Others

Meh le follow...

Monday, October 31, 2011

Dosa-dosa menipu

Ini hari aku mau share satu dialog yang aku ambik kat facebook. Layan je la ye.. Tapi jangan kau lupa untuk ambik pengajaran sekali.. 

**********************

Dalam Kelas... Mata pelajaran pendidikan Islam hampir tamat... Sebelum keluar... Ustaz pun memberitahu kepada murid-murid...

USTAZ : Minggu depan kita akan belajar tajuk baru...Jadi ustaz nak kamu balik rumah nanti... Baca ayat 287 surah Al-Baqarah ... Sebab ayat ni ada kena mengena dengan tajuk baru kita nanti..

MURID-MURID : Orait ustaz!

Minggu depannya... Mata pelajaran pendidikan Islam..

USTAZ: Minggu lepas Ustaz Suruh kamu baca Ayat 287 Surah Al-Baqarah kan? saper yang dah baca ayat tu kat rumah?


Ramai Murid-murid yang mengangkat tangan.. Ustaz pun tersenyum... Lalu berkata...

USTAZ : Saya tak percaya lah....

MURID-MURID : Betul Ustaz... Kami baca..

USTAZ : Cuba kamu bukak Al-Quran..Surah Al-Baqarah ada 286 ayat jer... Mana ada ayat 287.. Hari ini kita akan belajar tajuk baru... Dosa-dosa menipu ...

MURID-MURID : =.='...kantoi sudah...

 "Berkatalah benar sekalipun ia pahit" kata Ustaz kepada anak-anak muridnya.

Friday, October 28, 2011

Roti sambal Iblis


Erm, agak-agak kau roti nie halal ke? Sambal dia buatan istimewa Iblis tu. Jangan memain. Rasa dia confirm macam harem.. hoho..

Aku memang tabik abis dengan umat Islam zaman sekarang ni. Kalau bab halal haram dalam makanan nie memang jaga betul. Tak boleh makan yang haram katanya, takut nanti jadi darah daging. 

Huh, kalau pasal makanan, tau pulak kau cari yang halal-halal. Abis benda-benda haram lain yang kau buat tu kau tak sedar pulak??!!

Kau dating sana-sini dengan yang bukan muhrim, kau tinggal solat ikut sukahati... Banyak woo benda haram yang kau buat. 

Moga Allah pelihara kita daripada buat benda yang haram-haram nie..

Tuesday, October 25, 2011

Menipu itu memang best...

Perkara yang aku confirm kau & aku pernah buat dalam dunia nie ialah menipu. Menipu itu memang best. Sebab dengan menipu, kau mungkin akan dapat sesuatu yang best.

Sesungguhnya amatlah payah untuk berkata benar lebih-lebih lagi pada perkara yang menyakitkan.

Menipu mak abah

Menipu cikgu sebab tak siap kerja sekolah

Meniru dalam exam

Menipu kengkawan

Benda-benda nie mesti kau pernah buat kan???


Takkan nak tunggu hidung kau macam Pinocchio kot baru kau nak berhenti menipu...


Tapi ada satu perkara je yang kau tak boleh tipu...
Iaitu menipu ALLAH... 

Dia takkan tertipu dengan segala kebohongan dan perkara-perkara dusta yang kau lakukan kat dunia. Boleh ke kau tipu ALLAH masa kat akhirat nanti? 

Memang payah untuk berkata benar. Namun, ramai orang yang cenderung memilih untuk terus menipu dan menuturkan kata-kata dusta. Cuma ingatlah hadis Rasulullah...

“Berkatalah benar sekalipun ianya pahit”

Insyaallah kau akan merasai kemanisannya bila berkata benar walaupun adakalanya ia sangat menyakitkan. Sebab Allah menyukai orang yang jujur. 

Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia. Jadi, tak perlulah menipu dalam urusan-urusan hidupmu.

Bohong sunat boleh kan?????  Err.. Entah!!! Ada ke???

Tuesday, October 18, 2011

Tragedi bersama 'kon'

Sebuah kisah menyayat hati. Pada suatu malam aku dan memberku berjalan kaki ke kedai makan kerana ingin makan.

Pabila sampai di depan pondok pak guard berhadapan pintu masuk UiTM. Tetiba ada satu suara halus memanggil,

“Mas Azam! Mas Azam!”

Adehh.. Ini memang sah si Mazni and the geng nie. Diorang memang suka panggil aku mas Azam. Eh, kau kenal tak sape si Azam nih? Alah, hero dalam filem Ketika Cinta Bertasbih tu la. 

Dah tengok belum? Klo belum tengok, sila pergi tengok sekarang sebab filem nie best giler & sangat menusuk kalbu. Hilang salah satu nikmat dunia kalau kau tak tengok filem nih! Serius wehh!!

Maka dengan penuh bangga & perasannya aku pun menyahut panggilan mereka sambil berborak-borak tanpa sedar kaki aku dah makin kedepan walaupun kepala menoleh ke belakang.

Dan tiba-tiba.....!!!!

"Kah kah kah kah!!!!!"

Eh, apsal ada suara orang bergelak ketawa tak hingat dunia nih???

Huhh!!! Aku terlanggar kon yang ada kat jalan tu.. Patut le tersembur-sembur ketawa dari gadis-gadis tu. Macam la aku tengah buat aksi lawak badut. Damn!

Dan sudah semestinya kejadian itu disaksikan oleh pak guard & mak guard yang ada kat dalam pondok guard tu. Ohh..

Dan aku pun berlari laju-laju dengan muka penuh kemaluan... 

 Oh, kon durjana.. Yang ko duduk tengah-tengah jalan tu apasal???

"Malu itu sebahagian daripada iman"

Friday, October 14, 2011

Lagi entri pasal solat...

Kau perasan tak? Sekarang nie payah nak jumpa orang yang betul-betul jaga solat. Maksud aku solat tak pernah tinggal la.

Kalau nak cari orang yang tak pernah solat, memang bersepah-sepah. Yang solat kadang-kadang atau ikut mood dia lagi la melambak-lambak..

Bila duduk satu rumah atau satu bilik dengan jenis yang malas solat, mesti mereka akan anggap kau baik gila tahap wali. Padahal kau tak pernah tinggal solat je. 

Eh, setakat tak tinggal solat, belum menjamin apa-apa pun kat akhirat nanti. Lain la kalau kau jenis tak tinggal solat jemaah kat masjid. Baru lah boleh tabik spring gila-gila kat kau....

Kenapa ek zaman sekarang nie orang dah tak ambil berat lagi pasal solat? Dah tak takut Tuhan ke?

Aku tak de lah baik mane. Tapi aku takut gila woo kalau tertinggal solat. Rasa macam tak tenang je. Kalau terbangun lewat waktu subuh ke, aku sedaya-upaya qadak(ganti) secepat yang mungkin.

Walaupun solat aku sendiri masih belum sempurna. Tapi aku sangat sedih melihat kawan-kawan aku yang tak solat. Nak tegur, nasihat & dakwah mereka memang aku tak mampu.

Ya Allah, bukakanlah pintu hati aku & mereka untuk lebih mentaati-Mu...


Saturday, October 8, 2011

Kreativiti diluar batasan...

Aku ada seorang member yang sangatlah kreatif walaupun bila kau tengok dia, kau akan kata dia macam orang takde masa depan. Hah hah. Kejam sungguh aku.

Member aku nie nama dia Luqman Nurhakim. Wajah dia sungguhlah manis menggoda lebih-lebih lagi bila dia senyum. Kambing tengok pun bulih cair. Ghurau-ghurau ja Man ye. 

Sebenarnye aku takde lah nak cerita pasal dia sangat. Takut-takut nanti lagi berjela pulak aku terkutuk dia secara tak berapa nak sengaja. Huahua. Cuma aku nak share satu hasil kerja seni yang sangatlah kreatif yang dia buat sendiri. Jom layan...

Gempak tak? Kau mampu buat???

Yang nie paling terbaik.. Hehe..

Memang terbaik la. Tapi aku tak tau la sama ada memang idea dia sendiri atau dia dapat ilham dari mana-mana. Walaubagaimanapun aku tetap bangga ada kawan yang kreatif macam kau Man. Haha.

Kau pun patut bangga gak Man sebab aku tulis pasal kau dalam blog aku nih! Bukan calang-calang orang tau boleh masuk blog aku nih. Hihi..

“Kreativiti adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Justeru, manfaatkanlah ia untuk kebaikan & tujuan dakwah demi agama-Nya”

Aku & Luqman...

Thursday, October 6, 2011

Bila binatang update status facebook...

Kalau binatang ada facebook, agak-agak apa status mereka?

NYAMUK: Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang... burp, Alhamdulillah...
CICAK: Isteriku tersepit pintu...   
KUCING BETINA: Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.   
AYAM: Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah digoreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk guwe yaa…
NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa                                                                                                                 KUCING JANTAN: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!  
BABI: Aku bengang betol la...die gi pijak taik kucing tapi nama aku yang disebutnye...wei bro! len kali siasat dulu la sape yang berak kat depan umah kaw...tension2..
kah3..

[copy paste, lalalala jom gelak]

Sunday, October 2, 2011

Masjid yang unik. Satu-satunya di dunia...

Baru-baru nie aku pergi satu universiti nie sebab ada hal sikit. Sehari suntuk gak la lepak kat sana. Dalam pukul 2 lebih macam tu aku pergi la jalan-jalan kat kawasan kampus tu untuk cari surau@masjid@atau mana-mana tempat yang boleh sembahyang.

Agak-agak dalam 10 minit berjalan, aku terjumpa sebuah bangunan yang agak besar macam dewan. Aku pun masuklah dengan harapan akan menjumpai tempat sembahyang kat sana.

Memang aku jumpa tempat sembahyang dalam tu. Tapi aku konpius jap. Apsal tempat sembahyang tu macam pelik je.

Kiri kanan tempat sembahyang tu ada kedai-kedai makan & kiosk. Bahkan mesen ATM pun ada gak. Tempat sembahyang tu langsung takde dinding. Hanya ada penghalang yang tak berapa nak menghalang sangat pun. Lepas tu ada karpet besar macam kat masjid yang dibentang ditengah-tengah kawasan.

Aku terus takde nafsu nak sembahyang kat situ. Kau bayangkan bila kita sembahyang sorang-sorang ditempat awam ditengah laluan orang-ramai. Akhirnya aku sembahyang gak la kat situ setelah berfikir panjang hampir seminit.

 Ada orang lalu-lalang kat belakang tu..

 Nampak tak meja-meja makan kat hujung tu? (Click untuk tumbesaran yang sihat..)

Memang terbaik la. Satu-satunya di dunia.. ;-)

 Hujung belah kanan sekali tu mesen ATM, belah kiri pulak kedai serbaneka..
 
Sebenarnya kampus nie baru lagi dan still dalam pembinaan. Tapi yang aku pelik, bangunan lain boleh pulak bina cantik-cantik & besar gedabak. Masjid atau surau yang sangat penting pun tak mampu nak bina ke? Takkan arkitek terlupa kot? Ke tak cukup budget? 

Nasib baik la ada tempat sembahyang sementara nie. Cuba kita ambil contoh Rasulullah s.a.w yang mendirikan masjid terlebih dahulu sebaik tiba di Madinah ketika berhijrah.

Tapi bagus gak kan. Macam one stop centre. Semua ada dalam satu tempat. Jadi takde alasan la kalau pergi makan tapi tak solat jemaah sekali. 

Minta maap la ye kepada warga@pelajar kampus tersebut. Sekadar luahan apa yang aku rasa. Peaceeee.. 

Erm, kalau masjid besar gedabak tapi takde orang pun tak guna jugak!!!! kan...
Related Posts with Thumbnails