Hai semua.. Masih mengenali diri ini? keh keh... aku dah rase cam pelik pulak bila tiba-tiba teringat yang rupa-rupanya aku ada blog.. huhu.. Kemalasan mengupdate di tahap yang maksima ditambah lagi dengan kelajuan berukben yang lebih lambat dari kura-kura...
Aku ingat nak lelong lah blog nih.. Blog aku cantik woo.. Kaler biru-biru.. ada awan-awan.. header pun bleh tahan, ada sape2 nak beli tak? Aku jual murah je.. heh heh..
Ok entry aku pendek je kali nie.. Sapa rasa2 nak suruh aku wat entry panjang berjela cam biasa tu silalah wat special request ye...
Ehh, jangan lupa tawaran aku tu? Cepat2! Selagi blog aku ni masih ada di pasaran!!! Lelong! lelong!!!
~SEDIKIT PESANAN~
Blogger Muslimah tidak menjadikan pujian orang sebagai matlamat. Apatah lagi pujian terhadap rupa paras.
“Comelnya Kak Zaza(bukan nama sebenar).”
“Ayu la Kak Zazi(bukan nama sebenar).” ...
“Wah, lawanya Kak Zus(bukan nama sebenar.)”
Sekiranya inilah yang muncul pada komen-komen setiap postnya, maka sepatutnya blogger Muslimah bermuhasabah. Apakah yang sebenarnya telah dia lakukan? Dia sebenarnya membawa manusia pulang kepada Allah SWT, atau sebenarnya membuatkan orang terpegun dengan kecantikannya?
Di tengahari hari Jumaat yang terik laksana berada di padang pasir yang tandus, Syahmi dan rakan-rakan sedormnya berbaring-baring di katil selepas tamat sesi persekolahan. Tiba-tiba kedengaran suara ustaz Ramli berteriak sambil memukul-mukul pintu...,
“Korban unta! Korban unta!”
Syahmi yang baru sahaja ingin melelapkan mata terus terlompat dari katil lantaran begitu terkejut dengan suara Ustaz Ramli yang tiba-tiba sahaja bertempik itu.
“Hah! Korban unta? Mana? Mana? Mana unta?” dalam keadaan separuh mamai Syahmi bertanya kebingungan.
“Kau ni dah kenapa? Mana ada unta?” jawab Fakhrul sambil memandang pelik ke arah Syahmi.
“Dah tu yang ustaz terjerit-jerit unta tu apa pasal?” tanya Syahmi kembali.
“Manalah aku tahu,” balas Fakhrul endah tak endah. Matanya terasa mengantuk lalu dia terus memejamkan matanya. Malas dia hendak melayan Syahmi yang banyak tanya tu.
Beberapa minit kemudian Ustaz Ramli datang lagi mengetuk-ngetuk pintu dorm sambil berteriak,
“Bangun! Bangun! Korban lembu! Korban lembu!”
Syahmi yang sedang berguling-guling di atas katil semakin dilanda kehairanan.
“Korban lembu pulak dah. Ustaz ni dah tak betul agaknya. Hari raya korban lambat lagi. Nak korban apanya???” Syahmi membebel-bebel seorang diri kerana Fakhrul dan Rahman telah pun enak berdengkur.
Beberapa minit selepas itu Ustaz Ramli datang lagi mengetuk-ngetuk pintu dorm sambil berteriak dengan teriakan yang lain pula bunyinya. Teriakan kali ini lebih kuat dan lebih keras sehingga telah membangunkan seluruh penghuni asrama yang sedang tidur.
“Korban kambing! Korban kambing! Bangun! Bangun!”
“Hai kambing pulak dah! Sah lah Ustaz ni dah tak betul. Unta lah, lembu lah, kambing, lepas ni apa pulak lagi...,” Syahmi semakin pening dengan gelagat ustaz tersebut. Dengan perasaan yang kurang sabar dia berlari mendapatkan ustaz tersebut untuk bertanyakan apa sebenarnya yang terjadi.
“Ustaz! Ustaz!” Syahmi memanggil-manggil Ustaz Ramli. Ustaz Ramli menoleh ke arah Syahmi lalu berkata,
“Hah, ada apa Syahmi? Cepat siap! Kita nak korban kambing ni. Kalau awal-awal tadi lagi bagus dapat korban unta.”
“Itulah yang saya nak tanya dekat Ustaz ni. Dari tadi saya terdengar ustaz duk jerit-jerit korban untalah, lembulah. Apa semuanya ni Ustaz? Raya korban bukan lambat lagi ke?” tanya Syahmi.
“Hah hah. Syahmi! Syahmi! Kamu tak tahu rupanya. Ok kamu dengar sini baik-baik ye...”
“Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.” (Hadis Riwayat Bukhori dan Muslim)”
“Lah, itu rupanya. Saya ingatkan apa la tadi............................,” ujar Syahmi sambil tersengih-sengih. Dengan sepantas kilat dia berlari untuk bersiap menuju ke Masjid. Masih sempat lagi untuk dia mengejar pahala korban seekor kambing. Dia tidak mahu berkorban sekadar sebiji telur ayam sahaja.
Kesimpulannya, lagi awal datang solat Jumaat maka lagi besar pahala.. :-)
Nama dan watak tiada kena-mengena antara yang hidup dengan yang mati. Persamaan mungkin tidak disengajakan... heh heh heh... ;-)
Siang tadi aku pergi kedai buku bawak adik-adik ngan mak aku niat nak shopping buku guna baucer 1 Malaysia tu.
Disebabkan aku ni pelajar universiti, makanya aku pun mencari-carilah buku-buku level universiti kat situ. Tapi memang harapanlah, buku-buku untuk budak sekolah melambak la. Last-last aku guna baucer tu belanja adik-adik aku beli buku rujukan & latihan sekolah diorang. Aku nie kan abang penyayang.. kikiki..
Aku ada gak la ambik beberapa buah novel buat tambah-tambah nak cukupkan RM 100.00 sebab aku dah tak tau nak ambik apa lagi dah tapi bila bayar sekali total dia RM 152.20 la. Huhu.. Aku guna RM 100.00 je baucer tu, baki dia aku bayar tunai. RM 100.00 lagi aku simpan mana la tau kalau-kalau terjumpa pulak buku yang bagus untuk study aku.
Baucer buku 1 Malaysia...
Disebabkan kita berpegang pada prinsip demokrasi dimana rakyat negara ini bebas menyuarakan pendapat. Jadi aku rasa aku nak bagi pendapat sikit la..
Aku rasa la kan baucer buku 1 Malaysia yang kerajaan bagi tu sebenarnya tak berapa perlu pun. Baucer nie mungkin diperlukan bagi sesetengah student seperti student master or PHD, tapi aku rasa tak semua student perlukan baucer nie..
Aku rasa matlamat baucer nie tak tercapai pun, sebab yang aku dengar, ada yang beli external hardisk la, beli novel & majalah mengarut-ngarut, beli alat tulis tah ape-ape, dan yang paling panas siap ada yang nak jual baucer nie lagi.
See!!! Kita dapat tengok bahawa tak semua student rasa baucer ni betul-betul berguna pada diorang.
Ini bukan isu nak jaga amanah ke ape.. Dapat dekat student yang jujur ok la.. Tapi berapa ramai sangatlah yang jujur & betul-betul menjaga amanah???
Memang la kerajaan suruh beli buku-buku rujukan, tapi masalahnya tak semua kedai-kedai buku ada jual buku-buku rujukan yang bersesuaian dengan pelajar universiti.
Kedai buku yang besar-besar dan famous pun hanya ada dekat bandar-bandar besar je. Lagi satu, buku-buku rujukan student universiti nie biasanya kena order dulu dari publisher atau pembekal. Bukan senang-senang jual tepi jalan macam jual pisang goreng tu.
Lagipun tak semua kursus-kursus di universiti perlukan sangat buku-buku rujukan nih.. Kebanyakan hanya bergantung pada nota-nota lecture.
Jadi, kau dapat bayangkan sendiri bagaimana baucer nie digunakan oleh kebanyakan pelajar untuk benda-benda yang tak berapa nak perlu. Dan berapa banyak duit rakyat yang dah dihabiskan oleh golongan yang tak perlukan sangat pun duit nih.. Baik bagi dekat fakir-fakir miskin yang betul-betul perlukan duit nie.. Betul tak?
Antara buku-buku yang aku beli..
Aku rasa baucer ni perlu diberi ikut golongan pelajar yang betul-betul sesuai & memerlukan la. Misal kata, satu-satu kos tu memerlukan pelajar membeli buku rujukan atau buku teks. Jadi, duit tu boleh la diamanahkan kepada lecturer untuk membeli buku rujukan tersebut. Lebih kurang macam skip pinjaman buku teks la. Cuma bezanya buku tu jadi hak kita. Barulah duit rakyat ni akan betul-betul bermanfaat.
Errr, berani-berani je aku tulis isu nie kan. Mesti kau akan kata, “Cakap banyak je lebih, kau pun ambik jugak baucer tu..”
Jawapan aku.. “Dah orang bagi, ambik je ler... Lagipun tu duit atuk, nenek, mak, ayah aku bayar cukai kan.. “
Ada orang kata... baucer buku 1 Malaysia ni hanyalah ‘gula-gula’ kerajaan menjelang pilihanraya je.. Kononnya untuk tarik pengundi-pengundi dari golongan muda nie..
Erm, betul ke..? Entah la.. Aku rasa tak kot.. Benda nie benda baik dan kita tak patut pun bersangka buruk.. Kerajaan ikhlas membantu cuma ia perlu diperhalusi lagi agar matlamatnya betul-betul tercapai dan bukan hanya sekadar satu pembaziran...