Others

Meh le follow...

Sunday, July 10, 2011

Pemilihan pemimpin pelajar yang unik di Universitas Syiah Kuala

Berkesempatan ke Universitas Syiah Kuala di Acheh benar-benar mendatangkan kesan yang cukup mendalam. Universiti ini yang terletak di Banda Acheh bukanlah sebuah universiti Islam apatah lagi berfahaman Syiah. Cuma suasana keislaman di sini begitu dirasai. Syiah Kuala adalah nama seorang tokoh agama di Acheh suatu ketika dahulu. Ia tiada kena mengena langsung dengan fahaman Syiah.

Jika universiti di Malaysia mempunyai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sebagai sebuah badan yang mewakili suara pelajar. Universiti ini juga mempunyai badan yang sama yang dikenali sebagai Pemerintah Mahasiswa (PEMA).

Pemilihan presiden bagi Pemerintah Mahasiswa ini adalah sangat unik dimana mereka perlu menjalani ujian membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul. Calon presiden juga perlulah seorang yang bertakwa kepada Allah dengan kata lain takut, patuh & taat kepada Allah.

Ia jauh berbeza dengan pemilihan Presiden atau YDP MPP universiti di Malaysia dimana ia tidak melalui proses tapisan berlandaskan ciri-ciri Islam ini. Senang cerita, semua orang berpeluang menjadi presiden atau YDP MPP asalkan mereka popular & mampu meraih undi daripada mahasiswa.

Tidak bagi Universiti Syiah Kuala ini. Calon-calon presiden pemerintah mahasiswa ini akan ditapis terlebih dahulu dengan beberapa ujian antaranya dengan ujian bacaan Al-Quran ini sebelum diluluskan untuk bertanding jawatan presiden.

Ujian dan penilaian ini adalah penting bagi memastikan pemimpin-pemipin yang dilantik adalah terdiri daripada mereka yang faham agama, baik akhlaknya dan mampu memimpin dengan baik.

Berpeluang bertemu dan berdiskusi dengan mereka adalah pengalaman yang sangat berharga. Sangat terserlah akan kematangan & akhlak mereka sebagai pemimpin. Pemerintah mahasiswa dikalangan siswi kebanyakannya bertudung labuh walaupun universiti ini tidak menawarkan kursus dalam bidang pengajian Islam.

Menjadi pemimpin bukanlah satu tugas yang mudah. Jika bagus dari segi kepimpinan sekalipun, tetapi jika tidak boleh menjadi imam apatah lagi membaca Al-Quran belum dapat melayakkan seseorang itu bergelar pemimpin yang hebat.

Tidak dinafikan ramai mahasiswa di Malaysia yang mempunyai bakat kepimpinan, namun berapa ramaikah pemimpin-pemimpin mahasiswa ini yang turut cemerlang imannya. Nampak hebat dimata manusia, tapi sembahyang pun tak cukup lima waktu. Nampak petah berkata-kata tapi baca Al-Quran pun merangkak-rangkak. Apakah nilai pemimpin begini disisi Allah.

Ini hanya sekadar pandangan semata-mata. Ia benar-benar memberikan kesan kepada rombongan kami yang mewakili MPP UiTM Johor. Maka tidak hairanlah, pemerintah mahasiswa di universiti ini sangat disegani & dihormati kerana mereka yang terpilih pun bukanlah calang-calang orang.

Syarat utama untuk menjadi presiden pemerintah mahasiswa iaitu bertakwa kepada Allah dan mampu membaca Al-Quran dengan baik telah meletakkan pemimpin-pemimpin mahasiswa ini dikedudukan yang sepatutnya. Bagaimana agaknya kalau ia diamalkan di universiti-universiti di Malaysia? 


 


 Penyerahan cenderahati oleh Presiden PEMA Universitas Syiah Kuala kepada YDP MPP UiTM Johor sesi 2010/2011

 
Barisan deligasi MPP UiTM Johor bergambar kenangan bersama PEMA Universitas Syiah Kuala

6 comments:

  1. ye.. skrg ni bnyk pemimpin utk duniawi je padahal kehidupan di akhirat lah yg kekal sebenarnye..

    ReplyDelete
  2. sue perbs:
    jadi kita kenalah pilih pemimpin yg betul.. pemimpin yg takutkan Allah..

    amir aizat:
    Thankz.. sekadar perkongsian.. :-)

    ReplyDelete
  3. salam, saspen Cik Kuntum taim memula tengok tajuk.. tehehe pas abis baca baru faham..ingatkan Universiti ni ngajo mazhab beraliran syiah

    ReplyDelete
  4. Cik Kuntum:
    Haha.. Don't judge entry by its title.. Masa memula dtg universiti ni pun sy ingatkan ia berfahaman syiah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails