Others

Meh le follow...

Thursday, February 10, 2011

PENGUMUMAN PENTING!!!

Assalamualaikum kepada semua yang rajin nak baca blog aku ni. Tiba-tiba aku rasa bosan pulak dengan konsep blog aku ni. So, bermula detik ini, aku nak tukar stail aku ber’blogging’ supaya lebih ‘enjoy’ dan sempoi tetapi masih tak lari dari konsep asal iaitu untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada semua. Boleh ka? Bosan kot buat blog versi skema-skema ni. Aku ni kalau menulis ni memang skema habis. Ayat tak macam sastera pulak. Al-maklumlah dulu selalu dapat A dalam karangan waktu zaman sekolah dulu. Huhu. Perlu ke bagitahu?                                   
                          Ayok!!!
Jadi, bermula saat ini aku mahu dikenali dengan nama En. Reza Razi. Reza tu ‘nickname’ kat kolej kediaman di UiTM Johor. Manakala Razi tu memang nama aku. Nama sebenar aku ialah Mohammad Fakhrulrazi b. Mohd Fadil b. Kamarudin b. Aman. Panjang kan nama aku! Sangat ‘tension’ bila kena tulis nama kat buku, kertas periksa, borang-borang dan yang sewaktu dengannya. Apapun aku tetap berbangga kerana diberi nama yang ‘best’ dan unik ni. 

Teringin betol nak jadi super hero. Boleh bertukar-tukar! Hoho..
Justeru, bermula saat ini, terimalah MEMBURU CINTA HAKIKI dengan wajah dan konsep baru. Jadi lepas ni, aku akan menggunakan panggilan ‘En. Reza’ bagi menggantikan ‘aku’ bersesuaian dengan kedewasaan aku En. Reza yang dah pun mencecah umur 21 pada tahun ni. Tua Muda lagi rupanya.

Masa untuk bertukar!!!
Harap para follower, pengskodeng-pengskodeng blog, penziarah, para penyinggah dan pembaca setia semua dapat menerima dan menyesuaikan diri dengan konsep baru blog En. Reza ni. Sekian sahaja dari En. Reza dan jumpa lagi di lain ‘post’. 

Apa yang penting, perubahan itu mestilah membawa kesan yang positif...

5 comments:

  1. Hahaha... bagus2. perlu ada satu identiti dan entiti dalam blog kita...

    tapi macam ada cilok gaya penulisan aku jer... hohoho...

    ReplyDelete
  2. Adoii.. Ade ke? Mana ade... Persamaan tidak disengajakan dan mungkin hanya kebetulan..

    ReplyDelete
  3. Hahaha... yeke kebetulan...? Huhuhu
    Hakcipta terpelihara, tak leh cilok, nanti kena saman... Hahaha

    ReplyDelete
  4. Haha.. Jgn saman2 r.. Maaf klo ada persamaan.. Sejujurnya sy tidak prnah berniat utk mniru gaya penulisan anda..

    ReplyDelete
  5. hahaha... apasal formal sangat ayat tuh...

    saman tetap saman! i c u in court... hahaha...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails