Others

Meh le follow...

Saturday, February 26, 2011

Dilema lelaki...

AMARAN: Entry ini boleh membuatkan anda meloya atau muntah. Sila jangan baca entry ini kalau anda sekarang tengah pening kepala. En. Reza tidak akan bertanggungjawab jika ada apa-apa yang terjadi kepada anda. Harap maklum!!!

Apa kau buat kalau ada orang nak berkenalan dengan kau?

“Layan je la. Bukannya salah pun.”
  
“Best tu. Ada peminat.”

Inilah dilema yang En. Reza alami sebagai seorang lelaki yang kacak. Untuk sepanjang tahun 2011 ni, ada la dalam 4 ke 5 orang gadis-gadis yang nak berkenalan dan berkawan dengan En. Reza. Itu belum termasuk tahun-tahun yang sebelumnya. Memang tak terkira banyaknya. Lelaki pun ada gak tau yang nak berkenalan.  Adoiii, poning kepalo eden! Dengan kesibukan En. Reza, menyebabkan En. Reza tidak dapat memberikan komitmen dalam perhubungan itu. (Gaya macam orang bercinta pulak!)

En. Reza just nak berkongsi aje, bukannya berniat nak inform satu dunia yang En. Reza ni hot. Hot ke? Hoho. Sebagai seorang yang berhati mulia dan tidak mahu menghampakan permintaan dan harapan peminat, En. Reza terima nikahnya aje friend request tersebut. (Bukan FB atau Myspace ye).

Macam-macam cara orang nak berkenalan dengan En. Reza. Ada yang guna Facebook, telefon, orang tengah dan macam-macam lagi. Nasib baik la En. Reza ni tak de awek. Kalau tak, mampus aku! Bila friend request diorang tu dah di’approve’ oleh En. Reza, maka akan terhasillah drama bersiri dalam kehidupan En. Reza. 

Ada yang mesej pagi petang siang malam. Ada yang telefon tengah-tengah malam buto buta. Tapi biasanya yang telefon-telefon ni En. Reza tak layan pun.  En. Reza bukanlah jenis yang reti nak berborak, bermesej, dan bergayut lama-lama. Sejujurnya En. Reza sangat tak selesa berkawan dengan orang yang tak kenal muka dan latar belakang mereka.

Bila ada yang hantar mesej tanya boleh ke nak berkenalan?, takkan En. Reza nak kata tak pulak kan! Rasa macam tak sedap pulak. Takut orang kata sombong ke ape. Paling takut kalau dia bomohkan En. Reza ke. Dilema sungguh. 

Dalam islam sendiri telah menggariskan adab-adab perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Banyak benda-benda lagha (sia-sia) dan maksiat yang akan terjadi jika lelaki & perempuan saling berhubungan. Mereka yang benar-benar memahami konsep dan batas-batas pergaulan dalam islam akan faham mengapa islam tidak menggalakkan perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

En. Reza pernah terdengar bahawa perbualan dengan perempuan yang bukan muhrim dibenarkan bila perlu sahaja. Itupun hendaklah tidak bertentangan mata antara satu sama lain. Islam bukan mengongkong! Islam bukan menyekat kebebasan penganutnya! Tetapi Islam menegah untuk menghindarkan umatnya daripada terjebak ke lembah kebinasaan.

Kadang-kadang En. Reza rasa sangat stress bila peminat dan kawan-kawan baru En. Reza ni ajak bermesej. Bayangkan jika kita terpaksa melayani beberapa orang dalam satu masa. Dan biasanya En. Reza akan buat tak paham je dengan mesej dan call-call tersebut. Rasa serba salah pun ada jugak. 

En. Reza ada kehidupan sendiri. Tak suka diganggu oleh insan-insan yang tidak dikenali. Maaf jika ada peminat atau ‘secret admire’ En. Reza yang membaca blog ini. Tidak salah untuk meminati dan berkawan dengan seseorang, tetapi kena ada batasnya. Cukup sekadar kenal dan berinteraksi bila perlu sahaja. 

En. Reza pun tak paham kenapa orang suka sangat nak berkenalan dengan En. Reza ni. Nak kata En. Reza ni comel tak lah jugak, tapi manis tu ada la. Hohehohehohe... Mungkin ini adalah dugaan untuk En. Reza kot. So, apa nak buat? Entah le...

Wednesday, February 23, 2011

Ngumpat!!!

En. Reza suka ngumpat orang. Mak Senah, Nek Kiah, Kak Som kat luar sana tu pun mesti suka ngumpat gak kan??? Confirm punye. Best ape ngumpat orang nie. Bestnya ibarat makan daging manusia masak kicap. Hah???!!! Daging manusia masak kicap?? Menu ape tu?? Hoho..


Mengumpat dengan penuh bergaya...

Begitulah lebih kurang perumpamaannya bila kita mengumpat orang. Diibaratkan seperti memakan daging saudara sendiri. Mau ka?? Sedap kot!! Huhu.. 

Biasanya bila kita tegur orang bila tengah syok makan daging mengumpat, lebih kurang beginilah ayat diorang, 

“Aku cakap benda betul apa! Dah memang kenyataan”. 

Betullah tu, kalau benda tu betul, mengumpatlah namanya tu. Kalau salah dah jadi fitnah. Lagi besar dosanya. Lebih besar dari membunuh. 

Kadang-kadang bila dah syok mengumpat, kita tak sedar pun apa yang kita buat tu salah. Janji hati puas. Tipulah kalau seumur hidup kita tak pernah mengumpat orang. Hatta ustaz-ustaz dan penceramah agama pun kadang-kadang mengumpat dalam ceramah mereka. 

Memang payah nak elakkan diri dari sesi umpat-mengumpat ni. Cuma, apabila kita tersedar kita sedang berada dalam lapangan mengumpat ni, maka cepat-cepatlah beristighfar dan tinggalkan tempat tersebut. Dosa dengan Allah, Allah boleh ampunkan. Tapi dosa dengan manusia hanya manusia sahaja yang boleh maafkan. Selagi dia tak maafkan. Tanggunglah beban dosa tu sampai mati.

Peringatan untuk En. Reza jugak! Sebab nye En. Reza ni boleh tahan jugak mami jarum nye. Ape ingat golongan Kak Gayah je ke yang pandai mengumpat! Kaum-kaum Pak Abu pun pakar gak dalam profesion mengumpat nie. Kadang-kadang terlebih juara dari kaum yang lagi satu tu.

Lebih-lebih lagi time2 pilihanraya kampus sekarang ni. Makin banyaklah golongan mami jarum & mamu jarum dikalangan siswa-siswi dalam universiti.

Teringat waktu bertanding pilihanraya MPP dulu... 

Moral of the story untuk kali ini, tinggalkanlah kerjaya mengumpat buat selama-lamanya. Tak dapat ape pun. Kalau tersedar tengah mengumpat tu, cepat-cepat lah beristighfar ye. Ok. Jumpa lagi. En. Reza nak pergi mengumpat jap. Oppss..

Wednesday, February 16, 2011

Aku tidak ingin menjadi pendusta cinta..

Ramai orang kata mereka cinta Nabi. Are you sure? Setakat mana cinta tu? Explain sikit? Boleh percaya ke?

Kalau betul cintakan Nabi, nak tanya sikit...

“Berapa kali kita berselawat dalam sehari?”
“Ape je sunnah Nabi yang dah kita amalkan?”
“Tahu ke sejarah dan latar belakang kehidupan Nabi?”
“Ada ikut suruhan Nabi?

Macam mane? Ada jawapan?

En. Reza sendiri pun malu nak jawab. Kata je cinta Nabi, tapi suruhan Nabi tak pernah nak buat. Sunnah Nabi tak pernah nak amal. Nak berselawat apatah lagi, harapkan dalam solat je la. Itupun kalau solat. Kalau tak solat, kirim salam la jawabnya.

Ayok!!! So, apa nak buat???


 Kali terakhir En. Reza berarak sempena maulidur-rasul. Kalau tak silap Form 5 masa ni..


Sempena maulidur-rasul ni, En. Reza nak ajak kengkawan semua muhasabah diri balik. Tak nak ke masuk syurga dengan syafaat baginda? Betapa Nabi cintakan umatnya. Jadi, kita kenalah hargai kasih-sayang Nabi kat kita. Jadi, ape tunggu lagi???!!! Selamat beramal!!!

Erm, agak-agak ayat En. Reza ni skema tak? Huhu.. Ke sama je macam dulu?? 

Ok, jumpa lagi ye..

 Gambar penghias blog

Eh, kejap-kejap!!!

Kat bawah ni ada short poem yang En. Reza reka khas sempena maulidur-rasul ni. Sajak ni En. Reza jadikan wall post kat facebook. Hayati ye..

Aku kata aku cinta Rasul, tapi berapa kali dalam sehari aku berselawat keatasnya.
Aku kata aku cinta Rasul, tapi sunnah baginda yang mana yang aku amalkan.
Ya Rasulullah, aku malu padamu.
Cintaku padamu sekadar lafaz dimulut, tidak pada hati..
Moga cinta ini adalah yang sebenar-benar cinta..
Aku tidak ingin menjadi pendusta cinta..


Thursday, February 10, 2011

PENGUMUMAN PENTING!!!

Assalamualaikum kepada semua yang rajin nak baca blog aku ni. Tiba-tiba aku rasa bosan pulak dengan konsep blog aku ni. So, bermula detik ini, aku nak tukar stail aku ber’blogging’ supaya lebih ‘enjoy’ dan sempoi tetapi masih tak lari dari konsep asal iaitu untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada semua. Boleh ka? Bosan kot buat blog versi skema-skema ni. Aku ni kalau menulis ni memang skema habis. Ayat tak macam sastera pulak. Al-maklumlah dulu selalu dapat A dalam karangan waktu zaman sekolah dulu. Huhu. Perlu ke bagitahu?                                   
                          Ayok!!!
Jadi, bermula saat ini aku mahu dikenali dengan nama En. Reza Razi. Reza tu ‘nickname’ kat kolej kediaman di UiTM Johor. Manakala Razi tu memang nama aku. Nama sebenar aku ialah Mohammad Fakhrulrazi b. Mohd Fadil b. Kamarudin b. Aman. Panjang kan nama aku! Sangat ‘tension’ bila kena tulis nama kat buku, kertas periksa, borang-borang dan yang sewaktu dengannya. Apapun aku tetap berbangga kerana diberi nama yang ‘best’ dan unik ni. 

Teringin betol nak jadi super hero. Boleh bertukar-tukar! Hoho..
Justeru, bermula saat ini, terimalah MEMBURU CINTA HAKIKI dengan wajah dan konsep baru. Jadi lepas ni, aku akan menggunakan panggilan ‘En. Reza’ bagi menggantikan ‘aku’ bersesuaian dengan kedewasaan aku En. Reza yang dah pun mencecah umur 21 pada tahun ni. Tua Muda lagi rupanya.

Masa untuk bertukar!!!
Harap para follower, pengskodeng-pengskodeng blog, penziarah, para penyinggah dan pembaca setia semua dapat menerima dan menyesuaikan diri dengan konsep baru blog En. Reza ni. Sekian sahaja dari En. Reza dan jumpa lagi di lain ‘post’. 

Apa yang penting, perubahan itu mestilah membawa kesan yang positif...
Related Posts with Thumbnails