Others

Meh le follow...

Saturday, December 3, 2011

Solat Jumaat punya cerita


Haisshhh, aku marah nie...
Semalam masa aku nak pergi solat jumaat, lalu la depan gerai-gerai makan. Kau tahu ramai gila yang duduk lepak-lepak sambil makan nasi padahal time tu dah start khutbah. Masjid tu tak jauh pun dari gerai-gerai tu, tu pasal khutbah tu boleh dengar.
Err, kau kata aku pun lambat? Aku lambat bersebab. Memula aku dengan member aku ikut jalan dekat, tapi tiba-tiba pagar kecil nak keluar dari kampus tu tak buka. Terpaksa la pusing ikut jalan jauh. Tu yang terlambat sikit. Sikit je tak banyak. Heh heh..
Aku punya la jalan laju-laju macam atlit jalan laju tu, tapi makhluk-makhluk berjantina lelaki kat kedai tu rilex-rilex je duduk sambil makan-makan. Ada yang baru sampai nak pergi makan lagi tu. Takde sivik langsung!!! 

Hai budak, walaupun kau tak reti lagi nak sembahyang, tapi kau datang gak masjid untuk solat Jumaat! Bagus-bagus...

Minggu lepas aku solat jumaat kat satu kawasan perumahan kat Shah Alam. Pun sama gak. Time imam dah angkat takbiratul ihram, baru la ramai-ramai masuk kawasan masjid nak sembahyang. Khutbah entah kemana!
Dah masuk rakaat kedua pun aku perasan ada lagi yang berlari laju-laju nak kejar masuk saf. Kebetulan aku sembahyang kat area luar masjid. Tu yang aku tau tu. Haisssh, tak khusyuk sembahyang aku jadinya.
Aku cuma nak bagi tau, khutbah tu adalah salah satu rukun solat Jumaat. Kalau kita tak dengar khutbah, maka tak sah lah solat. Kau datang solat jumaat lambat-lambat memang nampak sangat kau rasa terpaksa dan tak ikhlas datang solat tu.
Tapi kira ok lagi la kau datang. Daripada yang tak datang langsung! Lagi teruk. Baik kau tak payah mengaku Islam. Suruhan Tuhan kau buat main-main je seolah-olah Tuhan tu tak de nilai disisi kau.
Kalau solat Jumaat pun kau tak datang. Apa lagi solat-solat fardu yang lain. Haishh, bawak-bawak lah bertaubat yerrr...  Dibuatnya kau mati time kau tak sembahyang, tak ke haru...  Haishhhh!!!
Aku tak mampu nak tegur depan-depan. Aku tegur dalam blog je la.. Bulihh???
Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan...

6 comments:

  1. tipikal orang malaysia :)
    asal jejak masjid dah memadai <-- kebanyakan tapi tak semua.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. "Tapi kira ok lagi la kau datang. Daripada yang tak datang langsung! Lagi teruk. Baik kau tak payah mengaku Islam. Suruhan Tuhan kau buat main-main je seolah-olah Tuhan tu tak de nilai disisi kau."

    Ish, tak boleh kata tak payah ngaku Islam, kene bimbing dia...

    ReplyDelete
  4. mmg x sah la solat jumaat kita kalo x dgr khtbh...>.<

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails