Others

Meh le follow...

Tuesday, March 29, 2011

Aloh... ciannye dia demam

“Aloh ciannye dia demam.”

Huhu.. En. Reza yang jarang demam ni sejak akhir-akhir ni rajin pulak demam. Seingat En. Reza, dalam setahun, sekali dua kali je En. Reza demam. Tapi bila dah demam, hah ambik kau! Mau sampai 2 ke 3 minggu baru nak baik.

Tapi tahun 2011 ni dah 2 kali demam, ujung bulan 1 dengan sekarang ni la. Baru je baik demam. Orang kata “dedo-dedo” lagi. Kau tau dedo-dedo tu ape? Maknenye suam-suam suku lagi la. Tak paham jugak? Buat-buat paham sudehhh.

Petua adik En. Reza, kalau kita demam kita kena lawan demam tu. Aktifkan diri, jalan sana sini, lompat tinggi-tinggi. Buat la apa-apa kerja. Jangan nak manjakan diri sangat. Baru la cepat baik. Tabik la kat kau dik! Kecik-kecik lagi dah ada petua.

Nie la adik bongsu En. Reza. Ala, yang gambar baby kena dukung kat entri bawah nie. Dulu dia kecik, sekarang besar sikit dah. Brutal nih.. Haha

Orang kata demam ni penghapus dosa. Tapi kau kena sabarlah. Jangan mengeluh, memaki dan mengeji demam tu dan apa yang penting ingat Allah selalu.

Dari Jabir bin Abdullah radhiallahu anhuma bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam datang berkunjung ke rumah Ummu Sa`ib atau Ummu Musayyab, maka beliau bertanya:

مَا لَكِ يَا أُمَّ السَّائِبِ أَوْ يَا أُمَّ الْمُسَيَّبِ تُزَفْزِفِينَ قَالَتْ الْحُمَّى لَا بَارَكَ اللَّهُ فِيهَا فَقَالَ لَا تَسُبِّي الْحُمَّى فَإِنَّهَا تُذْهِبُ خَطَايَا بَنِي آدَمَ كَمَا يُذْهِبُ الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ

“Ada apa denganmu wahai Ummu Sa`ib -atau Ummu Musayyab- sampai menggigil begitu?” Dia menjawab, “Demam! Semoga Allah tidak memberkahinya.” Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Janganlah kamu mencela penyakit demam, kerana dia dapat menghilangkan kesalahan (dosa-dosa) anak Adam, seperti halnya kir (alat peniup atau penyala api) membersihkan karat-karat besi.” (HR. Muslim no. 4575)


Dari Abu Said Al-Khudri dan dari Abu Hurairah radhiallahu anhuma dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:

مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kehawatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahan kerananya.” (HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)

Jadi bila kita demam, redha dan bersyukurlah. Itu tandanya Allah sayang dekat kita. Demam-demam jugak, sembahyang jangan lupa! Kepada yang tengah dan akan demam kat luar sana tu, bergembiralah dan senyum selalu.

Mesti kau akan kata, “Gilo!!! Demam-demam pun nak kena senyum gak ke!!!”.
Haruslah... Haha...

Hadis ihsan dari:-

Saturday, March 26, 2011

Ajar budak India mengucap

Pening kepala En. Reza pikir entri untuk ngupdate blog nie. Mengupdate blog tidak la semudah yang disangkakan (bagi sesetengah orang). Ia memerlukan kreativiti dan komitmen yang jitu. Erm, puas mengimbau kenangan zaman dahulu kala waktu En. Reza kecil-kecil dulu demi untuk dijadikan sebuah entri dalam blog ini, tiba-tiba teringatlah sebuah kisah zaman muda-muda dulu.

Begini kisahnye... Kalau tak silap masa ni ada la dalam umur 6 ke 7 tahun. Masa tu, En. Reza duduk kat quarters JKR. Kecik je rumahnye. Berjiranlah dengan sebuah family Jawa di belah kanannya dan family India di belah kirinya. JAWA??? Sila klik! Banyak kenangan En. Reza dengan orang Jawa ni. 


Gambar ni dalam tahun 1999. Ini gambar adik-adik En. Reza (3 dari depan) dengan makcik sebelah rumah. Budak lelaki yang belakang sekali tu anak dia. Kawan baik En. Reza masa kecik-kecik dulu.

Al-kisahnye dulu selalu la main dengan anak-anak India tu. Lebih kurang sebaya je. Tapi semuanya girl. Oppss, girl??? Ada aku kisah. Haha. Anak lelaki dia kecil sangat waktu tu, umur dalam setahun lebih. Tak boleh nak ajak main kejar-kejar pun.

Di waktu petang yang hening, selalu la kitorang main permainan budak-budak waktu tu, kejar-kejar, masak-masak, kawin-kawin dan banyak lagi la. Kawan-kawan Melayu lain pun ada jugak ye. Lelaki pun kawan jugak tau. Memang meriah la waktu tu. Ada je agenda kami setiap petang.

Kisah yang paling En. Reza paling tak boleh lupa ialah apabila En. Reza berpakat dengan seorang kawan ni nak ajar budak-budak perempuan India tu mengucap 2 kalimah syahadah. Nak mengislamkan mereka la kononnya. Hehe, ko ingat sah ke? Sekor-sekor Sorang-sorang kitorang tarik masuk garaj sebelah stor JKR dengan niat yang tulus suci untuk mengislamkan diorang. 

Bila En. Reza suruh je diorang mengucap. Berbelit-belit lidah diorang menyebut kalimah tersebut dengan muka terpinga-pinga sambil berkata didalam hati “Gilo ape budak Melayu ni!!!”. Haha.. Dari akak ke adik kitorang suruh diorang mengucap. Kononnya bila diorang berjaya menyebut kalimah tersebut dengan lancar, maka kami telah berjaya melakukan usaha yang murni dan akan mendapat pahala yang besar la. Hehe.


Ini la gambaran budak perempuan India tersebut. (Bukan gambar sebenar). Lawa-lawa orangnye. Berkenan? Meh En. Reza pinangkan. hehe.

Tapi misi ini telah gagal, sepatah haram pun diorang tak boleh sebut kalimah syahadah tersebut. Lidah India la katakan. Memang terbelit nak sebut kalimah Arab. Ohh, kami telah berputus asa. Misi gagal!!!  Maka kami pun balik mandi. Nanti mak marah. Esok cuba lagi... Haha.. Ape kau ingat senang-senang je nak islamkan orang? Nabi sendiri pun terpaksa menghadapi bermacam-macam rintangan untuk menyebarkan dakwah. Kau tak sekolah ke budak kecik??? Haha.. Aku lah tu..

MORAL OF THE STORY pada hari ini, HIDAYAH adalah sesuatu yang amat berharga yang dianugerahkan Tuhan. Jagalah ia dan manfaatkanlah dengan sebaik-baiknya. Bersyukurlah sebab dilahirkan sebagai seorang Islam. Justeru, nikmat Tuhan kamu yang mana yang hendak kamu dustakan? Nikmat Islam ini adalah sebesar-besar nikmat yang Allah anugerahkan. Wallahua’lam..

Saturday, March 19, 2011

Nak pergi ke tak?????


 Masjid Asy-Syakirin UiTM Johor. Pandangan dari bilik En. Reza.

Setibanya di masjid dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menunaikan solat Jumaat, maka terdengarlah Pak Bilal membuat ‘announcement’ mengajak warga UiTM Johor beramai-ramai datang ke masjid pada waktu Maghrib sebabnya selepas Maghrib pada hari ini akan diadakan ceramah oleh seorang Pak Penceramah yang bertajuk ‘Remaja & kaitannya dengan Tsunami di Jepun’. En. Reza tak ingat, lebih kurang begini la bunyi tajuknya. Maka En. Reza pun memasanglah angan-angan kononnya mahu menghadirkan diri mendengar ceramah tersebut demi menambahkan ilmu dan mendapatkan pahala buat bekalan di akhirat kelak.

Hendak dijadikan cerita, ketika petang menjelma dimana ayam dan itik bermain badminton, teruna-teruna UiTM bermain bola bersama-sama lembu di padang, dan kambing-kambing bersiar-siar mencuci mata, En. Reza duduk termenung memikirkan samada hendak menghadirkan diri ke ceramah ini atau tidak. ‘Assignment’ banyak kononnye ditambah lagi dengan kepenatan menjalani kehidupan seharian membuatkan En. Reza terus berfikir. Pikir punye pikir masih tak dapat lagi mencari konklusinya. Maka En. Reza telah membuat keputusan yang paling sukar dalam hidup ini dengan menggerakkan kaki ke bilik air untuk mandi demi menyegarkan diri.

Tiba-tiba, setelah badan terasa segar selepas mandi walaupun tidak menggunakan sabun ’Shukubusuk”, tanpa berfikir panjang En. Reza pun melangkah dengan penuh yakin menuju Masjid Asy-Syakirin yang terletak kira-kira 500 meter dari bilik En. Reza. Tetapi, bila dah sampai, En. Reza masih ‘konpius’ samada nak terus balik atau tidak lepas menunaikan solat Maghrib ni. Selepas solat Maghrib, ditakdirkan En. Reza tak jadi nak balik bilik. Maka En. Reza pun mendengarlah ceramah di masjid yang disampaikan oleh seorang pensyarah di UTM Skudai dengan penuh khusyuk dan tawaduknya.

MasyaAllah, terima kasih Tuhan kerana telah mengizinkan En. Reza yang terlampau berkira-kira nak buat benda baik ni untuk hadir mendengar ceramah yang sangat bermanfaat. Pak Penceramah berceramah diselangi slideshow yang menayangkan gambar-gambar dan video yang sangat menarik dan menusuk kalbu. Fokus isi ceramah lebih kepada menyedarkan hadirin betapa kerdilnya manusia jika dibandingkan dengan Tuhan. Hebatnya manusia mencipta bangunan tinggi dan alatan yang moden, hebat lagi Allah yang menciptakan bumi, matahari, dan seluruh sistem cakerawala (betul ke eja nih?) Hebatnya akal manusia berfikir mencipta teknologi-teknologi moden, hebat lagi Tuhan yang telah menciptakan akal untuk manusia berfikir. Jadi, siapa lebih hebat? Itulah antara yang cuba digambarkan oleh penceramah.

Moral of the story pada hari ini, usahlah terlampau berkira-kira untuk melakukan kebaikan. Kita terlampau berkira-kira dan kadang-kadang berfikir terlalu lama untuk melakukan perkara yang baik. Tapi jika ingin melakukan perkara yang menyeronokkan seperti berjimba-jimba, makan KFC, mandi air terjun, dating dan sebagainya, maka tanpa berfikir panjang kita dengan suka hati dan penuh ‘confident’nya melakukan perkara-perkara tersebut.

Tujuan hidup adalah untuk beribadah kepada Allah, maka keseronokan apa yang kau kejarkan?! Ayuh, korbankan masa dan hidupmu untuk Tuhan! Carilah ruang-ruang ibadah dan kebaikan selagi kau masih bernyawa. Pesanan untuk En. Reza dan anda semua yang sering lupa. Harap lepas ni kau tak bosan baca entry yang panjang-panjang ni lagi. Sekian.

Saturday, March 12, 2011

Melatah budaya kita

Kali ni En. Reza mau cerita pasal tabiat latah-melatah ni. Kisahnya masa zaman sekolah rendah dulu rajin jugak la melatah-latah nie. Antara ayat famous bila En. Reza terkejut ialah...

“Opocot mak kau meletup!”

Adoyai, tak pasal-pasal omak kau kena letup dengan aku.

Apa punye melatah daa...

Tapi sekarang bila dah besau sikit, hilang dah ayat-ayat latah yang tak tentu arah ni. Sekarang ni bila melatah je duk sebut nama Allah. Hoi hoi.. Pernah pulak. En. Reza dah tak melatah pun. Tobat dah.

Biasanya melatah ni jadi budaya orang-orang Melayu je. Pernah kau tengok Jennifer Lopez melatah? Tak pun Brad Pitt atau David Becham melatah. Kalau pernah kau suruh dia jumpa aku sebab nak tabik spring sikit.
Buruk betul kalau lelaki melatah...

Kata orang penyakit melatah boleh berjangkit. Kalau kau nak rasa macam mane bestnye melatah, silakanlah kacau orang yang kuat latah. Dalam masa beberapa minggu kau akan terkena penyakit latah tersebut. Mau ka?

Binatang pun melatah gak ke?

Pokoknya, apa yang kita lafazkan adalah lahir dari hati kita. Apa yang kita ungkapkan saban hari menggambarkan keperibadian kita. Kadangkala kita ada mendengar orang melatah dengan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya. Kita sendiri walaupun tidak melatah, tetapi seringkali bercakap dengan disulami perkataan-perkataan yang kurang sopan seperti babi, bodoh, sial dan sebagainya.

Justeru, dimanakah nilai dan harga diri kita jika setiap hari mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak elok didengar? Sekali-sekala terlajak kata boleh dimaafkan tetapi jika sudah menjadi mainan harian kepada lidah kita setiap hari, sememangnya kita perlu bermuhasabah diri. 

Ayok, tiba-tiba entry ini bertukar jadi serius pulak ye. Entahle belalang. Sekadar luahan dari En. Reza. Renung-renungkan...

Friday, March 4, 2011

Al-kisah minyak wangi...

Hasrizal”, pensyarah menyebut nama saya. “Ya, saya!”, saya menjawab. “Munawwar!”, beliau terus mencatat kedatangan. “Ya, saya”, balas teman saya di sebelah.

Sudah menjadi rutin, diawal kelas, Dr. Mustafa Abu Zaid akan mencatat kehadiran pelajar. Satu demi satu nama dipanggil. Inilah bagusnya sistem di Jordan, kehadiran ke kelas adalah wajib. Enam atau empat kali ponteng, akan di’haram’kan masuk ke kelas.

Malas macam mana sekali pun, sistem pengajian di Jordan akan memaksa pelajar supaya lebih berdisiplin. Mana mungkin boleh menjadi thalib al-ilm, jika proses pengajian di kelas jadi sampingan. Semester ini kami mengambil subjek Aqidah III bersama Dr. Mustafa Abu Zaid.

GANGGUAN.. Tiba-tiba, “PANGG!” Terperanjat kami sekelas dibuatnya. Dr Mustafa Abu Zaid menghempas failnya ke atas meja. “Siapa yang pakai minyak wangi tadi???”, bentak beliau. Rupa-rupanya ada dua orang pelajar perempuan yang baru masuk ke kelas. Mereka memakai minyak wangi yang agak kuat baunya hingga dikesan oleh Dr. Mustafa.

“Allah! Habis la kita hari ni”, saya berbisik kepada Munawwar di sebelah. Memang menjadi suatu pantang yang amat sangat bagi Dr. Mustafa Abu Zaid jika ada pelajar perempuan yang bertabarruj ke kelas. Apatah lagi minyak wangi, oleh pelajar Syariah. Beliau memetik hadith Nabi Sallallahu ‘alayhi wa Sallam:

“Apabila seorang perempuan memakai minyak wangi dan kemudian melintasi sekumpulan manusia dengan maksud untuk mereka itu menghidu wangiannya, maka perempuan itu adalah penzina. Dan setiap mata itu adalah penzina jua” [Hadith riwayat al-Nasaa'ie, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban]

“Universiti adalah tempat kamu mencari ilmu, bukan mencari jantan. Kalau mahu mencari jantan, berambus kamu ke pasar”, marah benar Dr. Mustafa Abu Zaid pagi itu.

Beliau amat sedih dengan gelagat pelajar di universiti. Jordan, terutamanya di kawasan pedalaman seperti di pekan Mu’tah, umumnya masih terjaga. Apatah lagi universiti kami ini terletak bersebelahan dengan Medan Mu’tah, tempat berlakunya pertempuran tentera Islam hingga menumpahkan darah syuhada’ seperti Jaafar ibn Abi Thalib, Zaid ibn Harithah dan Abdullah ibn Rawahah, radhiyallahu ‘anhum ajma’een. Tetapi kerenah pelajar di universiti amat menyedihkan. Pergaulan bebas dengan pakaian yang menjolok mata, amat mengganggu pemandangan.

“Kuliah Syariah pula diletakkan jauh di belakang. Untuk ke kelas, terpaksa menempuh Fakulti Undang-undang, Sains dan Kejuruteraan. Di rumah hafal satu surah, sampai fakulti, lupa sepuluh surah!”, saya berbisik ke Munawwar di sebelah.

“Universiti ini amat buruk kelakuan pelajarnya. Tetapi saya tidak boleh terima jika pelajar Syariah pun sama. Tidak boleh memakai minyak wangi untuk menarik perhatian atau hingga menarik perhatian. Itu perlakuan zina. Kamu balik ke rumah dan mandi wajib…. kamu tahu Nabi Muhammad SAW pernah memberi amaran begitu?”, Dr. Mustafa meneruskan tegurannya.

Sok sek sok sek! Kami mendengar bunyi tangisan seorang pelajar perempuan di bahagian belakang kelas. Tidak berani untuk menoleh ke belakang.

“Kalau takut busuk, jaga kebersihan. Bukan dengan berwangi-wangian. Sudah, hari ini tiada kelas. Kita ganti semula kemudian. Saya tidak boleh mengajar dalam keadaan seperti ini. Bersurai semua”, tegas Dr. Mustafa. Aduh! Rugi satu kelas.

“Hah, apa lagi? Bangun!!!”, Dr. Mustafa menyergah kami, pelajar lelaki yang masih tercegat di bangku masing-masing. Sebenarnya, kami terus duduk kerana mahu mengesan siapakah pelajar perempuan yang dimarahi tadi. Tetapi Dr. Mustafa lebih cepat mengecam ‘niat jahat’ kami lalu menghalau semua pelajar lelaki agar terlebih dahulu meninggalkan bilik kuliah. Kami segera bangun hingga ada yang tercicir pen di lantai.

KEBEBASAN 
Universiti adalah ‘gelanggang merdeka’ untuk pelajar-pelajar bebas dari peraturan. Tiada lagi ibu bapa, tiada lagi pengawas yang menjadi ‘kaki repot’ di sekolah. Tiada lagi warden untuk menyergah asrama. Kebebasan itulah yang menjahanamkan jati diri kebanyakan pelajar. Seperti layang-layang yang memutuskan tali. Alasannya mahu terbang tinggi, rupa-rupanya sesat dirempuh taufan sampai jatuh binasa ke bumi. Hingga ramai yang terlupa bahawa universiti tempat mencari ilmu, bukan jantan bukan betina! Al-Jaami’ah, wa maa adraaka maa al-Jaami’ah!

nukilan: ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Pssstt... Nak cakap sikit.. 
En. Reza tertarik dengan cerita di atas ni. Gaya bahasa yang santai, tetapi mampu menyentap hati sanubari mereka yang membacanya terutama kaum hawa. Gaya penulisan agak kasar tetapi ‘makan dalam’. Sekadar perkongsian kerana ramai wanita diluar sana yang tidak mengetahui hukum berwangi-wangian. 

Ketahuilah, wanita tidak dibolehkan memakai minyak wangi yang boleh menarik perhatian lelaki apatah lagi memang sengaja memakainya dengan niat menarik perhatian kaum lelaki. Allah mengharamkan sesuatu ada sebabnya. Kaum lelaki amat mudah teransang kepada wangi-wangian yang dipakai oleh wanita. Justeru itulah kaum wanita tidak digalakkan memakai wangi-wangian kecuali kepada suami sendiri. Fikir-fikirkanlah...
Related Posts with Thumbnails