Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia hanya
Allah yang tahu. Walaupun aku tidaklah bernama Hang Tuah, tetapi minggu ni aku
telah dilanda tuah selama dua malam berturut-turut.
Ada satu malam tu, aku pergi la ke dining@tempat makan di kampus
aku, untuk membeli makanan. Aku meng’order’ nasi goreng ayam. Setelah nasi
goreng yang di’order’ oleh aku itu siap dimasak, maka aku pun ke kaunter
bayaran untuk membuat bayaran. Maka terjadilah dialog ini..
Penjaga kaunter bayaran, “Tadi minta nasi lebih kan?”
Aku, “Eh, tak lah.”
Penjaga kaunter bayaran, “Oh, orang lain lah ni ye.”
Aku hanya mampu tersenyum sambil membayar harga nasi
tersebut.
Balik ke hostel, aku pun membukaklah bungkusan nasi itu.
Alangkah terkejut monyetnya aku tatkala mendapati nasi itu sangatlah banyak.
Macam untuk makan dua orang. Erm, memang sahlah orang kedai tu tersilap.
Maka aku pun mempelawa roommate untuk makan sekali tetapi
beliau tidak hingin. Maka terpaksalah aku menghabiskan makanan yang banyak itu
sorang-sorang. Dan beberapa minit kemudian, aku pun pengsan laksana ular yang
melingkar akibat kekenyangan.
Ini adalah contoh nasi goreng ayam. Nampak sedap untuk dimakan |
Malam esoknya pulak aku ke kedai makan luar kampus aku
selepas selesai discussion dengan group assignment aku. Aku order bihun goreng
ngan telur dadar. Member aku pulak order kuetiaw hongkong (ketiaw yg balut dgn
telur dadar+kuah tu). Kitorang suruh
bungkus plastik asing-asing. Dalam plastik aku ada 2 polistrin. Aku bukaklah
salah satu polistin, ada isi telur dadar.
Aku pun balik rumah aku, dan member aku tu pun balik rumah
dia. Sampai rumah, aku bukak dua-dua polistrin. Satu isi bihun+telur dadar saiz
kecik. Satu lagi polistin isi telur dadar saiz agak besar macam yang aku tengok
tadi.
Aku time tu dah happy kemain. Ini mesti silap ni. Orang
kedai tu terbagi aku dua telur dadar. Ada aneka saiz lagi tu. Bila aku kais telur
dadar yang saiz besar tu dengan sudu. Tetiba aku rasa macam ada sesuatu kat
dalam dia. Aku kais lagi, memang sah ada sesuatu. Sesuatu itu adalah kuetiaw. Atau
dengan bahasa tepatnya adalah kuetiaw hongkong.
Rupa-rupanya member aku tu just dapat kuah dia je. Ingatkan
memula tadi kuetiaw tu memang dah dimasukkan sekali dalam kuah tu.
Kau boleh bayangkan tak macam mana perasaan member aku tu?
Aku call dia bagitau nak pulangkan, tapi dia kata tak payah sebab dia dah makan
pun kuah tu. Aku duk gelak-gelak je. Member aku kata dia siap nangis lagi sebab
dapat kuah je. Haha.. Rezeki beb. Walaupun tak de kuah, tapi bila kuetiaw yang
bersalut dengan telur dadar tu dimakan dengan sos pun sedap jugak.. Erm..
Alhamdulillah..
Orang kedai tu leka sangat...
ReplyDeleteSepatutnya mereka lebih teliti...
rugi kedai tu...
ReplyDeletemkn besar lah ni =)
ReplyDeletehehe...syukur alhamdulillah
ReplyDeletelps ni boleh belanja kwn makan...sbg ganti hehehe
untunglaaaa dpt mkn byk..
ReplyDeletememg mcm ular sawa keknyangan laaa kan time tu
hehe