Others

Meh le follow...

Tuesday, October 5, 2010

19 hADIS nABI mENGENAI wANITA


Post ni khas untuk Cik Senah, Mak Limah, Puan Saodah, Siti Norbaya, Siti Payung, opah, nenek, makcik-makcik dan semua kaum hawa diluar sana. Sangat rugi kalau tak baca. Kaum adam pun boleh baca, mari kita baca sama-sama ye….                
19 hADIS nABI mENGENAI wANITA  
1.    Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".           
2.    Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.         
3.    Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.         
4.    Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.         
5.    Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.           
6.    Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.          
7.    Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.         
8.    Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.        
9.    Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).        
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.        
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.        
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".         
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.       
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.    
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.       
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.           
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.          
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.           
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
Best kan jadi perempuan! Oleh itu, kepada perempuan-perempuan diluar sana, bersyukurlah sebab dilahirkan menjadi perempuan. Erm, jangan salah faham ya, bukan aku nak jadi perempuan, Cuma aku jeles dengan perempuan sebab banyak sangat kelebihan yang Allah berikan pada mereka. Apapun aku tetap berbangga sebab dilahirkan sebagai lelaki. Jadi lelaki ni best, tak payah susah-susah nak mengandung. Hehehe..
Aku pernah dengar 1 ayat yang berbunyi (bukan ayat Quran ye) ‘perempuan paling senang nak masuk syurga & paling senang nak masuk neraka’. Maksudnya kat sini perempuan kalau nak masuk syurga memang sangat senang. Jaga aurat, taat suami & mak ayah, jaga akhlak dan ibadah dapatlah masuk syurga. Kalau lelaki payah sebab mereka banyak tanggungjawab. Kalau nak masuk neraka lagi-lagi lah senang. Aku rasa perempuan-perempuan kat luar sana tu pun tahu kan macamana caranya nak masuk neraka. Rasanya tak perlu nak terang kat sini kot. Huhu.
MORAL OF THE STORY pada hari ini ialah, bersama-samalah kita mempertingkatkan diri menjadi hamba Tuhan yang terbaik tak kiralah lelaki atau perempuan sebabnya Tuhan tu sangat penyayang & banyak berjasa kat kita. Nikmat yang Dia berikan tak terhitung dan tak terbalas oleh kita. Semoga nama kita semua telah di’reserve’ awal-awal dalam syurga Allah. Sama-samalah kita berdoa. Amin……….

Saturday, October 2, 2010

JAWA VS MELAYU.... Pengajaran untuk aku...

 Trip akademik ke KL

Dalam perjalanan pulang ke UiTM Segamat dari lawatan akademik di KL, satu insiden yang tak dijangka telah berlaku padaku dalam bas UiTM yang membawa kami pulang. Kami berhenti solat magrib di Jementah, selesai solat aku pun naik ke bas. Sebaik saja duduk, aku pun tumpang sekaki berborak dengan pensyarah dan kawan-kawan yang ada dalam bas ketika itu. Seat aku tak jauh dengan seat seorang class-mate yang selalu jadi kawan aku bertekak. Class-mate aku ni perempuan. Entah kenapa bila jumpa dia mesti kami bertekak.

Nak dijadikan cerita, bila dah duduk dekat dengan dia kami pun start bertekak (bergurau je bukan bergaduh) pasal kawin-kawin. Entah macamana mulut aku terlepas cakap ‘Jawa mulut jahat’. Dengan sekelip mata, sebotol air minerel kosong melayang kekepala aku disertai dengan pukulan (dengan tangan) bertalu-talu dibelakang badan aku. Perrrggg, memang sedap. Abis benjol kepala aku. Botol air mineral dibaling oleh kawan bertekak aku ni & pukulan datangnya dari kawan perempuan lain yang duduk di seat belakang aku.

Memang memalukan. Lebih-lebih lagi insiden ini dilihat oleh kawan-kawan yang lain dan pensyarahku. Jatuh reputasi aku. Aduh, besar sangat ke salah yang aku buat? Niat aku hanyalah untuk bergurau dengan kawan bertekak aku tu sebabnya memang hobi kami bertekak macam-macam benda. Jadi aku anggap dia boleh terima apa sahaja bahan gurauan aku sebab sebelum ni pun kami banyak bergaduh dan bertekak pasal benda-benda yang sensitif.

Sedikit penjelasan la pasal perkara yang kami ‘tekakkan’. Kami bertekak pasal tak nak berkahwin antara satu sama alain. Aku cakap la yang aku tak nak kahwin dengan dia pasal dia orang jawa. Dan dia pulak balas melayu dan jawa tak boleh kahwin. Nak menambahkan ‘perasa’ dalam sesi bertekak ni, itu yang terkeluar dari mulut aku ‘Jawa mulut jahat’. Tup, tup sedas botol air dan pukulan bertalu-talu hinggap dibadan aku. Ambik kau!!!

Aku tak tahu apa reaksi muka kawan belakang aku yang memukul aku tadi, tapi yang aku tahu dia marah atas kata-kata aku tadi. Aku dan kawan bertekak aku sempat lagi meneruskan sesi bertekak kami dalam beberapa saat walaupun selepas insiden baling botol tu. Aku buat-buat la muka ‘cool’ untuk cover malu & kepanasan hati ini.

Cuma aku terfikir.. Besar sangat ke salah aku sampai diorang buat macam tu kat aku? Betulke tindakan dua orang class-mate aku yang membaling botol dan memukul aku tu? Entah la. Cuma teringat peribahasa lama. ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa,” Betullah tu. Memang binasa dah badan aku ni!!

Niat aku hanyalah bergurau. Tak bermaksud untuk menghina orang Jawa atau membawa isu perkauman. Aku hanya geram dengan kawan bertekak aku tu. Erm, agaknya kalau semua dalam bas tu orang jawa, mati dah aku dikerjakan. Huhu. Mungkin ini balasan dari Tuhan atas mulut aku yang jahat ni (jahat sangat ke?, Gurau je kot). Tapi aku masih tak boleh terima tindakan diorang. Sangat tak professional dan hanya berlandaskan perasaan semata-mata. Kalaulah semua orang macam tu, alamatnya huru-haralah dunia sebab kalau tersalah cakap je pasti bergaduh.

Aku akui, memang aku bersalah. Tapi sebagai manusia yang terdidik dengan agama, kita kena bertindak secara berhikmah dan menggunakan akal. Bukan ikut perasan. Aku boleh terima kalau diorang tegur kata-kata aku tu dengan teguran juga. Tapi dengan menggunakan kekerasan sangat melampau dan tidak berperikemanusiaan. Aku bukan nak menang. Tapi aku cuma nak membela diri aku yang telah dimalukan tu.

Kalau ada pembaca-pembaca ‘Jawa’ blog aku ni. Aku minta maaf sangat-sangat. Aku hanya bergurau dengan kawan bertekak aku tu. Tak bermaksud aku mengatakan semua orang jawa mulut jahat. Aku Melayu dan hidup dikelilingi orang Jawa. Jiran aku dulu Jawa dan sangat baik dengan keluarga kami. Ustazah & cikgu aku Jawa. Pendek kata, orang Jawa banyak berjasa kat aku dan sangat baik hati. Cuma ada segelintir je yang tak berapa nak ok. Biasalah tu, dalam kaum-kaum lain pun sama. Melayu, Cina, India, Iban semua ada pelbagai ragam. Ada yang baik, jahat, dan pelbagai 'peel' lagi.

MORAL OF THE STORY hari ini. Berhati-hatilah ketika bercakap. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Aku anggap ini adalah balasan Tuhan atas mulut aku yang agak jahat tu. Sebelum turun dari bas kawan perempuan yang pukul aku tadi sempat berkata “Maaflah tadi, aku memang tak suka ko cakap macam tu” Erm, apapun aku maafkan perlakuan diorang tu dan aku pun nak minta maaf kepada dua orang class-mate aku yang kebetulan memang orang Jawa dan kepada semua orang Jawa di Malaysia dan dunia atas ‘ketaksengajaan’ aku aku tu. Pengajaran untuk aku hari ini, esok, dan hari-hari yang akan datang.

Psss: Janganlah aku kahwin dengan orang Jawa, Huhu... Fobia kena baling botol...

Wednesday, September 29, 2010

Rahsia khusyuk dalam solat... 'Oh, baru tahu..'

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, 'Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?' Hatim berkata, 'Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu zahir dan batin.' Isam bertanya, 'Bagaimana wudhu zahir dan batin itu?' Hatim berkata, 'Wudhu zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu dengan air'. Sementara wudhu batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-

1)Bertaubat
2)Menyesali dosa yang telah dilakukan
3)Tidak tergila-gilakan dunia
4)Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5)Tinggalkan sifat berbangga
6)Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7)Meninggalkan sifat dengki.'

Seterusnya Hatim berkata, 'Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada dibelakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.'

'Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.'

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Saturday, September 25, 2010

SEBUAH PERCINTAAN...

Suka untuk aku berkongi sebuah nukilan yang sangat indah kata-katanya. Ringkas tetapi begitu bermakna. Sajak cinta yang cukup puitis dan mengasyikkan. Sajak ni aku dapat daripada Ustaz Ramli yang mengajar di sekolah menengah aku dulu. Kalau tak silap sejak tahun 2004 aku simpan sajak ni. Memang best...

SEBUAH PERCINTAAN 
CINTA - mudah disebut tapi sukar dilaksanakan
            wadahnya dihati, menjadi sinar pancaran dalam kehidupan...
CINTA - kalanya membawa bahagia,
            ada tikanya, derita berpanjangan...
CINTA - diikutkan binasa, ditolak banyak cela
            mengintai kehidupan...
CINTA - pada semua...rasanya tiada sempadan...
            cuma Tuhan...
            telah berfirman...

“AKU SANGAT SAYANG PADAMU”

Justeru...
Dari memburu cinta insan, bila mati kita ditinggalkan...
Lebih baik merayu CINTA TUHAN...
Tidak pernah bertepuk sebelah tangan...
Tak pernah dikecewakan...
CINTA berbalas pasti...
Itulah CINTA ILAHI...
Bahagia menanti...
Kekal abadi...


Dedikasi untuk Ustaz Ramli. Thankz atas sajak yang sangat bermakna ni...

Friday, September 24, 2010

Solat solat solat....................... Mesti solat! Wajib solat!

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia, salam 1 ummah & salam sayang kepada semua hamba Allah di muka bumi ini. Aku kembali berblog setelah sekian lama menyepi. Begitulah manusia, tidak pernah istiqamah dalam kerja, semangat berapi-api tapi kayu api pun tak ada untuk meyalakan api (apa yang aku merepek ni!!!). 

Huhu, entahlah! Nak istiqamah memang payah, lebih-lebih lagi dalam ibadah. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah amalan yang sedikit tapi berterusan. Betullah tu. Ada sesetengah orang sibuk nak buat amal ibadah itu dan ini tapi tak pernah nak istiqamah dalam amalan. Tapi kira okey lah tu kot daripada orang yang amalan yang sepatutnya dia kena buat hari-hari tapi tak pernah nak ambil berat.
                   

Contoh paling mudah adalah solat. Kewajipan solat diambil ringan oleh ramai orang. Aku bukanlah warak sangat, tapi bagi aku solat mesti ditunaikan walau dalam apa keadaan sekalipun. Nak istiqamah solat berjemaah 5 waktu di masjid memang payah, tapi paling tak pun cubalah untuk istiqamah tak tinggalkan solat dan solat diawal waktu. Alangkah indahnya kalau kita dapat berjemaah setiap waktu dimasjid. Nampak gayanya nak kena jadi imam dulu la baru dapat berjemaah 5 waktu di masjid. Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita agar dapat menjaga solat dengan baik.

                          
Macam ni pun ada gak ke? Huhu..
Tak dapat bayangkan macam mane keadaan kat akhirat nanti kalau tak dapat jawab dengan Tuhan pasal tak jaga solat. Dekat akhirat nanti kan solat benda yang mula-mula sekali ditanya. Kalau tak ‘past’ solat kita alamatnya tak lepas jugak lah ‘question-question’ yang seterusnya.. Justeru, kepada diriku dan anda semua, fikir-fikirkanlah... Selamat bermujahadah....
Related Posts with Thumbnails