Xperia nih. Masa kat dalam kedai enset tu, aku confius sama ada nak pilih color hitam atau color pink. Tinggal dua color tu je yang ada.
Sebenarnya, masa tu aku memang dah syak yang enset tu color pink. Tapi amoi kat kedai tu bukan main lagi meyakinkan aku yang handset tu sebenarnya color ungu. Aku dah pegang warna hitam tapi dia kata ambiklah yang color ungu (di mata dia) tu sebab nampak lain dari yang lain sikit.
Aku yang mudah cair dengan pujuk rayu nie pun membuatlah keputusan yang paling sukar nih iaitu dengan memilih enset color ungu tapi pink sebenarnya itu.

******************* 
Dalam perjalanan balik rumah, aku memang dah yakin abis yang enset tu color ungu. Tapi bila aku masuk je rumah, tetiba aku rasa tak sedap hati.
Aku pandang dinding rumah aku lepas tu dinding tu pandang aku balik sambil berkata,
“Apa tengok-tengok.”
Aku rasa nak hempuk je dinding tu kuat-kuat. Disebabkan aku malas nak cari pasal dengan dinding tu aku pun alihkan lah pandangan aku ke enset baru aku tu.
Sah! Memang sah! Memang sah lah enset aku tu warna pink sebab color dia sama dengan color dinding rumah aku yang berwarna pink tu.
Dan bila adik perempuan aku balik sekolah, dia siap gelakkan aku dan bagitau aku yang handset aku tu color pink. Oh tidak, aku membeli enset pink? Macam tak percaya. Aku malu. Ohh.,,
Sayup-sayup kedengaran dinding durjana itu menggelakkan aku sambil berkata,
“Kah kah, harap muka je ensem, tapi pakai enset color pink! Kah kah kah..”
“Cinabeng punya dinding! Dasar dinding tak sekolah.” Aku pun menyumpah seranah dinding itu.
*******************  
Lepas aku dapat tau hakikat yang sebenar bahawa handset aku tu sememangnya color pink, aku terus tak de mood. Menyesal gila beli enset tu. Rasa macam nak hempas je kuat-kuat kat dinding. Biar padan muka dinding!
Masa kat kampus, aku siap cover-cover guna enset tu sebab takut orang tengok. Rosak la imej aku sebagai seorang jejaka yang perasan ensem lagi brutal dan gagah perkasa tetapi memakai enset color pink. Hoho...
Tapi sekaranggggggggggggggg!!!!! Aku dah tak kisah dah. Lantak la apa orang nak kata. Yang penting aku bangga sebab aku ada enset color pink. Kau ada???? 
Nie lah enset aku tu.. Cuba bagi tau aku, enset nie color pink ke ungu???

18 comments:

  1. hahahha...ensem ke???enset opah pon warna pink..tiru la tu...hahahah

    ReplyDelete
  2. konpius kan! ungu ngn pink!! anggap je handset kaler pink.!!huhu

    ReplyDelete
  3. sekali pandang purple, dua ploh kali pandang pink! haha.

    biasanya bila tgk guys pakai hp pink ni, kte dah bleh agak dia tukar henset dgn gf. *ehem.ehem ;)

    ReplyDelete
  4. pergh henset mahal. org yg da keje pown xpki henset mahal...

    ReplyDelete
  5. perghhhh .. mahal siot handset .

    warna ungu lah nset tu .
    *ada lah pin sikit-sikit :)

    ReplyDelete
  6. pepel ke pink2 sikit..hehe
    lantok ler apa org nk kata....:)

    ReplyDelete
  7. Warna ungu pink!

    saya suka, lain dr yg lain...

    ReplyDelete
  8. pink? tak payah ambil kisah pun apa org kata yang penting kita suka :) hahaha

    ReplyDelete
  9. kaler pink ok ape...nampak la kelembutan ko nanti...hehe

    ReplyDelete
  10. sebab aku rasa pink lagi chantekk banyak dr ungu. aku rase enset tu kaler pink.haha

    rileks derr.

    kalo sorok, orang mengata.
    baik tunjuk je, baru nampak rasa bangga. haha

    ReplyDelete
  11. Terima kasih semua... ~Aku busy sgt nih, tak dapat nk komen satu2.. hoho.. sila percaya ye.. ;-)

    ReplyDelete
  12. wahh lawanyeee...
    enset saya warna hitam T.T

    ReplyDelete
  13. Salam

    Alah pink ke ape..
    ape nak kisah.. Janji dpt digunakan
    ape function yang ada sudah..


    Follow here..
    Hope hit me back..;)

    ReplyDelete
  14. haha...pink pun pink lah...asal de hp...ye tak...

    ReplyDelete
  15. Xpe reza.. Pink tu kan warna kesukaan baginda... Hehehe..

    ReplyDelete
  16. henset tu pink keungu unguan. hehee
    tapi cntik laaa...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails