Sudah suratan nasibku yang malang. Beberapa hari lepas aku balik
rumah, tak lama pun.. 2 hari je. Hari terakhir sebelum nak balik kampus,
tiba-tiba aku tergerak hati nak jengok dokumen dan buku-buku kat rak kayu dalam
bilik aku...
Dan tiba-tiba...................
Waaa, hampir-hampir sahaja aku tergolek kebengangan tatkala
melihat buku-buku dan dokumen penting habis rosak dimakan ulat-ulat durjana.
Cover baik punya ulat-ulat ni. Disebabkan buku-buku aku disusun sangat cantik
dan teratur, maka dari depan tidak kelihatanlah tanda-tanda ia sedang
dikerjakan oleh ulat-ulat durjana tersebut. Tapi bila aku tarik je satu buku,
barulah terkantoi akan kedurjanaan yang sedang dilakukan oleh ulat-ulat itu.
Rupa-rupanya makhluk tak bertamadun ini buat kerja belakang tabir. Bahagian
dalam buku-buku dan dokumen habis rosak dimakan ulat-ulat ni. Berlobang
sana-sini.
|
Adakah rak kayu aku ini berperisa strawberi???
Sakit jiwa aku tengok. Entah apa yang sedap sangat buku-buku aku tu pun aku tak tau. Paling aku stress, bila sijil-sijil termasuklah transkrip dan sijil diploma aku dulu turut jahanam dimakan ulat-ulat tersebut.
Yang kau dengki sangat dengan aku nih kenapa? Penat aku belajar selama 3 tahun, last2 kau boleh jahanamkan aku punya sijil diploma tu? Arrrgghh, aku rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding laju-laju je...
Inilah akibatnya pasal aku dah lama tak balik kampung. Rupa-rupanya ulat-ulat tu dah lama buat kerja nih.. aku kira-kira ada dalam 2 bulan gak la aku tak usik buku-buku kat rak tu. Bas nak balik kampus pukul 11.00 pagi. Dengan sepantas kilat, aku pun membersihkan dan menyelamatkanlah apa yang boleh diselamatkan. Dan hari itu aku pulang ke kampus dengan hati yang lara hancur musnah ibarat kaca yang berderai. Sampai 7 keturunan aku akan berdendam dengan ulat-ulat durjana itu....
|
|
Ulat-ulat itu langsung tak berperikebinatangan... Dokumen-dokumen ini diperlakukan dengan kejam... |
aeyy, nk blaja diploma sbb sijil ke ilmu? wewuu weewuuu.. pegi mintak sijil baru kat uitm
ReplyDeleteilmu itu tuntutan, sijil itu keperluan.. dua2 nak kak.. huhu.. :-)
Deletewaaaaa, sadis gila keadaan :/
ReplyDeletemmg sadis.. berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.. hehe
DeleteUlat-ulat tu bersifat keperibinatangan lah.
ReplyDeleteSebab tu mereka makan. Mungkin memang almari dan kertas tu berperisa yang sedap mengikut selera mereka.
Kalau ulat tu bersifat perikemanusiaan, tentu dia akan makan nasi. ^_^
yup.. dah mmg dasar binatang.. nk wat cam mane kan..
Deletehbs r.... cm ner nk mintak keje 2.... kihkih
ReplyDeleteyang transkrip tu blh mintk lagi kot... kalau xslh lah =)
x pe.. rezeki ditangan Tuhan.. susah2 sgt gua kawin dgn puteri raja.. boleh kaya.. hehe..
Deleteaduh...sayangnya buku2 rosak. yang lagi sakit, sijil2 pun rosak sama.
ReplyDelete