Others

Meh le follow...

Saturday, June 23, 2012

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia hanya Allah yang tahu


Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia hanya Allah yang tahu. Walaupun aku tidaklah bernama Hang Tuah, tetapi minggu ni aku telah dilanda tuah selama dua malam berturut-turut.

Ada satu malam tu, aku pergi la ke dining@tempat makan di kampus aku, untuk membeli makanan. Aku meng’order’ nasi goreng ayam. Setelah nasi goreng yang di’order’ oleh aku itu siap dimasak, maka aku pun ke kaunter bayaran untuk membuat bayaran. Maka terjadilah dialog ini..

Penjaga kaunter bayaran, “Tadi minta nasi lebih kan?”

Aku, “Eh, tak lah.”

Penjaga kaunter bayaran, “Oh, orang lain lah ni ye.”

Aku hanya mampu tersenyum sambil membayar harga nasi tersebut.

Balik ke hostel, aku pun membukaklah bungkusan nasi itu. Alangkah terkejut monyetnya aku tatkala mendapati nasi itu sangatlah banyak. Macam untuk makan dua orang. Erm, memang sahlah orang kedai tu tersilap.

Maka aku pun mempelawa roommate untuk makan sekali tetapi beliau tidak hingin. Maka terpaksalah aku menghabiskan makanan yang banyak itu sorang-sorang. Dan beberapa minit kemudian, aku pun pengsan laksana ular yang melingkar akibat kekenyangan.
Ini adalah contoh nasi goreng ayam. Nampak sedap untuk dimakan
Malam esoknya pulak aku ke kedai makan luar kampus aku selepas selesai discussion dengan group assignment aku. Aku order bihun goreng ngan telur dadar. Member aku pulak order kuetiaw hongkong (ketiaw yg balut dgn telur dadar+kuah  tu). Kitorang suruh bungkus plastik asing-asing. Dalam plastik aku ada 2 polistrin. Aku bukaklah salah satu polistin, ada isi telur dadar.

Aku pun balik rumah aku, dan member aku tu pun balik rumah dia. Sampai rumah, aku bukak dua-dua polistrin. Satu isi bihun+telur dadar saiz kecik. Satu lagi polistin isi telur dadar saiz agak besar macam yang aku tengok tadi.

Aku time tu dah happy kemain. Ini mesti silap ni. Orang kedai tu terbagi aku dua telur dadar. Ada aneka saiz lagi tu. Bila aku kais telur dadar yang saiz besar tu dengan sudu. Tetiba aku rasa macam ada sesuatu kat dalam dia. Aku kais lagi, memang sah ada sesuatu. Sesuatu itu adalah kuetiaw. Atau dengan bahasa tepatnya adalah kuetiaw hongkong.

Rupa-rupanya member aku tu just dapat kuah dia je. Ingatkan memula tadi kuetiaw tu memang dah dimasukkan sekali dalam kuah tu.

Kau boleh bayangkan tak macam mana perasaan member aku tu? Aku call dia bagitau nak pulangkan, tapi dia kata tak payah sebab dia dah makan pun kuah tu. Aku duk gelak-gelak je. Member aku kata dia siap nangis lagi sebab dapat kuah je. Haha.. Rezeki beb. Walaupun tak de kuah, tapi bila kuetiaw yang bersalut dengan telur dadar tu dimakan dengan sos pun sedap jugak.. Erm.. Alhamdulillah..
Yang belah kanan tu la kuetiaw Hongkong. Saling tak tumpah wajahnya seperti telur dadar. 


Firman Allah s.w.t.yang bermaksud :
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Talaq ayat 2-3)
Related Posts with Thumbnails