Others

Meh le follow...

Sunday, November 14, 2010

Lelaki Ke Neraka....

 
Pertama:- Ayahnya 
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:-
Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:-
Abang-abangnya 
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-
Anak Lelakinya 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-


"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ?????

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim
masuk syurga..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB.

Copy past from:-
http://insoftuitmjohor.blogspot.com/

Wednesday, November 3, 2010

Ujian Tuhan untuk hamba-Nya

Insiden yang tak diduga telah berlaku dalam hidupku. Paling memeningkan apabila ia berlaku dalam minggu-minggu ‘exam’. Kisahnya bermula begini…

Satu malam yang hening, bilik aku di kolej siswa (memang la takkan siswi kot… huhu) telah diserbu oleh pak guard kerana mendapat laporan rakan sebilikku ada menjual rokok kepada pelajar kolej. Mereka melakukan ‘spot-check’  untuk mencari bahan bukti. Alamatnya kad matrix aku dan semua yang berada didalam bilik itu pun diambil.

Aku mungkin akan dituduh bersubahat dengan budak bilik aku yang menjual rokok tersebut. Aduh, seorang pemimpin pelajar yang bergelar MPP telah dituduh bersubahat kerana membiarkan penjualan rokok di dalam biliknya sendiri. Berat bukan???!!! Itulah yang terpaksa aku hadapi.

Terasa diri ini begitu dayus dan tak layak menjadi pemimpin. Aku tidak mampu untuk menghalang dan sekadar membiarkan kegiatan itu berlangsung. Tapi apalah dayaku, rakan sebilikku itu hampir sebaya denganku. Apalah sangat yang boleh aku buat. Lagipun aku kesian dengan rakan sebilikku itu. Dia terpaksa menjual rokok untuk menanggung perbelanjaannya di UiTM memandangkan tidak mendapat sebarang pinjaman.

Cuma aku ada berpesan kalau apa-apa terjadi jangan libatkan nama aku. Masalahnya aku turut berada ditempat kejadian ketika serbuan dibuat. Memanglah, mestilah aku berada disitu, namanya pun bilik aku.

Kata orang, nasi sudah menjadi bubur. Aku hanya menunggu bila-bila masa sahaja untuk dipanggil atas kesalahan bersubahat. Pihak pengurusan UiTM Johor, ketua dan penolong ketua unit keselamatan semuanya mengenaliku. Mana nak letak muka ni kalau dipanggil nanti. Dengan kad matrix aku ditahan sedangkan lusa nya aku ada ‘exam’, cukup membuatkan kepala ini berserabut. Aku mengalami tekanan jiwa & perasaan yang dahsyat sepanjang karier aku sebagai mahasiswa@pemimpin pelajar.

Aku terpaksa menanggung sekali akibat dari kesalahan orang lain. Kalaupun aku bersalah, mungkinlah kerana tidak mencegah dia daripada terus melakukan kegiatan tersebut. Memang payah untuk mencegah sesuatu yang dianggap biasa dikalangan masyarakat. 

ROKOK!!!! Apalah sangat dengan rokok, bukannya jenayah berat yang boleh membawa hukuman mati. Bukannya seperti dadah, arak, zina dan seumpamanya yang jelas-jelas salah disisi undang-undang Islam dan dunia. Tapi, itulah pandangan sebahagian masyarakat pada hari ini. Apalah yang terdaya untuk aku lakukan. Mungkin jika kalian ditempat aku pun, kalian tidak mampu berbuat apa-apa lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan rakan sebaya ataupun mereka yang lebih tua.

Aku tiada semangat untuk belajar bagi menghadapi peperiksaan seterusnya. Tekanan perasaan ini benar-benar menggangguku. Aku malu jika kes ini sampai kepada pihak atasan. Akan hilanglah kepercayaan orang selama ini dan akan jatuhlah harga diri dan maruahku.

Tapi syukurlah, Allah telah membantuku. Malam esoknya, kad matrix aku telah dipulangkan. Kes ini belum lagi dibawa ke pihak atasan atas belas ihsan pak guard dan juga lakonan@alasan mantap rakan sebilikku. Terima kasih Tuhan. Kau telah membantu hamba-Mu yang lemah ini.

MORAL OF THE STORY untuk kisahku ini ialah… Jadilah pemimpin yang jujur pada amanah yang diberikan. Jika anda bersedia menerima sebarang jawatan, maka anda perlu bersedia untuk disoal akan kepimpinan anda diakhirat kelak. Jadikanlah kisahku ini sebagai pengajaran. Jangan biarkan sebarang maksiat, kesalahan , dan kemungkaran berlaku dihadapan anda. Cegahlah selagi terdaya. Pesanan untuk kita semua yang sering lupa.

Related Posts with Thumbnails