Others

Meh le follow...

Saturday, October 2, 2010

JAWA VS MELAYU.... Pengajaran untuk aku...

 Trip akademik ke KL

Dalam perjalanan pulang ke UiTM Segamat dari lawatan akademik di KL, satu insiden yang tak dijangka telah berlaku padaku dalam bas UiTM yang membawa kami pulang. Kami berhenti solat magrib di Jementah, selesai solat aku pun naik ke bas. Sebaik saja duduk, aku pun tumpang sekaki berborak dengan pensyarah dan kawan-kawan yang ada dalam bas ketika itu. Seat aku tak jauh dengan seat seorang class-mate yang selalu jadi kawan aku bertekak. Class-mate aku ni perempuan. Entah kenapa bila jumpa dia mesti kami bertekak.

Nak dijadikan cerita, bila dah duduk dekat dengan dia kami pun start bertekak (bergurau je bukan bergaduh) pasal kawin-kawin. Entah macamana mulut aku terlepas cakap ‘Jawa mulut jahat’. Dengan sekelip mata, sebotol air minerel kosong melayang kekepala aku disertai dengan pukulan (dengan tangan) bertalu-talu dibelakang badan aku. Perrrggg, memang sedap. Abis benjol kepala aku. Botol air mineral dibaling oleh kawan bertekak aku ni & pukulan datangnya dari kawan perempuan lain yang duduk di seat belakang aku.

Memang memalukan. Lebih-lebih lagi insiden ini dilihat oleh kawan-kawan yang lain dan pensyarahku. Jatuh reputasi aku. Aduh, besar sangat ke salah yang aku buat? Niat aku hanyalah untuk bergurau dengan kawan bertekak aku tu sebabnya memang hobi kami bertekak macam-macam benda. Jadi aku anggap dia boleh terima apa sahaja bahan gurauan aku sebab sebelum ni pun kami banyak bergaduh dan bertekak pasal benda-benda yang sensitif.

Sedikit penjelasan la pasal perkara yang kami ‘tekakkan’. Kami bertekak pasal tak nak berkahwin antara satu sama alain. Aku cakap la yang aku tak nak kahwin dengan dia pasal dia orang jawa. Dan dia pulak balas melayu dan jawa tak boleh kahwin. Nak menambahkan ‘perasa’ dalam sesi bertekak ni, itu yang terkeluar dari mulut aku ‘Jawa mulut jahat’. Tup, tup sedas botol air dan pukulan bertalu-talu hinggap dibadan aku. Ambik kau!!!

Aku tak tahu apa reaksi muka kawan belakang aku yang memukul aku tadi, tapi yang aku tahu dia marah atas kata-kata aku tadi. Aku dan kawan bertekak aku sempat lagi meneruskan sesi bertekak kami dalam beberapa saat walaupun selepas insiden baling botol tu. Aku buat-buat la muka ‘cool’ untuk cover malu & kepanasan hati ini.

Cuma aku terfikir.. Besar sangat ke salah aku sampai diorang buat macam tu kat aku? Betulke tindakan dua orang class-mate aku yang membaling botol dan memukul aku tu? Entah la. Cuma teringat peribahasa lama. ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa,” Betullah tu. Memang binasa dah badan aku ni!!

Niat aku hanyalah bergurau. Tak bermaksud untuk menghina orang Jawa atau membawa isu perkauman. Aku hanya geram dengan kawan bertekak aku tu. Erm, agaknya kalau semua dalam bas tu orang jawa, mati dah aku dikerjakan. Huhu. Mungkin ini balasan dari Tuhan atas mulut aku yang jahat ni (jahat sangat ke?, Gurau je kot). Tapi aku masih tak boleh terima tindakan diorang. Sangat tak professional dan hanya berlandaskan perasaan semata-mata. Kalaulah semua orang macam tu, alamatnya huru-haralah dunia sebab kalau tersalah cakap je pasti bergaduh.

Aku akui, memang aku bersalah. Tapi sebagai manusia yang terdidik dengan agama, kita kena bertindak secara berhikmah dan menggunakan akal. Bukan ikut perasan. Aku boleh terima kalau diorang tegur kata-kata aku tu dengan teguran juga. Tapi dengan menggunakan kekerasan sangat melampau dan tidak berperikemanusiaan. Aku bukan nak menang. Tapi aku cuma nak membela diri aku yang telah dimalukan tu.

Kalau ada pembaca-pembaca ‘Jawa’ blog aku ni. Aku minta maaf sangat-sangat. Aku hanya bergurau dengan kawan bertekak aku tu. Tak bermaksud aku mengatakan semua orang jawa mulut jahat. Aku Melayu dan hidup dikelilingi orang Jawa. Jiran aku dulu Jawa dan sangat baik dengan keluarga kami. Ustazah & cikgu aku Jawa. Pendek kata, orang Jawa banyak berjasa kat aku dan sangat baik hati. Cuma ada segelintir je yang tak berapa nak ok. Biasalah tu, dalam kaum-kaum lain pun sama. Melayu, Cina, India, Iban semua ada pelbagai ragam. Ada yang baik, jahat, dan pelbagai 'peel' lagi.

MORAL OF THE STORY hari ini. Berhati-hatilah ketika bercakap. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Aku anggap ini adalah balasan Tuhan atas mulut aku yang agak jahat tu. Sebelum turun dari bas kawan perempuan yang pukul aku tadi sempat berkata “Maaflah tadi, aku memang tak suka ko cakap macam tu” Erm, apapun aku maafkan perlakuan diorang tu dan aku pun nak minta maaf kepada dua orang class-mate aku yang kebetulan memang orang Jawa dan kepada semua orang Jawa di Malaysia dan dunia atas ‘ketaksengajaan’ aku aku tu. Pengajaran untuk aku hari ini, esok, dan hari-hari yang akan datang.

Psss: Janganlah aku kahwin dengan orang Jawa, Huhu... Fobia kena baling botol...

Wednesday, September 29, 2010

Rahsia khusyuk dalam solat... 'Oh, baru tahu..'

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, 'Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?' Hatim berkata, 'Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu zahir dan batin.' Isam bertanya, 'Bagaimana wudhu zahir dan batin itu?' Hatim berkata, 'Wudhu zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu dengan air'. Sementara wudhu batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-

1)Bertaubat
2)Menyesali dosa yang telah dilakukan
3)Tidak tergila-gilakan dunia
4)Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5)Tinggalkan sifat berbangga
6)Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7)Meninggalkan sifat dengki.'

Seterusnya Hatim berkata, 'Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada dibelakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.'

'Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.'

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Saturday, September 25, 2010

SEBUAH PERCINTAAN...

Suka untuk aku berkongi sebuah nukilan yang sangat indah kata-katanya. Ringkas tetapi begitu bermakna. Sajak cinta yang cukup puitis dan mengasyikkan. Sajak ni aku dapat daripada Ustaz Ramli yang mengajar di sekolah menengah aku dulu. Kalau tak silap sejak tahun 2004 aku simpan sajak ni. Memang best...

SEBUAH PERCINTAAN 
CINTA - mudah disebut tapi sukar dilaksanakan
            wadahnya dihati, menjadi sinar pancaran dalam kehidupan...
CINTA - kalanya membawa bahagia,
            ada tikanya, derita berpanjangan...
CINTA - diikutkan binasa, ditolak banyak cela
            mengintai kehidupan...
CINTA - pada semua...rasanya tiada sempadan...
            cuma Tuhan...
            telah berfirman...

“AKU SANGAT SAYANG PADAMU”

Justeru...
Dari memburu cinta insan, bila mati kita ditinggalkan...
Lebih baik merayu CINTA TUHAN...
Tidak pernah bertepuk sebelah tangan...
Tak pernah dikecewakan...
CINTA berbalas pasti...
Itulah CINTA ILAHI...
Bahagia menanti...
Kekal abadi...


Dedikasi untuk Ustaz Ramli. Thankz atas sajak yang sangat bermakna ni...

Friday, September 24, 2010

Solat solat solat....................... Mesti solat! Wajib solat!

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia, salam 1 ummah & salam sayang kepada semua hamba Allah di muka bumi ini. Aku kembali berblog setelah sekian lama menyepi. Begitulah manusia, tidak pernah istiqamah dalam kerja, semangat berapi-api tapi kayu api pun tak ada untuk meyalakan api (apa yang aku merepek ni!!!). 

Huhu, entahlah! Nak istiqamah memang payah, lebih-lebih lagi dalam ibadah. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah amalan yang sedikit tapi berterusan. Betullah tu. Ada sesetengah orang sibuk nak buat amal ibadah itu dan ini tapi tak pernah nak istiqamah dalam amalan. Tapi kira okey lah tu kot daripada orang yang amalan yang sepatutnya dia kena buat hari-hari tapi tak pernah nak ambil berat.
                   

Contoh paling mudah adalah solat. Kewajipan solat diambil ringan oleh ramai orang. Aku bukanlah warak sangat, tapi bagi aku solat mesti ditunaikan walau dalam apa keadaan sekalipun. Nak istiqamah solat berjemaah 5 waktu di masjid memang payah, tapi paling tak pun cubalah untuk istiqamah tak tinggalkan solat dan solat diawal waktu. Alangkah indahnya kalau kita dapat berjemaah setiap waktu dimasjid. Nampak gayanya nak kena jadi imam dulu la baru dapat berjemaah 5 waktu di masjid. Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita agar dapat menjaga solat dengan baik.

                          
Macam ni pun ada gak ke? Huhu..
Tak dapat bayangkan macam mane keadaan kat akhirat nanti kalau tak dapat jawab dengan Tuhan pasal tak jaga solat. Dekat akhirat nanti kan solat benda yang mula-mula sekali ditanya. Kalau tak ‘past’ solat kita alamatnya tak lepas jugak lah ‘question-question’ yang seterusnya.. Justeru, kepada diriku dan anda semua, fikir-fikirkanlah... Selamat bermujahadah....

Friday, April 30, 2010

SEKADAR RENUNGAN

Assalamu'alaikum,
Sedikit renungan untuk sahabat-sahabat diluar sana yang mungkin terlalu sibuk dengan urusan masing-masing... Luangkanlah sedikit waktu untuk membaca dan merenungkan pesanan ini.


SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal iaitu;

1. Keluarga

2. Hartanya

3. Amalnya



Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali

2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.



Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ... Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..

• - Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu

• - Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu

• - Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu

• - Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'



Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan...

• - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah

• - Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara

• - Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa

• - Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'



Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan

• - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha

• - Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah

• - Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal

• - Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya

• - Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'



Ketika MayatDiusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..

• - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan

• - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat

• - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.'



Ketika Mayat Siap Disholatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..

• - Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat

• - Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik

• - Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.'



Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat .... terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan...

• - Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini



Wahai Fulan Anak Si Fulan...

• - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis

• - Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka

• - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.'



Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .. Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... .

• - Kini Kau Tinggal Seorang Diri

• - Tiada Teman Dan Tiada Kerabat

• - Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..

• - Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri

• - Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku


• - Hari Ini,....

• Akan Kutunjukan Kepadamu

• Kasih Sayang-Ku

• Yang Akan Takjub Seisi Alam

• Aku Akan Menyayangimu

• Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'.


Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman ,

'Wahai Jiwa Yang Tenang

• Kembalilah Kepada Tuhanmu

• Dengan Hati Yang Puas Lagi Diredhai-Nya

• Maka Masuklah Ke Dalam Jemaah Hamba-Hamba- Ku

• Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'
Related Posts with Thumbnails