Others

Meh le follow...

Sunday, April 24, 2011

Happy Birthday to aku!


Erm, baru nak jadi orang pertama yang wish birthday untuk diri sendiri. Tapi hajat En. Reza tidak kesampaian. Hari ini (23 April 2011), sedang dalam perjalanan balik ke bilik selepas memerah kepala hotak menjawab exam, tiba-tiba En. Reza dikejutkan dengan sebuah sms yang berbunyi:

“Selamat Harijadi! Nikmati panggilan suara Maxis ke Maxis PERCUMA pada 24-04-11. Ganjaran Hotlink utk pelanggan setia kami. Caj biasa dikenakan utk servis lain,” (Sebijik-sebijik En. Reza taip ni. Gigih kau!)

Laaa.. En. Hotlink rupanya. Buat saspen jew. Alah kau En. Hotlink, konon nak catat rekod jadi orang pertama yang wish la tu. Hampeh! Apapun terima kasih la atas pemberian hadiah ‘special’ kau tu.

************************************

En. Reza, kamu, dia, mereka dan seluruh makhluk dipelosok bumi ini sentiasa ternanti-nanti akan tarikh yang cukup istimewa ini. Ada apa pada hari jadi? Satu hari yang menandakan kau telah semakin tua dan semakin hampir kepada kematian. Engkau meraikan hari yang menambahkan bilangan usiamu tetapi semakin memendekkan jumlah hari dalam hidupmu.

Bila tiba ulang tahun kelahiran kita, kita terlalu asyik meraikan ‘kelahiran’ diri sendiri sehingga kita terlupa untuk mengenang jasa insan yang telah bersusah payah melahirkan kita ke dunia ini. Pernah ke kita ucapkan terima kasih pada ibu atas pengorbanannya yang telah melahirkan kita pada hari ulang tahun kelahiran kita?  

Pada hari ulang tahun kelahiran kita ini, ibulah yang sepatutnya diraikan. Apalah yang boleh dikenangkan pada hari tersebut kerana kita langsung tidak ingat apa-apa. Tetapi hari tersebut memberikan seribu satu kenangan kepada ibu atas segala pengorbanan dan kepayahannya untuk melahirkan kita.

************************************

Terima kasih Tuhan kerana telah mengizinkan aku bernafas sehingga ke hari ini. Terima kasih emak atas susah-payah melahirkan dan membesarkan along sehingga ke hari ini. Tidak lupa juga kepada jasa ayah yang bersusah-payah mencari duit dan mendidik along menjadi insan yang berguna. 

************************************

Hepi Bezday to aku.. Semoga aku panjang umur, murah rezeki, bertambah amal, berjaya dunia & akhirat dan cepat dapat aweks.. Haha.. Semoga Allah mentakdirkan yang terbaik untuk diri ini.

 En. Reza waktu kecik. Comey tak? haha..

Thursday, April 14, 2011

Adakah Islam itu agama?


Di suatu pagi yang tak berapa nak hening, ketika lembu dan gajah masih lagi berdengkur. En. Reza melangkah penuh yakin menuju ke kelas Entrepreneurship sambil berjalan laju-laju gaya macam pelumba jalan kaki disebabkan dah terlewat 3 minit untuk ke kelas yang bermula pada pukul 10.00 pagi (3 minit je kot). 

Maka sampailah En. Reza ke kelas tersebut dengan penuh bangga konon-konon telah mengharumkan nama negara dalam perlumbaan jalan kaki peringkat Olimpik. Masuklah En. Reza ke kelas tersebut dengan segunung harapan demi untuk mendalami ilmu keusahawanan daripada Mr. Lecture (bukan nama sebenar) yang berbangsa Cina.   

Bermulah sesi pembelajaran pagi itu. Dengan sepenuh kepoyoan En. Reza membuat muka penuh fokus sambil mata menahan ngantuk dan rasa lapar yang tidak terhingga. Gerai makanan yang terletak betul-betul bersebelahan dengan bangunan kuliah membuatkan 60% pandangan mata En. Reza tertumpu ke luar tingkap. Di kepala hotak asyik bermain persoalan yang tiada jawapan, 

“Bilalah kelas nak abis ni? Perut aku dah berdandut ni. Orang pulak makin ramai kat gerai tu!” 

Sedang asyik mengelamun sambil melayan perasaan, tiba-tiba Mr. Lecture yang berbangsa Cina tersebut bertanya kepada kami,

"Adakah Islam itu agama?"

Kami menjawab,
"Ya"

Dia berkata,
"Tidak. Islam itu bukan agama."

Kami bingung seketika. Lalu dia menjelaskan,
"Islam itu Ad-din. Islam itu adalah cara hidup."

Kelas menjadi sunyi. Kami terkedu seketika. 
                                      
Terasa sangat jahil. Malu pun ada.

Orang bukan Islam lebih memahami Islam berbanding orang Islam sendiri.


Sememangnya Islam adalah cara hidup. 

Tapi sejauh manakah kita menjadikan Islam sebagai cara hidup?    

        
Islam itu sendiri kita tidak berapa memahaminya, apatah lagi untuk menghayati dan mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya.   
        
Islam kita hanyalah pada nama. Tidak dihati apatah lagi untuk dihayati.

Sama-samalah kita muhasabah diri.

Wallahu a'lam.

************************************

Abis kelas, En. Reza pun melangkah penuh kepuasan kononnye ilmu telah penuh di dada. Maka bergegaslah En. Reza ke gerai sebelah untuk membeli makanan tengahari merangkap sarapan pagi sebab biasanya bila kat kampus En. Reza akan terus menjamak qasarkan sarapan pagi dengan makan tengahari. Sekian sahaja cerita untuk kali ini. Jumpa lagi dilain episod dihari, waktu dan entri yang berbeza. Sekian!

Gambar En. Reza dalam kelas (Ekslusif untuk tatapan sesiapa yang nak tengok).

Friday, April 8, 2011

Kenapa malas nak baca Al-Quran???

Ada orang baca Al-Quran hari-hari,
Ada orang baca Al-Quran 2 hari sekali,
Ada orang baca Al-Quran selang sehari,
Ada orang baca Al-Quran seminggu sekali,
Ada orang baca Al-Quran setahun sekali,
Ada orang baca Al-Quran hanya bila ada orang mati,
Ada jugak yang langsung tak baca, tunggu orang bacakan time dia mati...
Ayookkk!!! Susah sangat ke nak baca Al-Quran? Layan facebook hari-hari, main game, lepak-lepak, borak-borak boleh pulak? Agak-agak dimana nilai hamba dalam diri kita. Cukup ke hari-hari kita hanya diisi dengan perkara-perkara dunia. Mungkin cerita kat bawah ni boleh membuka pintu hati kita untuk dekat dengan Al-Quran dan menghayati maknanya.
********************************
Mengapa perlu membaca Al-Quran, walaupun tidak memahaminya..?
Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa Kita membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sendirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’
********************************
Pssstt: Malas lagi nak baca Al-Quran? Renung-renungkanlah cerita di atas. Semoga En. Reza yang kadang-kadang malas ni dan juga anda semua akan lebih rajin membaca Al-Quran selepas ini. Apa yang lebih penting, baca, fahami dan hayati maknanya. 

Ada orang tanya, kenapa kita mesti nak baca Al-Quran sedangkan kita tak faham apa maknanya? Macam mana nak faham? Kena la belajar bahasa Arab. Susah? Apalagi, buka tafsir la. Tak faham pun tak ape, yang penting baca. Tapi kalau kita faham kira lagi bagus la. Wallahua’lam.

Sumber cerita:

Tuesday, April 5, 2011

“Apa yang kau cari dalam hidup ini?”

Sedang En. Reza duduk termenung sambil menanti bidadari turun dari langit, tiba-tiba datanglah seekor kucing yang sangat perasan hensem bertanya kepada En. Reza,

Bajet comel. Menyampah!!!

“Apa yang kau cari dalam hidup ini?”

“Eh eh kau kucing. Memang dasar binatang tak sedar diri! Ada hati nak tanya aku soalan yang macam tu.” (Sambil meluku kepala kucing tersebut).

Lalu kucing itu pun membelahkan dirinya sambil menggosok-gosok kepala beliau lalu menyumpah-nyumpah di dalam hati. “Aku tanye je kot! Bunguk punye manusia.”

"Blah la weh!!" Kata kucing tu sambil membuat muka nak kena penampor.

Sejenak En. Reza terfikir akan kata-kata kucing yang tak de insurans nyawa tu.

******************************

Ye!!! Apa yang aku cari dalam hidup ini? Pernah tak persoalan ni bermain dalam fikiran anda semua? Adakalanya kita merasakan hidup ini kosong dan tiada matlamat yang jelas.

Tanggal 24 April 1990, En. Reza dilahirkan. Umur 6 tahun masuk tadika belajar mengeja, umur 7 sampai 12 tahun masuk sekolah rendah belajar sifir. Lepas tu sambung sekolah menengah belajar sejarah. Abis SPM masuk universiti. Abis study, keje.. bercinta.. kawin.. dapat anak.. anak kawin.. dapat cucu.. tua.. mati!!!! Noktah.... 

Cukup setakat tu je ke kitaran hidup kau? Semua orang akan melalui kitaran bodoh ini. Apa kau ingat Allah izinkan kau hidup dalam dunia ni sekadar untuk melalui kitaran kehidupan yang tiada matlamat yang jelas ini?

Cuba kita fikir sejenak adakah kehidupan yang kita lalui setiap hari adalah saat-saat yang berharga dan bermanfaat?

Ada orang mengejar kejayaan dalam pelajaran. Ada orang mengejar kejayaan dalam perniagaan. Ada orang mengejar kejayaan dalam percintaan. Namun, cukup setakat itukah yang engkau kejarkan???

Sesungguhnya Tuhan telah berfirman... 

“Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku”

Ya!!! Itulah yang kita cari dalam hidup ini. Kita mencari Tuhan. Kita mencari keredhaan dan kasih sayang Tuhan. Namun, adakah hari-hari yang kita lalui dan aktiviti yang kita lakukan bermatlamatkan Tuhan dan bertujuan untuk beribadat kepadanya?

******************************

Tiba-tiba kucing yang perasan hensem tadi datang sambil tersengeh-sengeh. 

“Kau dah kenapa kucing? Nak kena luku lagi ke?”

Dengan penuh angkuhnya kucing yang tak sedar diri tu pun menjawab,

“Haha. Tadi berlagak sangat. Sukahati kau je nak luku-luku kepala orang binatang! Last-last dia gak yang dok berfikir. Siap wat entri kat blog lagi tu!! Kah kah.. Meow..”
 
Berani kau gelakkan aku!! Siottt!!

Aku hangin betol. Berani sungguh binatang ni derhaka dengan manusia.

“Dasar binatang tak sekolah! Aku dapat ko, aku sembelih masak kicap!!!”

Namun, belum sempat En. Reza berbuat apa-apa, kucing itu telah pun mengambil tindakan drastik dengan melarikan diri. Dasar pengecut!!!  

******************************

Sesungguhnya memang betul apa yang dikatakan ditanyakan oleh Encik Kucing tersebut. Justeru, renung-renungkan. Moga apa yang kita lakukan setiap hari adalah bertujuan untuk mencari redha Tuhan. Sama-sama kita fikirkan dan muhasabah diri kembali. Wallahua’lam..
Related Posts with Thumbnails