Others

Meh le follow...

Saturday, December 28, 2013

Perutusan tahun baru 2014

Lagi beberapa hari tahun 2013 akan melabuhkan tirainya. Tahun pun pakai tirai ke? Makanya tahun 2014 akan muncul dengan azam dan semangat yang baru. Macam biasalah orang update azam tiap-tiap tahun.

So, azam tahun baru 2014 aku adalah seperti berikut:
  1. Nak cari kerja. Aku dah 3 bulan menganggur nih!
  2. Nak tingkatkan amal ibadat! Of course!
  3. Nak tinggalkan segala macam amalan yang buruk, keji, hina dan songsang. Wohha.
  4. Nak berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Hidup Melayu! Eh?
  5. Nak start usha-usha awek untuk dibuat calon bini! Huahuahua.
Harap-haraplah semua azam-azam aku ni tercapai. Sejujurnya sepanjang aku hidup dekat dunia yang fana ni, aku tak pernah listkan azam macam ni. 2014, maknanya umur aku dah 24. Oh, tua dah rasanya. Baru je rasa macam semalam main masak-masak dengan sepupu-sepapat. Sepupu-sepapat aku pun dah ramai yang kawin dan beranak-pinak.

Jadi, sempena kedatangan tahun baru ni, maka aku dengan bangganya ingin mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014'.

Pesanan aku untuk tahun baru ni, 'SYUKURLAH MALAYSIA MASIH AMAN!' Eh???

Dulu dan sekarang. Ini dah kenapa letak gambar pesen gini nih? 
Aku kata:
"Tahun berganti tahun. Usia pun bertambah. Tapi kalau amalan duk takat tu jugak maka tak ada gunalah!

Monday, December 23, 2013

Minta macam-macam dekat Tuhan

Credit to LANGIT ILAHI.COM.
Eh, sejak bila pulak aku pandai berkredit-kredit nih?
Tuhan tu tempat meminta. Mintaklah macam-macam dekat dia. Tak esok, tak lusa, tak tulat pasti dia akan kabulkan. Tak di dunia mungkin di syurga.

Kengkadang kita buruk sangka dengan Tuhan. Bila Tuhan tak makbulkan doa kita mulalah kita anggap Tuhan tu tak sayang dekat kita. Tapi sebenarnya mungkin Tuhan nak kita terus meminta dan merayu pada Dia sebab kalau kita dah dapat apa yang kita hajat tu, mungkin kita akan mula lupakan Dia.

Tuhan tu sebenarnya tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin Dia tak makbulkan doa kita sebab Dia tahu benda tu tak baik untuk kita dan Dia nak anugerahkan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita minta.

Sebagai hamba, kita kena sentiasa bersangka baik dengan Tuhan. Teruslah meminta pada Dia. Lagi kita minta lagi Tuhan suka. Tak macam manusia. Hari-hari kalau minta benda yang sama silap hari bulan kena pelangkung la jawabnya.

Aku kata:
"Mintaklah untuk mendapat redha dari Dia."

Saturday, December 21, 2013

Nasi kucing menu popular di Indonesia


Kalau di Malaysia kita ada nasi ayam, di Indonesia pulak diorang ada nasi kucing. Kejadah apa nasi kucing tu? Aku pun tak tau sebab tak pernah rasa.

Gambar ni aku jumpa masa duk belek-belek folder gambar lama. Member aku yang snap masa kitorang buat lawatan ke Medan, Indonesia. Dalam kepala otak aku time tu duk terbayang nasi berlaukkan kepala kucing. Tetiba rasa meloya pulak tekak ni. Huhu..

Kalau ada sapa2 yang pergi Medan silalah berkunjung ke tempat ini dan tolonglah merasa nasi kucing ni bagi pihak aku. Tapi aku syak nasi kucing tu nama tempat makan ni je. Bukannya ada hidang nasi berlaukkan kucing. 

Cer tukar daging ayam tu dengan daging kucing. Agak-agak lalu tak nak makan? heh heh..
Aku kata:
"Makan untuk hidup. Bukan hidup untuk makan."

Friday, November 29, 2013

Blogger akan dapat alaun dari Kerajaan Malaysia

Assalamualaikum.. Kali ni aku nak story pasal diri sendiri. Harap kau orang sudi membaca kerana aku tidaklah mahu menjadi penulis syok sendiri. Gua tulis dalam blog, lepas tu gua baca sendiri. Makanya lebih baik gua tulis dalam dairi. Tapi gua mana ada dairi.

Aku ni sebenarnya dari zaman sekolah lagi memang suka menulis. Zaman sekolah dulu, kalau bab karangan ni memang akulah yang paling teror dalam sekolah. Kengkawan asyik buat muka tak puas hati je bila cikgu asyik-asyik puji karangan aku. Wahaha. Aku bukan nak berlagak. Tapi nak buat macam mana beb! Dah itu memang bakat semulajadi aku sejak azali lagi.

Sampai kadang-kadang aku jadi pelik dengan orang yang tak reti susun ayat. Apa susah sangat ke nak buat ayat ni? Lama kelamaan barulah aku mengerti yang tak semua benda yang kita power tu, orang lain pun power jugak. Macam Power Ranger la. Geng2 mereka je yang ada power. Rakyat jelata yang lain mana ada power. Minum Power Root adelah..

Dulu kengkawan selalu kaitkan aku dengan setiausaha. Ada ke dia kata muka aku muka setiausaha? Tak glamor langsung. Pastu asal ada kerja yang kena tulis2 je serah kat aku. Ptffff. Ingat kat dahi aku ni ada cop 'Tukang Tulis' ke?


Zaman sekolah dulu aku tak pernah terfikir nak ada blog sendiri. Blog pun aku tak tahu menatang apa waktu tu. Haha..
Aku sebenarnya tak berapa pasti setakat mana kelebihan aku ni boleh membantu dalam mengejar kerjaya impian aku. Habis sekolah aku sambung bidang Pengurusan Maklumat dekat U. Memang lari langsung dari bidang penulisan ni. Menulis esei dalam exam? Buat assignment? Tak membantu sangat pun sebab aku bukannya pandai nak main bahasa sangat dalam English. English ikut bahasa standard tu bolehlah. Kalau nak guna perkataan bombastik segala bagai tu memang taklah.

Dulu aku pernah terfikir nak jadi penulis. Sekarang pun still lagi terfikir nak jadi penulis. Bajet konon boleh la jadi editor majalah mana-mana ke. Keluar sebuah dua buah novel ke. Tapi sebenarnya aku ni tak adalah rajin sangat pun nak menulis. Tengoklah blog aku ni. Sebulan ada la dua tiga kali update. Camne tu? 

Kerajaan Malaysia, silalah bagi alaun kepada blogger-blogger dekat Malaysia ni. Barulah semangat sikit nak berblogging. Hehe.. Ingat senang ke nak tulis blog? Perah idea siang malam tau nak hasilkan satu entri ni. Sebenarnya tu je motif aku tulis benda ni. Aku cuma nak mencadangkan..

"KERAJAAN MALAYSIA SILALAH BAGI ALAUN KEPADA BLOGGER-BLOGGER DI MALAYSIA."

Okey bay, esok jangan lupa bawak usul aku ni ke parlimen tau! Huahua... Mau kena tembak aku nanti dengan Pak Menteri. Dasar blogger tak sedar diri. Katanyerrr..


Kalau ada alaun untuk blogger, cerahlah masa tua aku nanti. Goyang kaki je sambil update blog. Kemain lagi cita-cita. Hoho..
Aku kata:
"Bakat yang ada tu akan jadi sia-sia kalau tak digunakan untuk manfaat pada agama."

Thursday, November 28, 2013

Debat parlimen serupa budak tadika

Assalamualaikum salam satu Malaysia katanya.. Malaysia memang ada satu je pun dekat dunia nie.. Huhu

Kali ni aku nak bebel pasal parlimen. Aku nak bagitahu yang sebenarnya aku dah naik meluat tengok perbahasan dekat parlimen yang serupa budak tadika tengah bergaduh.

Pak cik-pak cik YB dan atuk-atuk YB semua tak malu ke bergaduh serupa tu dekat parlimen dengan disaksikan seluruh rakyat jelata?



Pada aku la, budak sekolah lagi beradab dalam berbahas banding dengan encik-encik YB dekat parlimen tu.

Come on lah! Kata kepimpinan melalui teladan. Patutnya pemimpin kenalah tunjuk contoh yang terbaik untuk rakyat. Tak kisahlah dari parti mana sekalipun. Bagi aku dua-dua sama je.

Macamlah dia orang tak tau yang dia orang tu tengah ditonton oleh jutaan orang dekat TV. Kalau tak pun, mesti punyalah ada budak-budak sekolah yang tengah buat lawatan sambil belajar dekat situ menyaksikan pemimpin-pemimpin mereka berbahas.


Tak malu ke bila budak-budak sekolah tu balik dan bila mak bapak dia orang tanya apa yang dia orang dapat daripada lawatan tu, dia orang akan cakap macam ni,

"Oh abah, hari ni adik belajar cara-cara bergaduh dengan betul."

"Hari ni orang belajar macam mana cara nak malukan orang depan orang ramai."

"Lawatan hari ni sangat bermakna sebab saya dapat saksikan YB-YB bertekak dan berperang mulut."

"Tak sangka rupa-rupanya dalam parlimen pun ada sketsa."



Tak mau cerita lebih-lebih. Nanti kena dakwa pulak! Huhu..
Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada otak fikir. Lu orang fikirlah sendiri yerrr..

-Coretan hati dari rakyat marhaen-

Wednesday, November 13, 2013

Akhirnya aku grad!


Assalamualaikum.. Alhamdulillah aku dah pun menamatkan pengajian peringkat ijazah dengan jayanya.. Berikut dikongsikan beberapa keping gambar masa hari konvokesyen aku dekat UiTM Shah Alam.

Silalah mencuci mata melihat gambar-gambar ini kerana pada hari kejadian aku perasan sangat ensem, macho, smart dan bergaya dengan busana jubah konvo yang sangat elegen itu. Kau orang yang belum lagi merasai pengalaman konvo haruslah merasa jeles dengan aku. Konvo time tadika tu tak dikira kerana ia tidak diiktiraf oleh UNESCO dan PBB.. Hehe..

Akhir kata, doakanlah semoga aku dimurahkan rezeki cepat-cepat mendapat pekerjaan yang memenuhi selera dan jiwa aku. K bay...

Membuat onar di dalam dewan sambil menunggu majlis berakhir.

Bersama keluarga tersayang.

Bersama rakan se'assignment' ku, Fikri.. Untuk makluman, beliau tidaklah kudung seperti di dalam gambar. Aku pun heran macam mana tiba-tiba tangan dia boleh hilang.

Haruslah perasan kacak di hari yang bahagia ini. Hehe..
Aku kata:
"Segulung ijazah bukanlah alat sebenar untuk mencapai matlamat hidup."

Thursday, October 31, 2013

Syukur pada Dia

Terima kasih Tuhan
Di atas rahmat dan kasih sayang-Mu
Memberi rezeki yang tidak terhingga
Mengizinkan aku untuk terus bernafas di bumi-Mu

Banyaknya nikmat yang engkau anugerahkan,
Dahulunya jarang aku syukuri
Apa yang tidak engkau berikan,
Itulah yang sering aku risaukan

Lafaz syukur itu mudah diucap di bibir
Namun sukar untuk diterjemah dalam diri
Syukur seorang hamba adalah melalui sujud kepada Penciptanya
Syukur seorang hamba adalah apabila ia merasa cukup dengan apa yang ada
Syukur seorang hamba tidak hanya pada lafaz semata-mata

Wednesday, October 30, 2013

Penganggur terhormat

Assalamualaikum semua...
Harap-haraplah masih mengingati diri ini.. kih kih
Aku cuma nak bagi tahu..
Aku sekarang ni adalah penganggur terhormat di kampung aku..

Jadi penganggur ni taklah seindah yang dibayangkan..
Stress woo..
Bila jumpa pak sedara, mak sedara..
Soalan wajib tanya diorang mestilah bunyi cam gini..
"Dah kerja ke?"

Macam biasa aku tayang sengih selamba sambil bagi jawapan selamat
"Ada la apply beberapa tempat, tengah tunggu panggilan.."

Pok cik dan mok cik sekalian,
Kerja tu tak datang bergolak..
Err, sebenarnya aku nak nasihatkan diri sendiri..
Come on! Bangun2! Gi keluar sana..
Bersepah-sepah kerja..
Tinggal nak dengan tak nak je..

Jawatan paling banyak ditawarkan dekat dunia ni..

Aku kata:
"Hakikatnya rezeki tu Allah yang bagi, bukannya pada segulung ijazah yang kita ada.. Boleh rosak iman kalau kita percaya masa depan kita terletak pada segulung ijazah.. Nauzubillah.."

Wednesday, October 23, 2013

Wordless Wednesday #8

*Raya haji lerrr.. Mencapap sekejap dekat blog sendiri.. Huhu..

Sunday, September 22, 2013

Cerita lawak.. chapter VS PC


Ini ada satu insiden yang aku rasa lawak. Aku rasa la. Tak tau la kau orang punya rasa. Lain orang lain rasa dia. 

Kat library tempat aku praktikal ni, kalau nak guna komputer kat bilik multimedia kena daftar dulu dan tinggalkan kad matrik. So, bila diorang nak keluar, aku akan tanya PC berapa atau diorang akan sebut sendiri nombor PC untuk aku pulangkan balik kad matrik diorang yang dah diletakkan dalam box ikut nombor PC.

Dan ada la sorang budak perempuan ni nak keluar dari bilik tu. Aku just pandang je dia menantikan dia menyebut sendiri nombor PC dia..

Dengan confidentnya dia cakap "chapter...." pastu dia gelak sebab baru perasan yang dia dah tersalah sebut. Sepatutnya dia nak cakap PC.. Pastu baru dia sebut yang betul "PC nombor sekian2"... 

Aku pun ulang sebut balik "chapter ye..." pastu duk bantai gelak sekali. Dia dah malu gila time tu tapi duk bantai gelak jugak. Aku punya la tak tahan nak senyum sampai dia dah keluar pun aku duk senyum sorang-sorang. Bila ada orang lain masuk aku duk tahan sekejap senyum tu pastu sambung balik. Sumpah lawak.. Kalau la ada orang tengok aku senyum sorang2 time tu dah sah2 kena tuduh gila..

Hai dik oii, kalau ye pun dalam kepala otak tu duk pikir pasal study je, takkanlah sampai tersasul sebut chapter.. Ye la, chapter kan ada berkaitan dengan nombor.. Haha.. Adehhh...

Korang baca ni lawak tak? Ke aku sorang je perasan lawak??? Sungguh-sungguh aku tulis ni tau.. Tolonglah gelak ke senyum ke buat apa yang patut bagi nak ambik hati aku... Huahua....

Tak lawak? Okey, tak lawak sudah... gi main jauh2.. aku nak sambung gelak....

Aku kata:
"Terkadang apa yang berlaku di sekeliling kita mampu menjadi penawar untuk hati yang sedang berduka."

Thursday, September 5, 2013

Iklan penyemak blog

Aku nak tanya sikit. Korang perasan tak iklan yang duk menempel kat sebelah kiri blog aku nih? Agak-agak apa perasaan korang bila datang blog aku je mesti nampak iklan ni? Ada rasa semacam tak? hehe..

Sebenarnya aku pun tak tau dari mana datangnya iklan ni. Nak kata iklan dari Nuffnang rasanya bukan. Content dia pulak memang boleh buat kopiah lebai-lebai tercabut. Tak pasal-pasal aku dapat saham dosa sekali sebab mengiklankan benda tak senonoh.

Nampak tak belah kiri tu? Kalau tak nampak, refresh blog aku ni banyak-banyak kali. Mesti punyalah muncul gambar 18sx tu.

Dah! Dah! Tak payah kau nak pandang lama-lama sangat. Biasa mata tu. Nakal!

So, aku nak tanya nih.. Ada tak sesesiapa yang tahu macam mana nak buang iklan ni? Takkan tak tahu kot? Kata blogger sejati. Heh heh..

Aku dah try godek2 kat akaun blogspot aku tapi still tak jumpa setting untuk buang benda alah ni. Please, please kalau ada yang tahu harap tolong share dengan aku.

Tolong ek!!! Iklan ni mengganggu kesucian blog aku je. Habis dah tak teruna blog aku sekarang nih. Huahua.... Tolong ye..! Siapa tolong nanti aku bagi 20 sen. Boleh buat bayar duit minyak.. ehhh.. haha..
Aku kata:
"Kalau tak mampu nak tambah pahala, jangan pulak kau jadi penyebar dosa.."

Monday, September 2, 2013

Penyakit gatal merenyam nak kawin...


Baru-baru ni sepupu aku kawin. Rumah mak pak dia tak jauh pun dari rumah aku. Selang sekampung je. Aku tak mau cite pasal hal kahwin dia. Yang aku nak cite adalah pasal hal perasaan aku.

Entah kenapa, waktu kat majlis tu hati rasa semacam je. Lebih-lebih lagi bila tengok pelamin. Mula la otak nak duk berfantasi konon-konon membayangkan diri sendiri yang duduk atas pelamin tu. Faktor usia mungkin. Bila ada kenalan yang kawin je, tetiba hati rasa sensitif semacam. Haiii..

Nak kawin tapi tak de calon. Kalau ada calon pun duit pulak tak ada. Camne tuh? Nak main kawin-kawin usia tak mengizinkan pulak. Kalau tak pikir diri dah dewasa, memang dah lama kot aku main kawin-kawin macam zaman budak-budak dolu..

Ini anak kepada sepupu aku. Kira macam anak buah sepupu ke apa tah nama dia. Aku ingat nak ajak dia main kawin-kawin. Tapi belum sempat aku duk kat kerusi sebelah tu, dia dah cabut lari. Huahua..
Kini barulah aku memahami perasaan orang-orang yang still tak kawin lagi walaupun umur dah semakin melanjut. Ini aku baru 23 tahun. Muda bergetah lagi. Huaaa.. Camne la agaknya perasaan orang yang dah umur 30, 40 tahun ke atas yang tak kawin-kawin lagi tu?

Tetiba teringat pulak kat Anuar Zain, Hans Isaac, Fahrin Ahmad, Linda Onn, Neelofa.. Eh Neelofa tak masuk list lagi.. huhu.. dan geng2 artis yang dah dapat title bujang terlajak tu. Rasa-rasanya lagi hebat kot perasaan sensitif, tertekan, hiba dan sayu serta segala macam jenis perasaan yang seangkatan dengannya tu. Setakat macam aku baru umur 23.. hehhh.. Kecik lagi tu. Gatal merenyam je lebih.. Heh heh..

Apapun, aku nak pesan pada diri sendiri dan juga buat abang Nuar, abang Pahrin, abang Hans, Kak Linda dan lain-lain abang dan juga kakak-kakak yang tak kawin lagi tu... Ingatlah jodoh, ajal dan maut tu di tangan Tuhan. Berdoalah moga dipercepatkan jodoh. Kena yakin. Insyaallah suatu hari nanti dia akan pertemukan jugak kita dengan pasangan hidup masing-masing. Jangan sedih-sedih okey.. Wohha..

Emi sepupuku (yang lelaki tu) dikelilingi adik-beradik mak dia. (Mak dia kira mak cik aku la. Kakak kepada mak aku). Kawin gak kau akhirnya. Umur baru 25 dia tu. Aku pun target dalam umur 25 gak nak menamatkan zaman bujang.
Aku kata:
"Settlekan dulu hubungan cinta kita dengan Allah sebelum sibuk nak kejar cinta manusia. Kerana Dialah yang sepatutnya dicintai dan paling layak untuk dicintai.."

Tuesday, August 20, 2013

Ku pandang dia, dia pandang aku

Keje rasmi aku tiap-tiap hari adalah duduk di circulation kaunter. Kau orang tahu apa itu circulation??? Aku nak bagi tahu pun serba salah. Sebab kebanyakannya mendefinisikan circulation tu sebagai sirkulasi. Tak percaya, kau pergi la mana-mana library. Tengok kalau dia tak tulis English, tulis Melayu mesti bunyinya sirkulasi. Hampeh...

Okey, lebih senang bahasa mudahnya kira macam kaunter utama la. Dimana urusan peminjaman dan pemulangan buku dijalankan.

Kekadang aku dah rasa cam sebatang pokok dekat situ. Pokok yang rendang sebab aku duduk. Kalau aku berdiri maka jadilah aku pokok yang tinggi. Walaupun aku ni takde lah tinggi manapun. Tapi tinggi tu tak penting, yang penting comel. Heh heh..

Bila takde orang datang, aku memang tak tau nak buat apa. Ada la komputer kat sebelah. Tapi setakat mana la aku tahan nak menghadap benda alah tu. Nak bukak internet pun kena bukak website baik2 je. Ye la, orang duk lalu-lalang. Kang kantoi bukak website tah apa-apa nanti tak pasal-pasal busuk nama aku seantero dunia.

Apa kau orang pikir aku ni teruk sangat ke hah??? Hehhh.. aku baik la....

Bila tak de kerja, aku duk mengusha budak2 poli yang duk lalu lalang depan aku. Ye lah, takkanlah setiap saat mata nak mengadap ke bawah je. Ye dak? Sekali-sekala kena gak la cuci-cuci mata pandang keliling. Mana la tau kot-kot ada awek yang perlukan pertolongan. Mungkin ada yang tengah jatuh dengan buku habis berterabur ke. Atas dasar kemanusian, aku haruslah kena menolong. Tak ke?

Wooo.. Apahal semacam je entry aku ni? Aku ke yang tulis ni?

Ni lah dia tempat aku duk bertapa tiap-tiap hari. 
Nak dijadikan cerita, ada la sekali tu aku terpandang sorang awek ni. Aku bukannya nak pandang dia sangat pun. Waktu tu hari dah petang, memang dah tak ada orang sangat kat dalam library tu. Kebetulan dia lalu depan aku time tu. Aku pun terpandanglah ke dia sebab dah tak de benda lain nak dipandang. Dan sambil berjalan, dia pun pandang aku jugak. So, kami saling pandang memandang dalam beberapa saat. Namun, aku cepat-cepat melarikan pandangan. Maklumlah lelaki pemalu.

Dan entah macam mana, time dia nak melangkah keluar, boleh pulak aku tertoleh ke belakang sebab aku terdengar macam ada bunyi apa entah. Dan time menoleh tu tepat2 je mata aku terpandang ke dia. Dan time tu dia pun kebetulan menoleh ke belakang jugak. Apalagi, pandangan kami pun bertembung lagi.

Kiri tu ruang untuk masuk. Kanan untuk keluar. So, posisi awek tu belah kanan time dia nak keluar.
Demmm... Aku dah rasa malu semacam je time tu. Mesti dia pikir aku ni jenis lelaki mata keranjang yang gatal tahap tak boleh dimaafkan. Serius, aku tak sengaja. Time aku terpandang dia, time tu jugak la dia nak pandang aku.

Okey, ini bukan kes menggatal ke apa, kes tak jaga pandangan ke dan sebagainya. Ini adalah sebuah kes yang tidak disengajakan. Tidaklah aku memandang dia dengan motif suka, syok ke hape disebabkan dia takde la cun mana pun. Haks haks..

Dan semenjak hari tu, aku lebih berhati-hati dalam memandang orang. Kadang-kadang bila orang datang depan pun aku dah tak pandang dah. Takut insiden lama berulang lagi. So, pengajarannya, jagalah pandangan kita. Moga tidak memandang benda-benda yang boleh membawa kepada dosa... Sekian...
Aku kata:
"Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia.."

Monday, August 12, 2013

Nostalgia raya 2013

Salam Aidilfitri Maap Zahir dan Batin..
Taqabballah minna waminkum..
Moga amalan kita sepanjang bulan Ramadan diterima..
Amin...

Setelah sebulan berpuasa, makanya tibalah hari raya..
Rayaku cam biasa saja, anak isteri belum ada lagi.. So, feel tu tak berapa nak ada.. 
Kononnya..
Cuti raya paling pendek, 4 hari saja, dan Isnin dah kena kerja..

Dan dengan ini, dipersembahkan beberapa keping gambar raya..

With my kawan.. Bosan katanya, so hari raya pertama dia dah datang rumah nak beraya. 
With my sepupu-sepapat, tatkala sedang beraya. 
Oh, wajahku sangat bercahaya. Sinaran nur iman mungkin??? Cehhh..
With my mom and adeq2..
Aku kata:
"Kat dunia ni sebenarnya mana ada hari raya. Hari raya yang sebenar adalah di akhirat nanti tatkala kau dah disahkan confirm menjadi penghuni syurga.."

Saturday, August 3, 2013

Praktikal punya cerita

Ada orang tanya aku. Kenapa tak update blog walhal dalam entry sebelum ni poyo kata nak update sehari sekali bahkan berkali-kali. Sebenarnya aku tengah berpraktikal atau bahasa ekslusif sikit orang panggil latihan industri dekat Perpustakaan Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Tak jauh pun dari rumah. Ada la dalam 20 minit. Tapi aku rasa cam jauh jugaklah macam nak ke hujung dunia.

So, kesimpulannya aku busy.. Hohoho.. Busylah sangat.. ;)

Ini dah nak masuk minggu ketiga aku berpraktikal. Baru la dapat merasa berpraktikal dengan sesungguhnya. Kalau tak sebelum ni aku duk melanguk je tak buat apa-apa. Kena pulak diorang bagi aku duduk meja hujung sekali. Aku tengok meja, meja tu tengok aku balik. Meja kosong apa pun tak de. Kalau bagi komputer sebijik siap dengan internet okeylah jugak. Takde lah aku terkebil-kebil kebosanan.

Memang tempat tu takde keje apa sangat pun. Bajet tak banyak, so diorang tak pakai system. Kalau ada system mungkin banyak sikitlah yang aku boleh belajar. So, aku kena bersiap sedia mental dan fizikal untuk menahan tahap kebosanan yang melampau. Kot kalau korang ada idea apa yang boleh aku buat untuk hilangkan bosan maka boleh la share dengan aku.

Nak ngorat awek-awek kat situ? Masalahnya aku ni lelaki pemalu..

Nak membaca buku-buku kat situ? Takut kantoi dengan boss pulak kata aku curik tulang..

Nak makan? Oi sekarang bulan puasa ye..

Tidor? Berani buatlah kalau rasa nak jadi bahan umpatan dekat situ.. Silap-silap kena tendang keluar dari situ..

Baca Quran? Beribadah??? Aku takut orang kata aku bajet alim pulak.. Hohoho..

Jadi apa patut aku buat??????

Fening-fening....

Gambar atas pemandangan kat politeknik tu.. Gambar bawah pulak pemandangan kat dalam library..

Aku kata: 
"Takde istilah bosan sebenarnya dalam hidup ini. Manusia yang bijak akan tahu macam mana nak manfaatkan waktu yang terluang. Tuhan bagi waktu 24 jam sehari kalau tak dimanfaatkan betul-betul, maka sia-sialah.."

Monday, July 8, 2013

Tajdid Hadhari (Da'i TV3 Pendakwah Milenia)

Kau kenal ini orang???



Ya, dialah ikon anak muda masa kini.. Heh heh

Nama beliau Mohamad Tajdid Hadhari b. Romli. Finalis rancangan Da'i Pendakwah Milenia TV3. Baru-baru ni beliau ada datang bagi ceramah Ramadhan kat aku punya kampus. Lawak jugak beliau ni sampai terkekek-kekek hadirin yang hadir ketawa terutamanya gadis-gadis.

Single katanya. Masih study lagi kat UiTM Shah Alam. Apa pasal aku tulis pasal beliau nih???

Why? Why? Why?

Aku pun tak tau. Mungkin sebab aku sempat bergambar kenangan dengan beliau kot. So, alang-alang boleh jadi bahan cerita.


Beliau sangat mesra orangnya. Tak kekok bersembang dengan beliau. Rasa macam dah lama kenal pun ada. Apapun, selamat maju jaya Hadhari. Moga dapat menjadi inspirasi anak muda untuk lebih mencintai agama.

Kebetulan pulak.. Nama penceramah, TAJDID HADHARI.. Nama penganjur, PERSATUAN MAHASISWA HADHARI
Kiri: Bekas finalis Da'i TV3,
Kanan: Bakal juara the next Da'i TV3..
Heh heh..
Aku kata:
"Jadi popular tu bagus kalau kepopularan kau tu boleh bagi manfaat kepada agama dan juga manusia. Tapi niat kena betullah. Kalau setakat nak gila glamor, baik tak payah. Tuhan tak pandang pun.."

Sunday, June 30, 2013

Entry sebulan sekali edisi bulan Jun

Oh oh oh... Eh, hai! Bulan Jun dah nak berakhir.. Lupa pulak nak ngupdate blog.. Entry sebulan sekali haruslah berjalan seperti biasa... 

Aku sedang melalui fasa-fasa terakhir sebagai seoraang student. Sedang menghitung hari menunggu satu-satunya paper untuk sem terakhir ni. 

Lepas tu???? Merdeka beb!!!

Aku dah boleh bersenang-lenang dengan  bahagianya.. Lepas ni dah boleh la merajinkan diri mengupdate blog.. 

Tunggu!!!
Daripada entry sebulan sekali, akan jadi entri sehari berkali-kali.....

K, nak sambung buat assignment, nantikan kemunculanku di bulan Julai nanti.. Come back gitu.. cehhh...!!!!

Aku kata:
"Carilah ruang dan peluang untuk berdakwah. Blog pun boleh jadi salah satu medium dakwah. Orang baca atau tak itu belakang cerita. Yang penting kita dah buat kerja-kerja dakwah. Allah tak pandang hasil tapi Dia pandang usaha.."

Friday, May 31, 2013

Entry sebulan sekali

Assalamualaikum... Fuhh fuhhh... Sedang mentiup habuk-habuk yang tebal di blog ini. Agak lama tidak bersua di alam maya yang penuh tipu daya ini.

Jari jemariku sedang mentaip aksara-aksara tanpa arah tuju tatkala malam semakin larut. Nak cerita apa ek? Tak de nak cerita apa-apa walaupun banyak sebenarnya yang boleh diceritakan.

Ibarat ayam pencen yang tak boleh bertelur, begitulah gamaknya diriku.. Seorang manusia yang ada blog tapi tak boleh menetaskan entry-entry terbaru. 
Blogger pencenkah?????

Akhir kata, sambutlah salam sayang dariku kepada follower-follower sekalian. Agak-agak rindu nak baca entry-entry aku, maka silalah menyelongkar entry-entry yang lama... 
Ada ke yang rindu???

Laaa, dah abis ke??? 

Abis dahhhhh... Aku takde idea..

Ayam... Walaupun hodoh tapi sedap dimakan....

Aku kata:
"Hidup yang takde arah tujuan sama macam ayam. Tunggu masa aje nak kena sembelih."

Friday, April 19, 2013

Ikhlas dalam amalan

Assalamualaikum...

Terkadang terasa payah untuk membina keikhlasan dalam setiap amalan..

Tatkala menge'post' status berunsur dakwah di facebook, timbul jua bisikan jahat di hati mengharapkan status kita itu di'like'..

Ketika diminta menjadi imam atau melaungkan azan, muncul bisikan nakal memuji-muji diri sendiri, "sedap jugak suara aku ni."

Bilamana melihat orang jahil disekeliling kita, maka terasa diri hebat dan memandang mereka dengan pandangan yang hina..

Begitulah hati.. Memang payah untuk melahirkan sepenuh keikhlasan tulus dari hati yang suci.. Namun ia perlu dibina dan dilatih dari hari ke hari.. Tatkala sifat-sifat mazmumah seperti ujub, riak, bangga diri dan sebagainya sedang menguasai diri, maka cepat-cepatlah beristigfar dan perbetulkan niat kembali. Moga amalan kita diterima dan tidak dicampak kembali oleh Tuhan pemilik langit dan bumi.. 

Sunday, March 31, 2013

Tabiat membazir dah jadi budaya dalam masyarakat


Dalam hidup ni kita banyak melakukan pembaziran.
Pembaziran air, elektrik, wang ringgit dan terutamanya adalah pembaziran masa
Sepertimana firman Allah dan surah Al-Asr..
"Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran."
Betapa di keseluruhan usia kita banyak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia..

Berbalik kepada isu pembaziran..
Biasa kita dengar membazir itu amalan syaitan.
Dan amalan itulah yang sering kita buat.
Keluar bilik atau rumah tak tutup lampu dan kipas.
Laptop dibiar terpasang kalau tak guna..
Membazir air tu memang dah biasalah..
Membazir makanan???
Dah memang jadi tabiat orang kita..

Berapa banyak amalan syaitan yang kita dah buat..
Maka saya berpesan kepada diri sendiri dan kengkawan semua..
Jom ubah tabiat yang tak berapa nak best ni..
Elakkan pembaziran sebab Allah tak suka orang yang membazir..




Thursday, March 21, 2013

Mimpi kahwin.. Apakah petandanya tu?

Salam.. Lama rasanya tak merapu-meraban dekat sini. Untuk kemunculan semula dalam dunia blog ni, aku nak share pasal mimpi aku malam tadi. Seram wehhh.. 

Aku mimpi pasal kahwin.. Waaa, siap nampak dengan jelas lagi muka isteri aku tu. Aku kenal gadis tu. Apakah petandanya itu? Bangun dari tidur aku rasa semacam je. 

Okey, aku cerita kronologi mimpi tersebut...

  1. Mula-mula aku diberitahu oleh siapa entah yang aku ingin dijodohkan dengan seseorang.
  2. Aku pun setuju. Aku tak bagi tahu pun mak dan ayah aku tapi diorang dah tahu awal-awal.
  3. Pastu, time hari kami dipertemukan, ada la ramai gadis-gadis dekat situ. Semuanya baik-baik dan solehah. Aku kenal semuanya dan aku pun tertanya-tanya siapa sebenarnya orang tu.
  4. Cuak gak kot-kot orang tu aku tak suka. Mampus aku sebab aku dah setuju awal-awal lagi.
  5. Tapi akhirnya aku diberitahu gadis sebenar yang akan dijodohkan dengan aku. 
  6. Perasaan aku time tu, gembira yang amat sebab aku pernah suka dengan gadis tu dulu. Suka-suka macam tu je la.
  7. Sebaik dapat tahu, aku terus sujud syukur macam Anna Altafunnisa sujud syukur bila dapat tahu dia dijodohkan dengan Azam dalam filem Ketika Cinta Bertasbih tu. Aku siap menangis lagi dalam sujud tu. Sweet kan!! Huahua..
  8. Dan akhirnya kami pun dinikahkan tapi masing-masing still lagi belajar di U yang sama. U yang sama??? Jeng jeng jenggggg.. Siapa agaknya???
  9. Tapi aku dapat rasa betapa manisnya perasaan bercinta lepas kahwin.. Rasa tenang je, hari-hari rasa nak jumpa sebab kami duduk asing-asing. Kira macam nikah gantunglah kot.

Anyway, aku tak boleh terima mimpi ni. Sebab macam pelik. Kronologi dia begitu teratur dan jelas. Tak macam sesetengah mimpi yang mengarut-ngarut jalan cerita dia..

Waaa, actually aku taklah suka sangat kat dia pun. Nak kata cinta jauh sekalilah. So, aku harap mimpi aku tu cuma mainan tidur je... Sebab musnahlah impian aku nak kahwin dengan puteri raja kalau aku kahwin dengan dia... Huahuahua..

Apapun, jodoh tu ditangan Tuhan. So, aku terima dengan redha siapa pun jodoh aku. Aku still akan berpegang pada prinsip aku iaitu takkan bercouple sebelum kahwin. Cinta selepas nikah tu lagi sweet rasanya. Siyes, sebab aku dah rasanya dalam mimpi..... Hoho.. ;-)

Okey, aku rasa malu menulis entry ni. Harap-harap korang tak gelakkan aku.. K, bay...

Konon-konon pengantin lelaki tu aku. So, siapa nak jadi pengantin perempuan tu sila mesej aku k.. Huhu.. ;-)
Related Posts with Thumbnails