Others

Meh le follow...

Friday, October 14, 2011

Lagi entri pasal solat...

Kau perasan tak? Sekarang nie payah nak jumpa orang yang betul-betul jaga solat. Maksud aku solat tak pernah tinggal la.

Kalau nak cari orang yang tak pernah solat, memang bersepah-sepah. Yang solat kadang-kadang atau ikut mood dia lagi la melambak-lambak..

Bila duduk satu rumah atau satu bilik dengan jenis yang malas solat, mesti mereka akan anggap kau baik gila tahap wali. Padahal kau tak pernah tinggal solat je. 

Eh, setakat tak tinggal solat, belum menjamin apa-apa pun kat akhirat nanti. Lain la kalau kau jenis tak tinggal solat jemaah kat masjid. Baru lah boleh tabik spring gila-gila kat kau....

Kenapa ek zaman sekarang nie orang dah tak ambil berat lagi pasal solat? Dah tak takut Tuhan ke?

Aku tak de lah baik mane. Tapi aku takut gila woo kalau tertinggal solat. Rasa macam tak tenang je. Kalau terbangun lewat waktu subuh ke, aku sedaya-upaya qadak(ganti) secepat yang mungkin.

Walaupun solat aku sendiri masih belum sempurna. Tapi aku sangat sedih melihat kawan-kawan aku yang tak solat. Nak tegur, nasihat & dakwah mereka memang aku tak mampu.

Ya Allah, bukakanlah pintu hati aku & mereka untuk lebih mentaati-Mu...


5 comments:

  1. manusia.. mmg sifatnya perlu sering diingatkan.

    tapi tu la. lemahnya kita bila time nak menegur face2face..

    ReplyDelete
  2. memang susah nak tgur kawan sndirik ajak solat , tapi klu tegur secara melawak atau santai insyallah , doang akan dgr .. :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails