Aku sudah kering idea. Jadi tak tau nak update apa. Hanya menghitung hari dan ketika. Untuk menyambut Ramadhan yang mulia.
Ramadhan dirindui. Syawal dinanti. Begitulah kitaran hidup ini. Tak sangka akan bertemu lagi Ramadhan untuk tahun ini. Tapi belum pasti lagi sebab masih ada beberapa hari lagi. Allah masih panjangkan umur untuk kita bertemu Ramadhan kali ini. Dia masih memberi ruang untuk kita beribadah dan mengabdikan diri.
Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Moga Ramadhan kali ini lebih terisi dengan ibadah dan pengabdian kepada Tuhan pencipta. Moga ia akan menjadi penghapus dosa dan menjadi titik permulaan untuk menjadi seorang Muslim yang lebih sempurna.
Berikan aku kekuatan wahai Tuhan. Kekuatan untuk aku beribadah dan bermunajat. Aku tidak ingin lagi mensia-siakan kedatangan Ramadhan. Kerana aku tidak pasti akan bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan.
Bantulah aku wahai Tuhanku. Bantulah aku menghayati Ramadhan untuk menuju redha-Mu.
Alhamdulillah masih bertemu dengan ramadhan . cbk pun tak sabar nak berpuasa nie =)
ReplyDeletemoga ramadhan kali nie bawa seribu makna yg berguna...harap2 puasa diterima ALLAH
ReplyDeleteahlan ya Ramadhan...selamat berpuasa
ReplyDeleteerrmm..moga ramadan ini beri seribu makna dan bukan ramadan terakhir :)
ReplyDeleteayat puitis amat !
ReplyDelete:))
semoga ramadhan ini mataku tidak melihat kemaksiatan...tgok nasik, tgok lauk bulan puasa aku x heran..tapi kalau tgok awek..tengok sekali mesti mesti nak tgok dua kali..haha.
ReplyDeletetak sabar nk sambut ramadhan :)
ReplyDeleteslamat mymbut ramadhan al-mubarak :)
ReplyDeleteInsyaAllah, semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnye... dan dipenuhi dengan amal ibadah...
ReplyDelete