Masa
kecil-kecil dulu aku pernah bercita-cita nak jadi artis. Jadi pelakon ke
penyanyi ke. Tapi memandangkan bakat yang tak berapa nak ada maka aku pun
terpaksa memadamkan hasrat tersebut. Suara ada tapi sedap sikit je dari suara
katak. Rupa ada cuma kurang sikit je daripada Aaron Aziz. Tinggi??? Langsung
tak ada. Haha……
Pernah
jugak bercita-cita nak menjadi cikgu tapi bila mak aku suruh apply maktab
perguruan lepas habis SPM aku pulak yang tak nak sebab masa tu minat nak
menjadi cikgu dah langsung tak ada. Kononnya nak try environment baru yang
takde kaitan dengan sekolah-sekolah ni.
Dan
tanpa pernah aku duga aku ditakdirkan untuk belajar dalam bidang pengurusan
perpustakaan dan maklumat masa dekat universiti yang mana aku tak pernah minat
langsung dan tak pernah terfikir untuk telibat dalam bidang ni.
Dan
kini aku dah pun habis study dan masih belum ada ruang dan tanda-tanda yang aku
akan bekerja dalam bidang ni.
Apa
yang aku buat sekarang???
Hahaha.
Hanya mampu menggelakkan diri sendiri sambil terus menunggu takdir yang
terindah untuk diri. Kerjalah apapun asalkan ianya halal dan kita masih boleh
menjaga solat. Dua benda tu paling penting untuk keberkatan dalam rezeki yang
kita dapat.
Ada
orang yang tak kisah bekerja dekat tempat-tempat yang ada jual arak walau
hakikatnya sumber pendapatan tersebut haram. Mungkin sebab jahil atau desakan
hidup. Wallahua’lam. Tapi selagi boleh, carilah kerja yang terjamin
kehalalannya. Banyak je dekat dunia ni.
Biarlah
apa orang nak kata. Selagi kita tak merompak bank, tak jual dadah, tak jual
diri itu dah cukup baik kan??? Ambik je
peluang-peluang kerja yang ada disamping terus berusaha untuk mendapatkan
pekerjaan yang lebih baik. Rezeki tu di tangan Allah. Insyaallah ada
bahagiannya untuk kita.