Others

Meh le follow...

Tuesday, February 7, 2012

Baucer buku 1 Malaysia... Satu keperluan atau sekadar pembaziran???

Siang tadi aku pergi kedai buku bawak adik-adik ngan mak aku niat nak shopping buku guna baucer 1 Malaysia tu.
Disebabkan aku ni pelajar universiti, makanya aku pun mencari-carilah buku-buku level universiti kat situ. Tapi memang harapanlah, buku-buku untuk budak sekolah melambak la. Last-last aku guna baucer tu belanja adik-adik aku beli buku rujukan & latihan sekolah diorang. Aku nie kan abang penyayang.. kikiki.. 
Aku ada gak la ambik beberapa buah novel buat tambah-tambah nak cukupkan RM 100.00 sebab aku dah tak tau nak ambik apa lagi dah tapi bila bayar sekali total dia RM 152.20 la. Huhu.. Aku guna RM 100.00 je baucer tu, baki dia aku bayar tunai. RM 100.00 lagi aku simpan mana la tau kalau-kalau terjumpa pulak buku yang bagus untuk study aku.

Baucer buku 1 Malaysia...
Disebabkan kita berpegang pada prinsip demokrasi dimana rakyat negara ini bebas menyuarakan pendapat. Jadi aku rasa aku nak bagi pendapat sikit la..
Aku rasa la kan baucer buku 1 Malaysia yang kerajaan bagi tu sebenarnya tak berapa perlu pun. Baucer nie mungkin diperlukan bagi sesetengah student seperti student master or PHD, tapi aku rasa tak semua student perlukan baucer nie..
Aku rasa matlamat baucer nie tak tercapai pun, sebab yang aku dengar, ada yang beli external hardisk la, beli novel & majalah mengarut-ngarut,  beli alat tulis tah ape-ape, dan yang paling panas siap ada yang nak jual baucer nie lagi.
See!!! Kita dapat tengok bahawa tak semua student rasa baucer ni betul-betul berguna pada diorang.
Ini bukan isu nak jaga amanah ke ape.. Dapat dekat student yang jujur ok la.. Tapi berapa ramai sangatlah yang jujur & betul-betul menjaga amanah???
Memang la kerajaan suruh beli buku-buku rujukan, tapi masalahnya tak semua kedai-kedai buku ada jual buku-buku rujukan yang bersesuaian dengan pelajar universiti.
Kedai buku yang besar-besar dan famous pun hanya ada dekat bandar-bandar besar je. Lagi satu, buku-buku rujukan student universiti nie biasanya kena order dulu dari publisher atau pembekal. Bukan senang-senang jual tepi jalan macam jual pisang goreng tu.
Lagipun tak semua kursus-kursus di universiti perlukan sangat buku-buku rujukan nih.. Kebanyakan hanya bergantung pada nota-nota lecture.
Jadi, kau dapat bayangkan sendiri bagaimana baucer nie digunakan oleh kebanyakan pelajar untuk benda-benda yang tak berapa nak perlu. Dan berapa banyak duit rakyat yang dah dihabiskan oleh golongan yang tak perlukan sangat pun duit nih.. Baik bagi dekat fakir-fakir miskin yang betul-betul perlukan duit nie.. Betul tak?
Antara buku-buku yang aku beli.. 
 
Aku rasa baucer ni perlu diberi ikut golongan pelajar yang betul-betul sesuai & memerlukan la. Misal kata, satu-satu kos tu memerlukan pelajar membeli buku rujukan atau buku teks. Jadi, duit tu boleh la diamanahkan kepada lecturer untuk membeli buku rujukan tersebut. Lebih kurang macam skip pinjaman buku teks la. Cuma bezanya buku tu jadi hak kita. Barulah duit rakyat ni akan betul-betul bermanfaat.
Errr, berani-berani je aku tulis isu nie kan. Mesti kau akan kata, “Cakap banyak je lebih, kau pun ambik jugak baucer tu..”
Jawapan aku.. “Dah orang bagi, ambik je ler... Lagipun tu duit atuk, nenek, mak, ayah aku bayar cukai kan.. “
Ada orang kata... baucer buku 1 Malaysia ni hanyalah ‘gula-gula’ kerajaan menjelang pilihanraya je.. Kononnya untuk tarik pengundi-pengundi dari golongan muda nie..
Erm, betul ke..? Entah la.. Aku rasa tak kot.. Benda nie benda baik dan kita tak patut pun bersangka buruk.. Kerajaan ikhlas membantu cuma ia perlu diperhalusi lagi agar matlamatnya betul-betul tercapai dan bukan hanya sekadar satu pembaziran...

7 comments:

  1. 24 jam sunnah nabi saw...aku pun ade buku tu rul..hihi..

    ReplyDelete
  2. mana2 yg memerlukan benda ni memang sangat bersyukur. haritu ikut ayah pergi jual buku. then ada jugak budak U yg beli buku study hehe . suka tengok dorang.

    ReplyDelete
  3. aku tunggi kau jadi calon pilihanraya, aku nak undi sampai kau jadi PM. Pastu aku nak tuntut baucer macam ni dari kau selaku PM.

    Tapi, aku tak nak baucer buku, aku nak baucer beli rumah... hahaha

    ReplyDelete
  4. Betul sgt reza.. Sume ni permainan politik.. Tgk org beli buku beli sesaje je tp bukan bace.. Suposed dorg sumbangkan voucher tu pda pihak U utk beli buku rujukan n kasi student secara percuma.. Itu baru betul.. Eh undilah sy jadi PM 2012 ye.. Huahuahua~

    ReplyDelete
  5. betul tu..bukan semua org perlukannya lagi2 baucer ni diberi dekat hujung2 semester da..hehe..bersangka baik tu yg penting kan..thanks ;)

    ReplyDelete
  6. Saya merasakan statement "Baucer nie mungkin diperlukan bagi sesetengah student seperti student master or PHD, tapi aku rasa tak semua student perlukan baucer nie.." kurang tepat. Bagi pelajar postgraduate , buku2 yang mereka diperlukan tidak terdapat dimana-mana kedai buku termasuk kedai buku / koperasi universiti/kolej dan hanya berada diperpustakkan. bagi pelajar undergraduate (diploma n degree) buku-buku berkaitan banyak terdapat di kedai buku / koperasi universiti/kolej masing2. Kesimpulannya baucer ini hanya untuk menggalakkan rakyat malaysia untuk membaca

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails