Others

Meh le follow...

Monday, May 30, 2011

Follower ke-100


Setelah onak dan duri kutempuh, ranjau berliku kuharungi, akhirnya tercapai juga follower yang ke-100 untuk blog cikai nie. Kecoh la lu, setakat ke-100 pun nak heboh satu Malaya. Blogger-blogger yang lain tu follower beribu-ribu, berpuluh-puluh ribu tak kecoh pun. Mesti kau akan kata macam ni kan? Hoho.. Bior le..

Justeru, dengan penuh bangga & gumbiranya En. Reza ingin mempromosikan blog follower bertuah tersebut. Nama blog beliau ialah ADDIN CHAOS. Klik sini meh, jangan memalu ye...

Entri beliau simple dan tak meleret-leret macam entri blog En. Reza nie. Tapi isinya penuh makna. Try la usha..

Alang-alang dah buat entri nie, nak promote jugak follower En. Reza yang ke-101. Nama blog beliau SAYUR LABU. Singgah la. Memula tu ingatkan blog beliau ni pasal masak-memasak, goreng-menggoreng. Tapi rupanya jauh panggang dari api. Nak tau, jengok le sendiri ye.. 

Tak kisah la kan berapa pun follower kita. Apa yang penting, entri kita tu ada orang baca dan memberi input kepada yang membacanya sedikit sebanyak. Akhirnya, nak wish untuk diri sendiri..

“SEMOGA AKU TERUS SUCCESS DALAM DUNIA BLOG INI” 

Babay.. Sekian..

Friday, May 27, 2011

Pandai kau bergurau ye dik.. :-)

Sedang En. Reza duduk melepak-lepak waktu malam dekat rumah sambil menonton TV, tetiba adik perempuan En.  Reza yang bongsu bertanya kepada adik perempuan En. Reza yang nombor 3..

“Akak, apa maksud secret?” tanya si adik bongsu.

“Rahsia la!” jawab adik nombor 3.

“Apa la ko nie kak, itupun nak berahsia!”  balas adik bongsu.

En. Reza terkebil-kebil memandang adik bongsu En. Reza sambil bermonolog di dalam hati..

“Ko nie bengap ke ape dik? Takkan tu pun tak tau!” kata En. Reza dalam hati.

Tetiba adik bongsu En. Reza tu tergelak tanpa rasa bersalah. En. Reza blur seketika. Masih tak paham tentang apa yang berlaku sebenarnya.

Laaaaaaa.. Dia nak kenakan adik En. Reza yang nombor 3 tu rupanya. Sengal betul! Tak pasal-pasal aku pun terkena sekali. Nasib baik dia tak tau. Hoho. Pandai kau bergurau ye dik..
***********************

Sebenarnya En. Reza nak share sikit ilmu dengan kengkawan semua tentang adab-adab bergurau dalam Islam. Hidup nie kalau tak de gurau senda dan usikan memang tak syok la kan. Asyik nak serius je memanjang memang tak best la. Boleh gila kot. So, meh sama-sama kita tengok dan hayati adab-adab bergurau yang digariskan dalam Islam...

ADAB-ADAB BERGURAU:
  • Ikhlaskanlah niat kita semasa bergurau senda kerana perkara demikian akan mendatangkan kebaikan dan keceriaan kepada sahabat-sahabat dan manusia di sekitar kita. Bukan bertujuan untuk mengaibkan atau memalukan mana-mana individu.
  • Gurauan hendaklah tidak mengandungi nama Allah, ayat-ayat Al-Quran , sunnah Rasul atau syiar-syiar Islam. Sesungguhnya Allah .S.W.T telah berfirman yang bermaksud: "Dan jika kamu tanyakan kepada mereka tentang apa yang mereka lakukan, tentulah mereka menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja". Katakanlah:"Apakah dengan Allah dan ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok?".Tidak usah kamu minta maaf kerana kamu kafir sesudah beriman."
  • Jangan sampai gurauan itu mengandungi dusta mahupun mengada-adakan cerita supaya orang lain tertawa. Rasulullah SAW bersabda: Celakalah bagi orang yang berbicara lalu berdusta supaya dengannya orang banyak jadi tertawa. Celakalah baginya dan celakalah. (HR: Ahmad)
  • Jangan sesekali mengandungi unsur menyakiti perasaan seseorang. Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang di antara kamu mengambil barang temannya. Apakah itu hanya gurau atau sungguh-sungguh dan jika ia telah mengambil tongkat temannya, maka ia harus mengembalikan kepadanya. (HR: Ahmad dan Abu Daud)
  • Jangan bergurau terhadap orang yang lebih tua atau terhadap orang yang tidak biasa bergurau atau tidak dapat menerimanya atau terhadap perempuan dan lelaki yang bukan muhrim. 
  • Janganlah memperbanyakkan gurauan sehingga menjadi tabiat kerana ia boleh menjatuhkan wibawa yang akan mengakibatkan mudah dipermainkan oleh orang lain.

Mampu kau bergurau macam nie?  


Rujukan:-


      Saturday, May 21, 2011

      Untuk apa kau berblog?


      “Hello brother! Ngupdate blog lagi ke? Kau ingat ada ke orang nak baca blog ko tu? Entri bukan main panjang macam karangan budak SPM. Hik hik hik.. Meooww!!!”

      “Biadap! Mulut macam bontot ayam! Tak de insurans!”

      Kucing yang perasan hensem tu datang lagi mengganggu hidup En. Reza. Aku stress sungguh. Sebelum ni pun makhluk ni pernah ganggu En. Reza. Klik sini! Tak boleh tengok orang senang langsung. Sembelih kang baru tau!

      “Alah kau nak sembelih-sembelih orang binatang pulak! Sunat kang baru tau!”

      “Eh eh, menjawab kau ye. Dasar kucing tak sekolah. Kecik-kecik tak nak mampos, dah besar menyusahkan aku.”


      ************************************

      “Saya ada blog. Blog saya sangat cantik. Saya letak macam-macam widget dan hias blog saya cantik-cantik. Saya suka tulis macam-macam dalam blog saya. Saya rasa sungguh bahagia. I love my blog. Muahh.”

      “Aku berblog untuk meluahkan perasaan aku. Aku tak nak orang lain baca pun. So, sukahati aku lah nak tulis apa pun. Ada aku kisah!”

      “I gunakan blog sebagai medium untuk I mengembangkan business I ni. In my opinion, blog ni membantu untuk I mempromosikan business I ni. Tak sia-sia usaha I menggunakan blog sebagai tujuan promosi. Memang berbaloi-baloi la.”

      “Orang lain berblog, gua pun teringin gak nak berblog. Gua suka merapu dalam blog gua. Mencarut, mengarut, melucah sikit-sikit tu standart la untuk brother-brother macam gua ni. Klo korang suka boleh baca, tak nak boleh berambus!”

      “Ana ingin menjadikan blog ini sebagai salah satu dari medan dakwah untuk menyedarkan rakan-rakan diluar sana tu dan mengajak mereka kembali kepada Islam. Semoga usaha yang kecil ini akan diberkati dan mendapat redha Allah hendaknya.”

      ************************************

      Macam-macam tujuan orang berblog. Kalau dulu tak ramai yang terlibat dalam dunia blog ni. Tapi sekarang kita boleh tengok blogger-blogger baru muncul macam cendawan tumbuh lepas hujan. 

      Ada yang berblog sekadar suka-suki. Ada yang berblog untuk tujuan perniagaan. Ada yang berblog untuk tujuan dakwah dan tidak kurang juga yang menjadikan blog sebagai kerjaya utama mereka dengan kata lain sebagai blogger tegar disamping untuk menjana pendapatan sampingan.

      Walau apapun tujuan kita, pastikan apa yang kita lakukan tidak melanggar undang-undang negara apatah lagi melanggar undang-undang Tuhan. 

      Pokoknya apa yang kita lakukan haruslah dengan niat yang baik dan bertujuan untuk memberi manfaat dan mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Semoga usaha kita para blogger di dalam dunia blog ini akan menjadi satu usaha yang murni dan diredhai Allah hendaknya. 

      ************************************

      “Eh Encik Cing, apasal diam je? Dah abis idea ke nak ganggu hidup aku lagi?”

      “Ah, malaslah cakap dengan kau. Aku sedar sape diri aku ni. Binatang je. Sekolah pun tak. Sapelah aku ni.”

      “Eh eh merajuk pulak! Alah bucuk-bucuk intan payung. Nanti abang belikan tuna ye.”

      “Kau tak payah lah nak pujuk aku. Ok lah, mulai saat ni aku takkan kacau hidup kau lagi. Selamat tinggal manusia. Biarlah aku pergi membawa diri ini. Semoga kau berjaya dengan dunia blog kau tu.”


      ........(Biul seketika).......

      Monday, May 16, 2011

      Memori makanan asrama

      Siapa yang pernah duduk asrama akan memahami betapa ‘SEDAP’nya makanan asrama yang dimasak oleh chef-chef yang bertauliah itu. Dulu masa duduk asrama zaman sekolah-sekolah dulu, menu-menu asrama sentiasa menjadi isu panas dan bahan-bahan umpatan bebudak asrama.

      Pernah dengar IKAN JEKET?

      AYAM PETAK?

      Dua menu ni paling popular kat asrama En. Reza dulu. Ikan jeket ini atau lebih dikenali dengan nama ikan cencaru biasanya akan dimasak kari ataupun digoreng dengan berkuahkan sup sayur oleh chef-chef dekat dewan makan asrama. 

      Ayam petak pulak adalah nama glamour untuk biskut kering@biskut petak yang sering menjadi menu popular waktu supper. Nama yang glamour ini diberikan oleh budak-budak asrama untuk menyedapkan hati dan membangkitkan selera. Hoho. 

      Ini la dia ikan jeket ataupun nama glamournye ikan cencaru..

       Yang ini pulak ayam petak. Nama commercial untuk biskut kering. Cicah milo ke kopi ke sedap woo0.. 

      Kau pernah makan DAGING MASAK MERAH?

      Sedap kan!

      Bagi En. Reza, itulah sejenis makanan yang paling tak sedap di dunia dan tidak patut wujud. Kenapa? Ini semua makanan asrama punya pasal lah.

      Masa tu dalam form 2 kalau tak silap. Pada suatu hari tu, menu ni pun dihidangkanlah kepada kami bebudak asrama. En. Reza pun makanlah dengan penuh selera walaupun tak de la sedap mana pun orang dewan makan tu masak. 

      Sedang asyik menikmati makanan yang tak berapa nak sedap tu, tetiba mata En. Reza terpana & terpaku melihat suatu fenomena indah pada daging masak merah tersebut. Fenomena apakah itu? Hambik kau! ULAT SAMPAH yang comel sedang baring-baring dekat daging masak merah itu. Walaupun seekor aje, tapi ulat sampah tu dah cukup membuatkan selera En. Reza hilang dengan tiba-tiba. 

      Maka, dengan penuh emosinya En. Reza pun membuanglah makanan durjana tersebut ke dalam tong sampah sambil menyumpah-nyumpah daging+ulat sampah+tukang masak tersebut di dalam hati.

      Siot! Daging masak merah+ulat sampah kot. Tak boleh blah betol! Dan sejak hari itu, En. Reza terus fobia dengan daging masak merah buat selama-lamanya. Bukan setakat daging masak merah je, daging masak kari, daging masak kicap dan segala jenis kuah yang ada daging la En. Reza fobia sampai sekarang. Burger daging je yang tak fobia. Ahaha..

      Jadi kepada bakal isteri, mak mentua atau sesiapa sahaja yang ingin menjemput En. Reza datang kerumah anda, sila pastikan menu ini tidak dihidangkan atau kalian akan melihat En. Reza membuat muka macam perempuan mengandung menahan loya.

      Nie gambar waktu SPM. Dekat dalam dewan makan asrama.

      Akak ngan mak cik ni la chef besar kat dewan makan asrama sekolah En. Reza dulu. Jauh datangnya dari seberang.

      Yang belah kiri ni nama dia abang Mamut. Suami akak yang kat atas tu. Pak cik ni lupa pulak sape nama dia. Wak Korjo kot! Hehe. Sukahati aku je..

      ************************************  

        ما عاب النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏طعاما قط إن اشتهاه أكله وإن كرهه تركه

      ” Rasulullah saw tidak pernah mencela makanan, apabila berselera maka beliau akan makan, jika tidak beliau tinggalkan.”  
      (Hadis riwayat al-Bukhari)

      Moral of the story pada kali ini ialah, janganlah sesekali kita mencela makanan walaupun makanan tu tak sedap., Agak-agak kalau tak suka tu, tak payah la makan. Sebabnya makanan tu kan rezeki daripada Allah. Kalau kita mencela makanan ibaratnya kita mencela dan menghina rezeki yang Allah berikan. Wallahua’lam. Sama-sama la kita fikirkan ye..

      Sumber hadis:
      http://soaljawab.wordpress.com/

      Monday, May 9, 2011

      Rasa hormat semakin hilang dalam diri manusia


      Agak-agak kalau ada orang kentut kat muka kau, kau marah tak?

      Haruslah kan.. Biadap! Tak hormat orang!

      Sedar tak sedar kadang-kadang kita sering melakukan perkara yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan mengganggu orang lain.

      Dekat bawah ni ada beberapa contoh kejadian yang sering berlaku kat hostel, asrama dan yang sewaktu dengannya:-

      Situasi 1
      Ade spesis yang suka sangat pasang lagu kuat-kuat. Kau tak reti nak hormat orang ke? Pikir la sikit orang kat sekeliling tu mungkin tengah pening kepala ke, tension sebab kucing kesayangan dia mati ke, baru lepas gaduh dengan nenek dia ke. Ini pasang lagu kuat-kuat sukahati mak abah dia je. Lagi hangin kalau tengah study atau wat assignment, boleh pulak dia pasang lagu kuat-kuat sambil menyanyi dengan sepenuh perasaan. Ada patut ka?

      Poyo la lu beruk. Berani masuk Akademi Fantasia la..

      Situasi 2
      Jenis makhluk yang suka tidur atau baring-baring kat katil orang lain padahal dia boleh tengok pemilik katil tu kehulu-kehilir tak senang duduk macam ade bisul kat bontot. Masa jadi junior dulu, selalu gak la member-member senior bilik En. Reza duduk melepak-lepak kat katil En. Reza. Kalau sekejap-sekejap tu tak kisah la, ini siap tidur-tidur tanpa kesedaran sivik lagi. Kalau roomite sendiri En. Reza tak kisah sangat sebab kira dah macam satu family kan. Tak patut, tak patut.

      Eh eh kau kucing, landing kat katil aku tanpa rasa bersalah lagi tu. Siap berselimut bagai...

      Situasi 3
      Ada jugak jenis manusia yang sukahati je merokok dekat dalam bilik padahal dia tau ada orang yang tak merokok kat dalam bilik tu. Hormatlah sikit kat orang-orang yang tak merokok. Mane la tau kalau-kalau orang yang tak merokok tu ada asma ke, alergik dengan asap ke, tak pun mungkin dengan asap rokok tu boleh menyebabkan dia mati tiba-tiba ke. Ini tak! Merokok sukahati dia je. Bertimbang-rasa sikitlah sesama makhluk Tuhan.

      "Tolong jangan bunuh aku, aku tak sunat lagi. Baligh apatah lagi. Uhuk uhuk".

      Situasi 4
      Tak kurang juga jenis yang suka kentut merata-rata. Ade dia kisah sesiapa aje yang ada kat depan dia! Kentut main ikut sedap dia je. Kalau kentut bau strawberi tak pe jugak. Ini bau dah la macam &*($#%@*$. Bunyi dia pulak kalah bunyi siren ambulans. Sengal!

      Macam ni pun boleh ka?

      ************************************

      Rasa hormat sudah semakin hilang dalam diri manusia. Orang kata kalau kita nak orang hormat kita, kita kena la hormat orang dulu. Tak gitu Cik Gayah? Uhh, berapi-api entri En. Reza kali ini ye. Bukannya apa, sekadar ingin berkongsi perkara-perkara yang kita fikir remeh, tetapi amat memberi kesan kepada orang sekeliling kita. Kita je yang tak paham-paham atau buat-buat tak paham.

      Maap bebanyak la kalau ada yang terasa ye. Fikirkanlah! Disebalik perbuatan kita yang tidak menyenangkan itu, mungkin ada yang menyumpah-nyumpah kepada kita di dalam hati. Bila dah banyak kali kena sumpah, maka ia akan jadi satu doa. Ingat! Doa orang yang teraniaya itu makbul! Anda mampu mengubahnya... Wallahua’lam...
      Related Posts with Thumbnails