Sesuatu yang baru itu biasanya akan disukai. Baju baru,
kereta baru, rumah baru, tahun baru. Patah tumbuh hilang berganti. Lama
berganti baru.
Namun sesuatu yang baru itu tak semestinya sentiasa indah
dan baik untuk kita. Mungkin yang baru itu ‘musibah’ untuk kita. Yang baru itu
bakal menyakitkan kita. Dan mungkin yang baru itu adalah pengakhirannya buat
kita. Tapi Tuhan tu tahu apa yang terbaik untuk kita.
Sempena kedatangan tahun 2015 ini, bersedialah menempuh
tahun baru dengan azam dan semangat baru.
Azam mahu jadi kaya. Azam mahu kumpul harta. Azam mahu
kahwin. Tak salah semua tu. Cuma kena pastikan kita sematkan jua azam untuk
menjadi hamba Allah yang lebih baik. Semoga kehadiran tahun baru menjadikan
kita lebih baik dari segi amalan dan ketaqwaan kita berbanding tahun-tahun yang
lepas.
Amin…
No comments:
Post a Comment