Others

Meh le follow...

Tuesday, August 20, 2013

Ku pandang dia, dia pandang aku

Keje rasmi aku tiap-tiap hari adalah duduk di circulation kaunter. Kau orang tahu apa itu circulation??? Aku nak bagi tahu pun serba salah. Sebab kebanyakannya mendefinisikan circulation tu sebagai sirkulasi. Tak percaya, kau pergi la mana-mana library. Tengok kalau dia tak tulis English, tulis Melayu mesti bunyinya sirkulasi. Hampeh...

Okey, lebih senang bahasa mudahnya kira macam kaunter utama la. Dimana urusan peminjaman dan pemulangan buku dijalankan.

Kekadang aku dah rasa cam sebatang pokok dekat situ. Pokok yang rendang sebab aku duduk. Kalau aku berdiri maka jadilah aku pokok yang tinggi. Walaupun aku ni takde lah tinggi manapun. Tapi tinggi tu tak penting, yang penting comel. Heh heh..

Bila takde orang datang, aku memang tak tau nak buat apa. Ada la komputer kat sebelah. Tapi setakat mana la aku tahan nak menghadap benda alah tu. Nak bukak internet pun kena bukak website baik2 je. Ye la, orang duk lalu-lalang. Kang kantoi bukak website tah apa-apa nanti tak pasal-pasal busuk nama aku seantero dunia.

Apa kau orang pikir aku ni teruk sangat ke hah??? Hehhh.. aku baik la....

Bila tak de kerja, aku duk mengusha budak2 poli yang duk lalu lalang depan aku. Ye lah, takkanlah setiap saat mata nak mengadap ke bawah je. Ye dak? Sekali-sekala kena gak la cuci-cuci mata pandang keliling. Mana la tau kot-kot ada awek yang perlukan pertolongan. Mungkin ada yang tengah jatuh dengan buku habis berterabur ke. Atas dasar kemanusian, aku haruslah kena menolong. Tak ke?

Wooo.. Apahal semacam je entry aku ni? Aku ke yang tulis ni?

Ni lah dia tempat aku duk bertapa tiap-tiap hari. 
Nak dijadikan cerita, ada la sekali tu aku terpandang sorang awek ni. Aku bukannya nak pandang dia sangat pun. Waktu tu hari dah petang, memang dah tak ada orang sangat kat dalam library tu. Kebetulan dia lalu depan aku time tu. Aku pun terpandanglah ke dia sebab dah tak de benda lain nak dipandang. Dan sambil berjalan, dia pun pandang aku jugak. So, kami saling pandang memandang dalam beberapa saat. Namun, aku cepat-cepat melarikan pandangan. Maklumlah lelaki pemalu.

Dan entah macam mana, time dia nak melangkah keluar, boleh pulak aku tertoleh ke belakang sebab aku terdengar macam ada bunyi apa entah. Dan time menoleh tu tepat2 je mata aku terpandang ke dia. Dan time tu dia pun kebetulan menoleh ke belakang jugak. Apalagi, pandangan kami pun bertembung lagi.

Kiri tu ruang untuk masuk. Kanan untuk keluar. So, posisi awek tu belah kanan time dia nak keluar.
Demmm... Aku dah rasa malu semacam je time tu. Mesti dia pikir aku ni jenis lelaki mata keranjang yang gatal tahap tak boleh dimaafkan. Serius, aku tak sengaja. Time aku terpandang dia, time tu jugak la dia nak pandang aku.

Okey, ini bukan kes menggatal ke apa, kes tak jaga pandangan ke dan sebagainya. Ini adalah sebuah kes yang tidak disengajakan. Tidaklah aku memandang dia dengan motif suka, syok ke hape disebabkan dia takde la cun mana pun. Haks haks..

Dan semenjak hari tu, aku lebih berhati-hati dalam memandang orang. Kadang-kadang bila orang datang depan pun aku dah tak pandang dah. Takut insiden lama berulang lagi. So, pengajarannya, jagalah pandangan kita. Moga tidak memandang benda-benda yang boleh membawa kepada dosa... Sekian...
Aku kata:
"Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia.."

12 comments:

  1. Hahaha... Pandang je la ke komputer... Lagi terjaga pandangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. komputer lgi ada mcm2 benda x elok2.. lagi2 internet.. tpi duk mengadap komputer je boleh sakit mata wooo...

      Delete
  2. hehe lain kali biasakan tunduk dan membaca surat khabar ke, buku ke hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg mmg dh start baca apa2 yg patut bila duk kat situ.. tpi x boleh nk fokus sgt.. customer kena tngok2 jgak.. duk kat kaunterlah katakan.. hihi..

      Delete
  3. perpustakaan lah tempat paling tenang dlm dunia...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. x smua library tenang.. salah satunya tmpat aku ni lah.. mcam pasar ikan.. bising.. hoho..

      Delete
  4. wah wah...... sudah jadi librarian dye...

    praktikal ke??? poli mner dik??

    ahahahah..... selamat bertugas ye...

    jangan jadi cm akk.. tido kat kaunter ahahhahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. praktikal kak.. kat poli sultan idris shah, sabak bernam..

      Delete
  5. len kali pakai spec hitam.. xde sape tau pandang ape..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. spec hitam.. klo rasa nk dicop sbagai mamat bajet ensem, boleh la pakai.. haha..

      Delete
  6. dari mata turun ke hati. hehe

    selamat berpraktikal bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari hati turun ke mana pulak? hehe.. thankz.. :)

      Delete

Related Posts with Thumbnails