Others

Meh le follow...

Wednesday, December 14, 2016

Allah tarik nikmat mata dan gantikan dengan nikmat iman

Waktu family day atau lepak-lepak day office aku kat Air Terjun Kemensah, seorang part time office-mate aku ni bawa kawan dia yang buta join lepak-lepak kita orang tu. Hari tu jugak kawan dia yang buta tu menyatakan hasrat nak masuk Islam. Beliau orang Iban dan sekarang kerja di KL. Maka bos aku pun bagi penerangan sikit dan bantu dia untuk melafazkan syahadah.

Aku rasa terharu. Allah tarik nikmat mata, tapi Allah gantikan dengan nikmat yang lebih besar iaitu nikmat iman dan Islam yang mana ramai antara kita ni tak rasa pun nak menghargai. Paling rasa tersentuh bila akak office aku bawa dia masuk sungai dan rasa air terjun. Ya Allah, dia hanya mampu rasa nikmat air terjun tu dengan tangan. Sungguh terasa sangat besarnya nikmat yang aku dah dapat selama ni. Hilang salah satu je dah boleh rasa yang hidup ni dah tak sempurna.

Moga Allah pelihara dia dunia dan akhirat. Insyaallah, awak akan dapat tengok indahnya syurga yang tak tertanding dengan dunia ni..


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails