Others

Meh le follow...

Thursday, September 29, 2011

Kancil mencium Camry


Dah lama aku menyepi, kali nie aku nak taip entri lagi, lagi, lagi, lagi stress. Sepanjang kehilangan aku dengan membiarkan blog ini sepi, aku tidaklah kemana-mana. Aku tidaklah diculik aliens sepertimana gosip yang tersebar dalam tv al-Jazeera tu. Aku masih ada di planet Bumi.

Sabtu lepas, selesai menemankan kawan-kawan aku menyetelkan urusan PTPTN mereka di UiTM Puncak Alam. Maka, aku dan mereka pun bersiar-siar di Bandar KL selepas urusan PTPTN tu selesai dalam pukul 8.00 malam. 

Alkisahnya malam tu, kereta kancil aku tiba-tiba terlanggar bontot seekor kereta bernama Camry disebabkan binatang Camry tu tetiba brek mengejut. Padahal time tu kat line kanan. Kat federal higway lagi. Maka kancil aku pun terciumlah bontot binatang Camry yang sengal tu walaupun dah tekan brek. 

Harap badan je besar. Otak tak de!!!

Habis cacat wajah kancil kesayangan hamba. Dan bontot Camry tu pun tidaklah lagi mantopp disebabkan telah kemik disondol oleh sang kancil. Aku dan kengkawan tidaklah cedera apa-apa cuma agak trauma. 
 
Tapi aku stress weiiii, pemilik Camry yang sengal tu minta ganti rugi RM 2000 padahal dia yang salah walaupun dalam undang-undang kitorang yang salah sebab langgar dia. Kereta aku masuk workshop. Pastu malam tu tak dapat masuk kampus. Terpaksa overnight kat luar. Esoknye pergi wat report polis. Lusa aku demam maybe sebab trauma. Kemudian pergi setel insurans. Adoii...!!! Macam-macam nak kena setel.

Sampai sekarang aku masih trauma lagi-lagi kalau terpandang Kancil ngan Camry. Malam tu member aku yang drive sebenarnya. Kalaulah dia tak sempat tekan brek. Memang dah melambung kot kereta kancil tu. 

Syukur sangat-sangat. Ibarat diberi peluang nyawa yang kedua. Lepas nie aku tak mau nakal-nakal lagi. Tak nak merayap malam-malam lagi. 

“Hargailah nyawa dan baki usia yang masih tinggal. Manfaatkanlah ia dengan beribadah dan berbakti untuk agama-Nya. Kerana tujuan hidup ini adalah semata-mata kerana-Nya”

Ohh.. Kancil ku tidak lagi hensem...

 Merenung nasibku yang malang...

Friday, September 23, 2011

Lagi entri stresssss...


Argghh.. Aku tak suka jadi budak baru. Macam-macam hal nak kena setel. Itu nak kena hantar, ini nak kena isi, jumpa orang sana, jumpa orang sini..

Nak kena register subjek la, wat kad matrix la, itu la, ini la, bla bla bla... 

Rabu lepas aku ngan kengkawan  pergi kampus lama iaitu UiTM Segamat ingat nak settlekan hal-hal yang tak setel. Tup-tup bertambah-tambah lagi masalah.

Nak ambil slip keputusan MUET kat HEP tapi puan kat HEP tu kata dah postkan kat umah. Jenuh mak aku selongkar satu umah tapi tak jumpa. Sian kat mak aku. 

Lepas tu singgah pejabat 'KO' nak ambik sijil tamat kokurikulum, tapi rupanya tak siap-siap lagi sebab masa print mini transkrip dulu, nama bapak aku tertinggal. Bukan salah aku, salah printer tu la.

Paham  ke cite aku ni????????? Erkk..

Selesai urusan kat UiTM Segamat, gerak pula pergi Bandar Segamat, tapi tetiba baru teringat surat pengesahan tamat pengajian  lupa nak ambik. Kena la patah balik. Ohhh.. macam-macam hal.

“Eleh, ujian punya kecik pun kau dah mengeluh ke? Itu belum lagi ujian kat dalam kubur ngan padang Mahsyar nanti!!!!”

Monday, September 19, 2011

Bila aku bosan...

Aku telah dilanda penyakit bosan tahap gaban kala ini. Bosan adalah sejenis penyakit yang sangat tak best dan mampu meragut nyawa seseorang...

Semestar baru dah bermula tapi kuliah tak start lagi.. Dah seminggu aku menjadi pelajar universiti yang hilang arah tuju. 

Aku harap minggu nie lecture sudi untuk menghadirkan diri untuk mencurahkan ilmunya yang menimbun itu kepada aku dan kengkawanku..

Dan biasanya entri orang bosan sungguhlah merapu.. Aku sungguh bosan tapi aku tak mahu lagi terus merapu. Oh, siapa ada ubat untuk penyakit bosan??? 

Argghhhh.. bosan sungguh diriku ini...

Aku rasa aku patut banyak berzikir, berselawat & baca Quran untuk menghilangkan penyakit bosan.....

Saturday, September 17, 2011

Cinta yang tiada sudahnya...

Aku adalah sejenis manusia dimuka bumi ini yang tak pernah lagi bercinta. Bukan sebab aku tak laku, tapi disebabkan belum sampai masanya. (Jawapan selamat)

Oleh yang demikian, aku begitu pelik dengan spesis-spesis manusia yang kerap kali bertukar pasangan ibarat bertukar spender baju setiap hari. 

Hari nie aku dengar kisah-kisah bahagia dia dengan Saodah, 2 bulan lepas tu dia bercinta pulak dengan Siti Payung. Namun hubungan mereka hanya kekal selama 6 bulan. Seminggu lepas tu dah dapat pengganti iaitu Wan Maimunah. Lepas 3 bulan dia bercinta pulak dengan Aloyah...

Tak paham aku. Nak kata muka hensem tu tak la sangat. Senang sangat nak cari pengganti bila dah putus dengan awek lama dia.

Aku pernah dengar satu kata-kata nie. "Kita sebenarnya telah mengkhianati cinta sejati kita pada bakal isteri jika sebelum kita berkahwin, kita pernah bermain cinta dengan perempuan lain."

Jadi, aku tak ingin mengkhianati cinta sejati untuk bakal isteri aku. So, tak perlu nak sibuk-sibuk mengejar cinta kerana ia akan hadir apabila tiba masanya. Usah merasa rendah diri kalau kau masih single.

Aku single & aku ok... Sampai masa kahwin la..

Burulah CINTA HAKIKI.. iaitu CINTA ILAHI.. Daripada sibuk mengejar CINTA MANUSIA, hari-hari MENANGGUNG DOSA.........
 
Pendapat aku semata-mata.. Klo tak setuju aku minta maap bebanyak..

Tuesday, September 13, 2011

Aku insan busy...


Apa khabar semua peminat-peminat yang sentiasa merindui entri terbaru dari aku nih? Heh heh.. Beberapa hari nie busy dengan persiapan nak balik kampus. Dan sekarang aku dah berada dikampus dengan bahagianya.

Jadi aku ingat berpesan kepada rakan dan taulan semua agar tidak terlalu ternanti-nanti entri terbaru dari aku kerana sekarang nie aku telah mula busy.

Oh, aku terlalu perasan.

Akhir kata, sambutlah salam sayang penuh kerinduan dari aku yang perasan nih.. Hoho.. ;-)

UiTM kampus Puncak Perdana

Monday, September 5, 2011

Musim balik kampus

4 bulan sudeh aku menjadi penganggur terhormat lepas abis diploma awal bulan Mei hari tu. Minggu depan dah kena sambung study balik. Tapi sekarang aku dah tukar title dari budak diploma ke budak degree.

Persoalannya disini, adakah alam degree itu seindah alam diploma dimana aku boleh study ikut sukahati aku diibaratkan seperti sedang pergi honeymoon? Atau alam degree nanti akan menjadi satu alam yang begitu sibuk dan sukar seperti alam bunian atau alam kubur? Argghhhh... aku dah semakin mengarut...

Bayangkan kau sedang asyik tidur dan bermimpi indah, tiba-tiba dikejutkan oleh emak kau untuk ke kedai membeli asam keping. Mesti kau akan angin dan akan timbul satu perasaan yang tak best sebab tidur kau diganggu.

Dialog nie aku copy dengan bangganya dari blog http://www.amirizzat.com/ & http://akudiadantehoais.blogspot.com/. Lepas tu aku edit ikut sukahati aku. Jujur kan aku! Hoho..

Macam tu gak la dengan aku. Sedap-sedap goyang kaki mengabiskan beras mak abah kat rumah selama 4 bulan, tetiba dah kena balik universiti. Nak pegang pen pun aku dah kekok sekarang ni. Tak tau la macam mana bila dah mula kuliah nanti.

"Hidup mesti diteruskan. Hadapilah semuanya dengan ikhlas dan tenang. Niatkan kerana Allah. InsyaAllah, Allah akan permudahkan segala urusan dan hati pun akan tenang."

Belajar betul-betul bang. Jangan berangan je lebih.

Saturday, September 3, 2011

Aku dan duit raya...

5 hari raya dah kita raya...
Berapa banyak duit raya kau dapat?

Aku?
Ada la sikit-sikit. Dah tua-tua pun still lagi dapat duit raya. Memang pemurah betol la pakcik-pakcik & makcik-makcik sedara aku nih.

Start raya pertama penat menerima kunjungan sedara-mara. Penat yang berbaloi sebab last-last mesti dapat duit raya. Heh heh.

Kalau kecik-kecik dulu dapat RM 100++ pun rasa macam dah kaya sangat. Tapi sekarang angka 100 tu rasa macam sikit sangat je.

Tamak? Tak bersyukur?
Bukanlah macam tu. Mungkin perubahan masa dan keadaan yang membuatkan aku berfikir macam tu. Kalau dulu nak beli apa semuanya mak bapak yang tanggung. Tapi sekarang dah kena belajar-belajar guna duit sendiri walaupun tak de pendapatan lagi. 

Raya-raya nie mood berblog tu tak berapa nak ada. Trafik pun confirm-confirm la jatuh. Blogger-blogger semua balik kampung kot.. Hoho. Sunyi sepi je blog-blog.. 

Ok lah.. Babai. Takde idea nak bebel. Jom layan kartun raya.

"Bersyukurlah dengan rezeki yang Allah berikan walaupun sedikit." 


Thursday, September 1, 2011

Raya dulu dan sekarang...

Dulu bila tiba hari raya,           
Aku rasa akulah yang paling gembira dalam dunia...           
Aku akan pakai baju raya siap sampin lepas tu pergi semayang raya dengan gumbiranya...         
Aku akan main bunga api dengan sedara-mara dengan seronoknya...          
Aku akan jalan-jalan pusing kampung kumpul duit raya...

Tapi sekarang bila tiba hari raya,      
Aku dah tak kisah lagi sebab aku pun dah dewasa...           
Aku hanya melaram biasa-biasa dan pakai baju seadanya sahaja...   
Aku dah tak main bunga api dan tak lagi pergi kutip duit raya...

Kerana sekarang ni aku telah mula faham bahawa hari raya adalah hari kemenangan untuk orang-orang yang berjaya,     
Berjaya mengalahkan hawa nafsu di bulan puasa... 
Berjaya beribadah dan mengabdikan diri pada Yang Esa...            
Dan berjaya mendapat magfirah dan keampunan-Nya...

Aku malu untuk meraikan hari raya kerana aku tidak pasti adakah aku layak untuk meraikannya...
Related Posts with Thumbnails