Others

Meh le follow...

Saturday, March 12, 2011

Melatah budaya kita

Kali ni En. Reza mau cerita pasal tabiat latah-melatah ni. Kisahnya masa zaman sekolah rendah dulu rajin jugak la melatah-latah nie. Antara ayat famous bila En. Reza terkejut ialah...

“Opocot mak kau meletup!”

Adoyai, tak pasal-pasal omak kau kena letup dengan aku.

Apa punye melatah daa...

Tapi sekarang bila dah besau sikit, hilang dah ayat-ayat latah yang tak tentu arah ni. Sekarang ni bila melatah je duk sebut nama Allah. Hoi hoi.. Pernah pulak. En. Reza dah tak melatah pun. Tobat dah.

Biasanya melatah ni jadi budaya orang-orang Melayu je. Pernah kau tengok Jennifer Lopez melatah? Tak pun Brad Pitt atau David Becham melatah. Kalau pernah kau suruh dia jumpa aku sebab nak tabik spring sikit.
Buruk betul kalau lelaki melatah...

Kata orang penyakit melatah boleh berjangkit. Kalau kau nak rasa macam mane bestnye melatah, silakanlah kacau orang yang kuat latah. Dalam masa beberapa minggu kau akan terkena penyakit latah tersebut. Mau ka?

Binatang pun melatah gak ke?

Pokoknya, apa yang kita lafazkan adalah lahir dari hati kita. Apa yang kita ungkapkan saban hari menggambarkan keperibadian kita. Kadangkala kita ada mendengar orang melatah dengan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya. Kita sendiri walaupun tidak melatah, tetapi seringkali bercakap dengan disulami perkataan-perkataan yang kurang sopan seperti babi, bodoh, sial dan sebagainya.

Justeru, dimanakah nilai dan harga diri kita jika setiap hari mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak elok didengar? Sekali-sekala terlajak kata boleh dimaafkan tetapi jika sudah menjadi mainan harian kepada lidah kita setiap hari, sememangnya kita perlu bermuhasabah diri. 

Ayok, tiba-tiba entry ini bertukar jadi serius pulak ye. Entahle belalang. Sekadar luahan dari En. Reza. Renung-renungkan...

Friday, March 4, 2011

Al-kisah minyak wangi...

Hasrizal”, pensyarah menyebut nama saya. “Ya, saya!”, saya menjawab. “Munawwar!”, beliau terus mencatat kedatangan. “Ya, saya”, balas teman saya di sebelah.

Sudah menjadi rutin, diawal kelas, Dr. Mustafa Abu Zaid akan mencatat kehadiran pelajar. Satu demi satu nama dipanggil. Inilah bagusnya sistem di Jordan, kehadiran ke kelas adalah wajib. Enam atau empat kali ponteng, akan di’haram’kan masuk ke kelas.

Malas macam mana sekali pun, sistem pengajian di Jordan akan memaksa pelajar supaya lebih berdisiplin. Mana mungkin boleh menjadi thalib al-ilm, jika proses pengajian di kelas jadi sampingan. Semester ini kami mengambil subjek Aqidah III bersama Dr. Mustafa Abu Zaid.

GANGGUAN.. Tiba-tiba, “PANGG!” Terperanjat kami sekelas dibuatnya. Dr Mustafa Abu Zaid menghempas failnya ke atas meja. “Siapa yang pakai minyak wangi tadi???”, bentak beliau. Rupa-rupanya ada dua orang pelajar perempuan yang baru masuk ke kelas. Mereka memakai minyak wangi yang agak kuat baunya hingga dikesan oleh Dr. Mustafa.

“Allah! Habis la kita hari ni”, saya berbisik kepada Munawwar di sebelah. Memang menjadi suatu pantang yang amat sangat bagi Dr. Mustafa Abu Zaid jika ada pelajar perempuan yang bertabarruj ke kelas. Apatah lagi minyak wangi, oleh pelajar Syariah. Beliau memetik hadith Nabi Sallallahu ‘alayhi wa Sallam:

“Apabila seorang perempuan memakai minyak wangi dan kemudian melintasi sekumpulan manusia dengan maksud untuk mereka itu menghidu wangiannya, maka perempuan itu adalah penzina. Dan setiap mata itu adalah penzina jua” [Hadith riwayat al-Nasaa'ie, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban]

“Universiti adalah tempat kamu mencari ilmu, bukan mencari jantan. Kalau mahu mencari jantan, berambus kamu ke pasar”, marah benar Dr. Mustafa Abu Zaid pagi itu.

Beliau amat sedih dengan gelagat pelajar di universiti. Jordan, terutamanya di kawasan pedalaman seperti di pekan Mu’tah, umumnya masih terjaga. Apatah lagi universiti kami ini terletak bersebelahan dengan Medan Mu’tah, tempat berlakunya pertempuran tentera Islam hingga menumpahkan darah syuhada’ seperti Jaafar ibn Abi Thalib, Zaid ibn Harithah dan Abdullah ibn Rawahah, radhiyallahu ‘anhum ajma’een. Tetapi kerenah pelajar di universiti amat menyedihkan. Pergaulan bebas dengan pakaian yang menjolok mata, amat mengganggu pemandangan.

“Kuliah Syariah pula diletakkan jauh di belakang. Untuk ke kelas, terpaksa menempuh Fakulti Undang-undang, Sains dan Kejuruteraan. Di rumah hafal satu surah, sampai fakulti, lupa sepuluh surah!”, saya berbisik ke Munawwar di sebelah.

“Universiti ini amat buruk kelakuan pelajarnya. Tetapi saya tidak boleh terima jika pelajar Syariah pun sama. Tidak boleh memakai minyak wangi untuk menarik perhatian atau hingga menarik perhatian. Itu perlakuan zina. Kamu balik ke rumah dan mandi wajib…. kamu tahu Nabi Muhammad SAW pernah memberi amaran begitu?”, Dr. Mustafa meneruskan tegurannya.

Sok sek sok sek! Kami mendengar bunyi tangisan seorang pelajar perempuan di bahagian belakang kelas. Tidak berani untuk menoleh ke belakang.

“Kalau takut busuk, jaga kebersihan. Bukan dengan berwangi-wangian. Sudah, hari ini tiada kelas. Kita ganti semula kemudian. Saya tidak boleh mengajar dalam keadaan seperti ini. Bersurai semua”, tegas Dr. Mustafa. Aduh! Rugi satu kelas.

“Hah, apa lagi? Bangun!!!”, Dr. Mustafa menyergah kami, pelajar lelaki yang masih tercegat di bangku masing-masing. Sebenarnya, kami terus duduk kerana mahu mengesan siapakah pelajar perempuan yang dimarahi tadi. Tetapi Dr. Mustafa lebih cepat mengecam ‘niat jahat’ kami lalu menghalau semua pelajar lelaki agar terlebih dahulu meninggalkan bilik kuliah. Kami segera bangun hingga ada yang tercicir pen di lantai.

KEBEBASAN 
Universiti adalah ‘gelanggang merdeka’ untuk pelajar-pelajar bebas dari peraturan. Tiada lagi ibu bapa, tiada lagi pengawas yang menjadi ‘kaki repot’ di sekolah. Tiada lagi warden untuk menyergah asrama. Kebebasan itulah yang menjahanamkan jati diri kebanyakan pelajar. Seperti layang-layang yang memutuskan tali. Alasannya mahu terbang tinggi, rupa-rupanya sesat dirempuh taufan sampai jatuh binasa ke bumi. Hingga ramai yang terlupa bahawa universiti tempat mencari ilmu, bukan jantan bukan betina! Al-Jaami’ah, wa maa adraaka maa al-Jaami’ah!

nukilan: ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Pssstt... Nak cakap sikit.. 
En. Reza tertarik dengan cerita di atas ni. Gaya bahasa yang santai, tetapi mampu menyentap hati sanubari mereka yang membacanya terutama kaum hawa. Gaya penulisan agak kasar tetapi ‘makan dalam’. Sekadar perkongsian kerana ramai wanita diluar sana yang tidak mengetahui hukum berwangi-wangian. 

Ketahuilah, wanita tidak dibolehkan memakai minyak wangi yang boleh menarik perhatian lelaki apatah lagi memang sengaja memakainya dengan niat menarik perhatian kaum lelaki. Allah mengharamkan sesuatu ada sebabnya. Kaum lelaki amat mudah teransang kepada wangi-wangian yang dipakai oleh wanita. Justeru itulah kaum wanita tidak digalakkan memakai wangi-wangian kecuali kepada suami sendiri. Fikir-fikirkanlah...

Saturday, February 26, 2011

Dilema lelaki...

AMARAN: Entry ini boleh membuatkan anda meloya atau muntah. Sila jangan baca entry ini kalau anda sekarang tengah pening kepala. En. Reza tidak akan bertanggungjawab jika ada apa-apa yang terjadi kepada anda. Harap maklum!!!

Apa kau buat kalau ada orang nak berkenalan dengan kau?

“Layan je la. Bukannya salah pun.”
  
“Best tu. Ada peminat.”

Inilah dilema yang En. Reza alami sebagai seorang lelaki yang kacak. Untuk sepanjang tahun 2011 ni, ada la dalam 4 ke 5 orang gadis-gadis yang nak berkenalan dan berkawan dengan En. Reza. Itu belum termasuk tahun-tahun yang sebelumnya. Memang tak terkira banyaknya. Lelaki pun ada gak tau yang nak berkenalan.  Adoiii, poning kepalo eden! Dengan kesibukan En. Reza, menyebabkan En. Reza tidak dapat memberikan komitmen dalam perhubungan itu. (Gaya macam orang bercinta pulak!)

En. Reza just nak berkongsi aje, bukannya berniat nak inform satu dunia yang En. Reza ni hot. Hot ke? Hoho. Sebagai seorang yang berhati mulia dan tidak mahu menghampakan permintaan dan harapan peminat, En. Reza terima nikahnya aje friend request tersebut. (Bukan FB atau Myspace ye).

Macam-macam cara orang nak berkenalan dengan En. Reza. Ada yang guna Facebook, telefon, orang tengah dan macam-macam lagi. Nasib baik la En. Reza ni tak de awek. Kalau tak, mampus aku! Bila friend request diorang tu dah di’approve’ oleh En. Reza, maka akan terhasillah drama bersiri dalam kehidupan En. Reza. 

Ada yang mesej pagi petang siang malam. Ada yang telefon tengah-tengah malam buto buta. Tapi biasanya yang telefon-telefon ni En. Reza tak layan pun.  En. Reza bukanlah jenis yang reti nak berborak, bermesej, dan bergayut lama-lama. Sejujurnya En. Reza sangat tak selesa berkawan dengan orang yang tak kenal muka dan latar belakang mereka.

Bila ada yang hantar mesej tanya boleh ke nak berkenalan?, takkan En. Reza nak kata tak pulak kan! Rasa macam tak sedap pulak. Takut orang kata sombong ke ape. Paling takut kalau dia bomohkan En. Reza ke. Dilema sungguh. 

Dalam islam sendiri telah menggariskan adab-adab perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Banyak benda-benda lagha (sia-sia) dan maksiat yang akan terjadi jika lelaki & perempuan saling berhubungan. Mereka yang benar-benar memahami konsep dan batas-batas pergaulan dalam islam akan faham mengapa islam tidak menggalakkan perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

En. Reza pernah terdengar bahawa perbualan dengan perempuan yang bukan muhrim dibenarkan bila perlu sahaja. Itupun hendaklah tidak bertentangan mata antara satu sama lain. Islam bukan mengongkong! Islam bukan menyekat kebebasan penganutnya! Tetapi Islam menegah untuk menghindarkan umatnya daripada terjebak ke lembah kebinasaan.

Kadang-kadang En. Reza rasa sangat stress bila peminat dan kawan-kawan baru En. Reza ni ajak bermesej. Bayangkan jika kita terpaksa melayani beberapa orang dalam satu masa. Dan biasanya En. Reza akan buat tak paham je dengan mesej dan call-call tersebut. Rasa serba salah pun ada jugak. 

En. Reza ada kehidupan sendiri. Tak suka diganggu oleh insan-insan yang tidak dikenali. Maaf jika ada peminat atau ‘secret admire’ En. Reza yang membaca blog ini. Tidak salah untuk meminati dan berkawan dengan seseorang, tetapi kena ada batasnya. Cukup sekadar kenal dan berinteraksi bila perlu sahaja. 

En. Reza pun tak paham kenapa orang suka sangat nak berkenalan dengan En. Reza ni. Nak kata En. Reza ni comel tak lah jugak, tapi manis tu ada la. Hohehohehohe... Mungkin ini adalah dugaan untuk En. Reza kot. So, apa nak buat? Entah le...

Wednesday, February 23, 2011

Ngumpat!!!

En. Reza suka ngumpat orang. Mak Senah, Nek Kiah, Kak Som kat luar sana tu pun mesti suka ngumpat gak kan??? Confirm punye. Best ape ngumpat orang nie. Bestnya ibarat makan daging manusia masak kicap. Hah???!!! Daging manusia masak kicap?? Menu ape tu?? Hoho..


Mengumpat dengan penuh bergaya...

Begitulah lebih kurang perumpamaannya bila kita mengumpat orang. Diibaratkan seperti memakan daging saudara sendiri. Mau ka?? Sedap kot!! Huhu.. 

Biasanya bila kita tegur orang bila tengah syok makan daging mengumpat, lebih kurang beginilah ayat diorang, 

“Aku cakap benda betul apa! Dah memang kenyataan”. 

Betullah tu, kalau benda tu betul, mengumpatlah namanya tu. Kalau salah dah jadi fitnah. Lagi besar dosanya. Lebih besar dari membunuh. 

Kadang-kadang bila dah syok mengumpat, kita tak sedar pun apa yang kita buat tu salah. Janji hati puas. Tipulah kalau seumur hidup kita tak pernah mengumpat orang. Hatta ustaz-ustaz dan penceramah agama pun kadang-kadang mengumpat dalam ceramah mereka. 

Memang payah nak elakkan diri dari sesi umpat-mengumpat ni. Cuma, apabila kita tersedar kita sedang berada dalam lapangan mengumpat ni, maka cepat-cepatlah beristighfar dan tinggalkan tempat tersebut. Dosa dengan Allah, Allah boleh ampunkan. Tapi dosa dengan manusia hanya manusia sahaja yang boleh maafkan. Selagi dia tak maafkan. Tanggunglah beban dosa tu sampai mati.

Peringatan untuk En. Reza jugak! Sebab nye En. Reza ni boleh tahan jugak mami jarum nye. Ape ingat golongan Kak Gayah je ke yang pandai mengumpat! Kaum-kaum Pak Abu pun pakar gak dalam profesion mengumpat nie. Kadang-kadang terlebih juara dari kaum yang lagi satu tu.

Lebih-lebih lagi time2 pilihanraya kampus sekarang ni. Makin banyaklah golongan mami jarum & mamu jarum dikalangan siswa-siswi dalam universiti.

Teringat waktu bertanding pilihanraya MPP dulu... 

Moral of the story untuk kali ini, tinggalkanlah kerjaya mengumpat buat selama-lamanya. Tak dapat ape pun. Kalau tersedar tengah mengumpat tu, cepat-cepat lah beristighfar ye. Ok. Jumpa lagi. En. Reza nak pergi mengumpat jap. Oppss..

Wednesday, February 16, 2011

Aku tidak ingin menjadi pendusta cinta..

Ramai orang kata mereka cinta Nabi. Are you sure? Setakat mana cinta tu? Explain sikit? Boleh percaya ke?

Kalau betul cintakan Nabi, nak tanya sikit...

“Berapa kali kita berselawat dalam sehari?”
“Ape je sunnah Nabi yang dah kita amalkan?”
“Tahu ke sejarah dan latar belakang kehidupan Nabi?”
“Ada ikut suruhan Nabi?

Macam mane? Ada jawapan?

En. Reza sendiri pun malu nak jawab. Kata je cinta Nabi, tapi suruhan Nabi tak pernah nak buat. Sunnah Nabi tak pernah nak amal. Nak berselawat apatah lagi, harapkan dalam solat je la. Itupun kalau solat. Kalau tak solat, kirim salam la jawabnya.

Ayok!!! So, apa nak buat???


 Kali terakhir En. Reza berarak sempena maulidur-rasul. Kalau tak silap Form 5 masa ni..


Sempena maulidur-rasul ni, En. Reza nak ajak kengkawan semua muhasabah diri balik. Tak nak ke masuk syurga dengan syafaat baginda? Betapa Nabi cintakan umatnya. Jadi, kita kenalah hargai kasih-sayang Nabi kat kita. Jadi, ape tunggu lagi???!!! Selamat beramal!!!

Erm, agak-agak ayat En. Reza ni skema tak? Huhu.. Ke sama je macam dulu?? 

Ok, jumpa lagi ye..

 Gambar penghias blog

Eh, kejap-kejap!!!

Kat bawah ni ada short poem yang En. Reza reka khas sempena maulidur-rasul ni. Sajak ni En. Reza jadikan wall post kat facebook. Hayati ye..

Aku kata aku cinta Rasul, tapi berapa kali dalam sehari aku berselawat keatasnya.
Aku kata aku cinta Rasul, tapi sunnah baginda yang mana yang aku amalkan.
Ya Rasulullah, aku malu padamu.
Cintaku padamu sekadar lafaz dimulut, tidak pada hati..
Moga cinta ini adalah yang sebenar-benar cinta..
Aku tidak ingin menjadi pendusta cinta..


Related Posts with Thumbnails