Others

Meh le follow...

Wednesday, December 14, 2016

Allah tarik nikmat mata dan gantikan dengan nikmat iman

Waktu family day atau lepak-lepak day office aku kat Air Terjun Kemensah, seorang part time office-mate aku ni bawa kawan dia yang buta join lepak-lepak kita orang tu. Hari tu jugak kawan dia yang buta tu menyatakan hasrat nak masuk Islam. Beliau orang Iban dan sekarang kerja di KL. Maka bos aku pun bagi penerangan sikit dan bantu dia untuk melafazkan syahadah.

Aku rasa terharu. Allah tarik nikmat mata, tapi Allah gantikan dengan nikmat yang lebih besar iaitu nikmat iman dan Islam yang mana ramai antara kita ni tak rasa pun nak menghargai. Paling rasa tersentuh bila akak office aku bawa dia masuk sungai dan rasa air terjun. Ya Allah, dia hanya mampu rasa nikmat air terjun tu dengan tangan. Sungguh terasa sangat besarnya nikmat yang aku dah dapat selama ni. Hilang salah satu je dah boleh rasa yang hidup ni dah tak sempurna.

Moga Allah pelihara dia dunia dan akhirat. Insyaallah, awak akan dapat tengok indahnya syurga yang tak tertanding dengan dunia ni..


Wednesday, October 12, 2016

Daripada blogger ke novelis


Dulu-dulu aku suka menulis. Sekarang pun suka jugak tulis-tulis ni tapi dah makin malas dan kekeringan idea.. Kadang-kadang nak update status fb pun aku boleh blank. Masa dekat sekolah, aku antara best student dalam bab karang-mengarang ni. Cikgu pun selalu puji karangan aku.. Dan kengkawan pun selalu jeles dan kagum dengan karangan aku. Harap kau orang tak baca ayat aku ni dalam keadaan nak muntah hijo dan tak anggap aku poyo dan masuk bakul angkat sendiri. Huahua..

Daripada main tulis-tulis kat buku karangan, aku beralih pulak tulis-tulis dalam blog. Bila aku baca balik entry blog aku yang lama-lama tu aku rasa macam.. OMG! Benda merepek apa yang aku tulis ni? Serius aku malu wei bila baca balik entry2 lama tu.. Dan aku harap kau orang tak payah la scroll entry2 zaman dahulu-kala tu.. Kalau kau orang nak baca jugak, kau orang anggaplah itu bukan aku yang tulis. Huhu..

Daripada tulis-tulis dalam blog, aku berjinak-jinak pulak ke dunia penulisan sebenar yakni menulis novel. 4 tahun aku ambil masa untuk siapkan satu novel dan ia bukanlah suatu benda yang mudah macam tulis karangan 2 muka surat. Kadang-kadang nak tulis karangan 2 muka surat pun dah terasa azab apatah lagi tulis novel yang dekat 500 muka surat tu..

Ayat novel aku tak adalah hebat sangat macam sasterawan negara. Bahkan memang tak hebat pun. Aku tak reti nak tulis ayat bunga-bunga. Tapi bolehlah sekadar bagi orang faham. Kau orang tahu tak nih aku dah tulis novel? Hehe.. Aku syok-syok tulis ni entah ada orang baca entah tidak. Gasaklah, asalkan dapat melepas rindu menulis blog. Tahun ni baru satu entry woii.. fuhhh.. ~tiup2 habuk~

Pssst: Sesiapa nak dapatkan novel aku 'Sampaikan Salamku' bolehlah jenguk kedai-kedai buku MPH atau Popular itupun kalau ada lagi la. Tak pun kau orang pm aku, nanti aku hantor depan umah kau orang. 014-2386848 (Fakhrul) atau pm je fb aku.. :)

Monday, February 29, 2016

Aku terasa ingin mencoret..

Assalamualaikum. Adakala, rasa rindu pulak dengan dunia blog yang suatu ketika dulu ia ibarat kawan baik aku. Tanpa blog, aku jadi cam orang yang tengah angau bercinta. Tidur tak lena. Makan tak kenyang. Mandi tak basah. Solat tak sah.. Eh?

Aku tak tau la blog sekarang ni masih lagi releven atau tak? Ada lagi ke orang baca blog? Adakah para blogger masih lagi bersatu hati dan masih lagi berkawan-kawan cam dulu? Siyes, aku tak tau..

Kepada kau orang yang masih lagi berblog, sudi-sudilah berkawan dengan aku atau kalau tak nak kawan dengan aku pun, jenguk-jenguklah blog aku nih. Aku tau aku ni tak best pun untuk jadi kawan kau orang. Hehe.. Okey, sekian..

Terimalah gambar yang takde kaitan dengan entry ni.. :)
Related Posts with Thumbnails