Credit to LANGIT ILAHI.COM. Eh, sejak bila pulak aku pandai berkredit-kredit nih? |
Tuhan tu
tempat meminta. Mintaklah macam-macam dekat dia. Tak esok, tak lusa, tak tulat
pasti dia akan kabulkan. Tak di dunia mungkin di syurga.
Kengkadang
kita buruk sangka dengan Tuhan. Bila Tuhan tak makbulkan doa kita mulalah kita
anggap Tuhan tu tak sayang dekat kita. Tapi sebenarnya mungkin Tuhan nak kita
terus meminta dan merayu pada Dia sebab kalau kita dah dapat apa yang kita
hajat tu, mungkin kita akan mula lupakan Dia.
Tuhan tu
sebenarnya tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin Dia tak makbulkan doa kita
sebab Dia tahu benda tu tak baik untuk kita dan Dia nak anugerahkan sesuatu
yang lebih baik dari apa yang kita minta.
Sebagai
hamba, kita kena sentiasa bersangka baik dengan Tuhan. Teruslah meminta pada
Dia. Lagi kita minta lagi Tuhan suka. Tak macam manusia. Hari-hari kalau minta
benda yang sama silap hari bulan kena pelangkung la jawabnya.
Aku kata:
"Mintaklah
untuk mendapat redha dari Dia."
Manusia memang begitu, kerana kelebihan yang ada pada manusia terhad.
ReplyDeleteAllah pula tidak seperti manusia, kerana Dia Maha Kaya, kekayaan-Nya tiada bertepi.