Others

Meh le follow...

Saturday, April 24, 2010

Secebis kisah... Sayangnya Rasulullah kepada kita umatNya..

Air mata Rasulullah detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar- benar cinta yang dicontohi Allah S.W.T. melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah S.W.T. dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku. Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. Rasullullah akan meninggalkan kita semua, keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. Bolehkah saya masuk? Tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. Maafkanlah, ayahku sedang demam. Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, Siapakah itu wahai anakku? Taktahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya. Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut. Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah? Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu, kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, katanya masih penuh kecemasan. Engkau tidak senang mendengar khabar ini? Tanya Jibril lagi. Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak? Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat uhammad telah berada di dalamnya, kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini. Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril? Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal, kata Jibril.

Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku – Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. ummatii, ummatii, ummatii - Umatku, umatku, umatku. Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholi ala Muhammad wa baarik wa salim alaihin.. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Hadiah Terbaik


Hadiah Terbaik :

Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

Kepada Tuhan - ????

Monday, April 12, 2010

Usrah sempoi-sempoi..

Buat yg pertama kalinya untuk semestar ini aku brjaya gak ber'usrah' dengan kawan-kawan.. Alhamdulillah, usrah ni brjalan dengan lancar (usrahlah sangat..). Siap ada makan2 ckit.. Minum2.. Tpi trkilan gk sbb ramai yg x dpat join.. Moga2 Allah permudahkan lain kali.. Moga2 ini bukanlah usrah yg pertama dan terakhir..

Mendengar dengan taat...

"Jangan main-main.. Usrah elok2.."

Sukanya dia.. Berseri-seri gigi abang baju merah ni.. Hehe..

Sesungguhnya memang payah nak buat usrah lebih-lebih lagi dengan keadaan kat universiti yg asyik busy memanjang (entah apa yg di'busy'kan pun tak tau). Moga usaha yg kecil ini mendapat nilaian disisi Allah..

Dictionary
Usrah=Keluarga(Bahasa Arab). Makna sebenar ialah satu kumpulan yang dibentuk untuk saling ingat-mengingatkan serta bertukar-tukar pandangan dan berkongsi ilmu berkaitan agama dan lain-lain.
Sumber - Diri sendiri.. Klo salah sila betulkan..

Sunday, April 11, 2010

PUISI CINTA


Secangkir
cinta bersulamkan rindu,
Bertemankan ayat-ayat cinta menusuk kalbu,
Si teruna sibuk mengejar cinta si dara,
Si dara asyik menagih kasih teruna,
Begitulah fitrah insan,
Syurga cinta sentiasa menjadi buruan.

Cinta,
Sungguh indah untuk dilafaz dan didasari nikmatnya,
Kalimah penuh makna terhimpun segala rahsia,
Mudah sekali mulut insan melafazkan,
“Oh dinda, aku cinta padamu,”
“Biarpun lautan api sanggup kurenangi,”
“Berikanlah aku secebis cintamu,”

Begitulah manusia,
Sibuk mengejar cinta insan,
Sehingga lupa memburu cinta Tuhan,
Tuhan yang telah memberi nikmat kepada kita,
Tuhan yang telah menjaga dan mengawasi kita,
Tuhan yang telah memberikan nyawa untuk kita hidup di dunia,
Tuhan yang terlebih dahulu mengasihi kita sebagai hambanya,
Layakkah cinta ini kita berikan kepada manusia,
Andai cinta Tuhan kita pinggirkan.

Biarpun cinta pada si dia itu tegar,
Biarlah cinta itu dituluskan niat kerana Allah,
Cinta itu anugerah Tuhan,
Fitrah insan sebagai jalan mendekatinya.

Justeru, dari sibuk mengejar cinta insan,
Bila mati ia akan ditinggalkan,
Bahkan, sering mengecewakan…
Jadi, burulah cinta Tuhan,
Cinta Tuhan berbalas pasti,
Bahagia menanti kekal abadi.

Hasil Nukilan: Diri sendiri..

Wednesday, March 17, 2010

Buat kesekian kalinya...

Buat kali yg kduanya aku meng'update' blog nie stelah skian lama..
Entah ape-apelah aku nie.. Poyo je nak wat blog, tapi x prnah nak update pun..
Bukannye ape, aku agak busy skrang nie.. Mcam2 tugas & tanggungjawab...
Erm, terlalu sibuk dgn urusan dunia, sehingga trlupa dgn urusan akhirat..
Apatah lagi untuk meng'update' blog nie, memang tak berapa nak ada masa..
Moga Allah prmudahkan semua urusan ku dan membuka ruang2 ibadah untuk ku..
Related Posts with Thumbnails