PILIHANRAYA!!! Atau dalam bahasa Mak Jemah di
kampung, NGUNDI... Entah bilalah Parlimen nak bubar. Aku dah sawan nie nak pergi ngundi... Hari-hari duk main pangkah-pangkah kalender sebagai persediaan dan
latihan untuk memangkah time pilihanraya nanti.
Malam tadi aku mimpi pelik pasal pilihanraya yang
Dato’ Najib pun takkan mampu untuk bermimpi macam aku. Siyes aku rasa aku
adalah insan yang terpilih kerana mampu untuk bermimpi perkara pelik itu.
Tarikh pilihanrayakah yang aku mimpi itu? Oh,
tidak! Tidaklah aku membela jin mahupun saka yang boleh memberitahu aku akan
tarikh pilihanraya yang sebenar.
Sebenarnya malam tadi bermimpilah aku akan
pilihanraya yang dah tiba. Cuma yang peliknya kali ni pegawai SPR datang rumah
macam pegawai banci tu. So, kita boleh terus ngundi dari rumah. Canggih
bukan??? Huahua..
Pastu bila sampai turn aku nak ngundi, beliau pun
cek la nama aku & terbukti nama aku ada dalam senarai mengundi. Tanpa
banyak bertanya dan tanpa sempat aku bertanya, pegawai SPR tu terus je pangkah
kat kertas undi tu tanpa sempat aku memangkahnya. Apa ke jadahnya semua ini?
Aku yang terpinga-pinga kala itu hanya mampu memandang
beliau dengan seribu tanda tanya. Selepas memangkah kertas undi tersebut tanpa
rasa bersalah, maka beliau pun membelahkan diri namun aku sempat berkata pada
beliau,
“Eh,
encik. Saya tak tengok lagi pun kertas undi tu. Kenapa encik dah pangkah dulu
tak tanya saya? Encik nak kemana tu? Nanti datang sini balik tau!”
“Iye.
Nanti saya datang balik. Saya nak pergi sekejap je nie.”
Aku pun merelakanlah pemergiannya dengan seribu
persoalan yang bermain di minda. Lepas tu dia memang tak datang balik la. Giler tak puas hati aku. Adakah ini sistem
baru pilihanraya? SPR mewujudkan sistem yang mesra pengundi dan begitu
memudahkan rakyat. Pegawai SPR datang kerumah pastu siap tolong pangkah lagi
parti mengikut sukahati mereka. Hehhh!!!
Aku yang kebingungan akibat diperkotak-katikkan
pegawai SPR sedemikan rupa nie pun pastu pergilah membuat sedikit research
dengan bertanyakan member-member yang lain termasuklah jiran sebelah
menyebelah. Mereka pun kata benda yang serupa. Pegawai SPR yang datang tu
selamba badak je tolong pangkahkan kertas undi mereka pastu belah cepat-cepat.
Adakah ini strategi ‘puak’ yang tu untuk memenangi
pilihanraya pada kali ini. Ia nampak begitu bodoh sekali dan tak boleh diterima
akal. Hatta Darwin pun takkan mengiktiraf teori ini. Confirm nanti mak cik
AMBIGA akan mengamuk abis dan mengarahkan bala tenteranya berhimpun untuk
BERSIH 4.0 bahkan mungkin BERSIH 5.0
Walaupun cara yang digunakan untuk menang agak tak
bersih, tapi yang aku ingat 1 negeri dah tumbang waktu tu iaitu negeri Pahang.
Tambah lagi dengan 5 negeri yg dah sedia tumbang masa PRU 2004 dulu. Hahaha.
Giler suka aku. Padan muka! Menipu lagi. Kau ingat dengan kau tolong pangkahkan
kertas undi tu, kau boleh menang! Kuasa Allah mengatasi segala-galanya la bebbbbb!!!!
Wehhh, ini mimpi je lah. Kau jangan nak ambik
serius sangat lah. Aku pun pelik kenapakah mimpi yang sebegini indah boleh masuk
dalam tidur aku. Kalau mimpi sape yang menang pilihanraya nanti best la jugak!!!
Hahahaha.. K, bay, aku nak tidur dulu, mana tau kali nie dapat mimpi tarikh
pilihanraya pulak! Boleh la beli tiket bas balik ngundi awal-awal....
Huahuahua....