Others

Meh le follow...

Thursday, January 17, 2013

Gempar.. Ziana Zain hantar anak ke sekolah agama


Balik cuti baru-baru ni, kecoh satu kampung aku tentang anak Ziana Zain masuk sekolah. Masuk sekolah??? Pelik sangat ke??? Adik aku sibuk bercerita, jiran sebelah umah pun sibuk bercerita bahkan orang-orang kampung pun sibuk bercerita... Kucing-kucing jalanan di kampung aku pun sibuk bergosip sesama mereka.

Pelik tak pelik sangatlah. Orang kampung aku bangga gila kot sebab Ziana Zain hantar anak sulung dia ke sekolah asrama kat kampung aku. Tapi apa yang special sangat tu sampai jadi buah mulut orang ramai??? 

Kisahnya sekolah yang anak kak Ziana kita masuk tu ialah sekolah agama. Lebih tepat lagi Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Batu 1, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Woww, artis hantar anak masuk sekolah agama tu. Alhamdulillah, fitrah ibu-ibu nak anak mereka jadi anak yang soleh.

Inilah sekolah yang tiba-tiba menjadi famous gara-gara Ziana Zain menghantar anaknya mendaftar di situ. 
Tapi yang kelakarnya, time Ziana Zain, eh aku tak nak panggil Ziana Zain lah sebab umur beliau lebih kurang sebaya je dengan mak aku. Agak kurang sopan di situ. Hoho. So, aku nak panggil mak cik Ziana. What??? Tak glamour??? Ok aku panggil aunty Ziana.

Berbalik pada cerita, masa aunty Ziana datang nak daftarkan anak dia, kecoh satu sekolah. Katanya aunty Ziana bertudung litup dan berjubah. Tapi dah namanya pun artis. Confirmlah orang perasan. Warden-warden asrama pun sibuk nak bergambar. Hoho..

Dan yang paling pelik tu, heboh satu kampung. Dengarnya aunty Ziana ada singgah satu kedai ni beli barang. Tak tau la kedai makan ke kedai apa. Mungkin kantoi disitu lah kot. Itu yang jadi kecoh. Maklumlah mulut orang-orang kampung. Lagi-lagi kalau terserempak dengan mak joyah, mak enon & kak gayah. Memang jadi berita sensasi la..

Siapa tahu anak Ziana tersebut yang kalau tak silap aku Aiman nama dia akan menjadi penyebab kepada penghijrahan ibunya ke arah menjadi muslimah yang lebih baik kan.. Siapa tahu.. Sama-samalah kita doakan.. Love you aunty Ziana.. Huahuahua... 

Family aunty Ziana. Budak lelaki yang ke-2 dari kiri tu lah Aiman kot. Macam biasa, gambar tak  menutup aurat terpaksa dicensored...

Haishhh.. Memang payah betul nak cari gambar aunty ni yang pakai tudung. Yang ni je la yang mampu aku dapat. Meletop kau jahhhh... Sama-samalah kita doakan agar beliau terbuka hati untuk bertudung suatu hari nanti.. 

Saturday, January 12, 2013

Mangsa ulat durjana

Sudah suratan nasibku yang malang. Beberapa hari lepas aku balik rumah, tak lama pun.. 2 hari je. Hari terakhir sebelum nak balik kampus, tiba-tiba aku tergerak hati nak jengok dokumen dan buku-buku kat rak kayu dalam bilik aku...

Dan tiba-tiba...................

Waaa, hampir-hampir sahaja aku tergolek kebengangan tatkala melihat buku-buku dan dokumen penting habis rosak dimakan ulat-ulat durjana. Cover baik punya ulat-ulat ni. Disebabkan buku-buku aku disusun sangat cantik dan teratur, maka dari depan tidak kelihatanlah tanda-tanda ia sedang dikerjakan oleh ulat-ulat durjana tersebut. Tapi bila aku tarik je satu buku, barulah terkantoi akan kedurjanaan yang sedang dilakukan oleh ulat-ulat itu. Rupa-rupanya makhluk tak bertamadun ini buat kerja belakang tabir. Bahagian dalam buku-buku dan dokumen habis rosak dimakan ulat-ulat ni. Berlobang sana-sini.

Adakah rak kayu aku ini berperisa strawberi???

Sakit jiwa aku tengok. Entah apa yang sedap sangat buku-buku aku tu pun aku tak tau. Paling aku stress, bila sijil-sijil termasuklah transkrip dan sijil diploma aku dulu turut jahanam dimakan ulat-ulat tersebut.

Yang kau dengki sangat dengan aku nih kenapa? Penat aku belajar selama 3 tahun, last2 kau boleh jahanamkan aku punya sijil diploma tu? Arrrgghh, aku rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding laju-laju je...

Inilah akibatnya pasal aku dah lama tak balik kampung. Rupa-rupanya ulat-ulat tu dah lama buat kerja nih.. aku kira-kira ada dalam 2 bulan gak la aku tak usik buku-buku kat rak tu. Bas nak balik kampus pukul 11.00 pagi. Dengan sepantas kilat, aku pun membersihkan dan menyelamatkanlah apa yang boleh diselamatkan. Dan hari itu aku pulang ke kampus dengan hati yang lara hancur musnah ibarat kaca yang berderai. Sampai 7 keturunan aku akan berdendam dengan ulat-ulat durjana itu....
Ulat-ulat itu langsung tak berperikebinatangan... Dokumen-dokumen ini diperlakukan dengan kejam...

Wednesday, January 9, 2013

Sambungan cerita Malam Tahun Baru... Kami dituduh orang gila


Sambungan cerita Malam Tahun Baru... Lepas abis program, aku dan kengkawan berjalan kaki cari makan sebab perut dah lapar gila. Nampak satu kedai mamak, kitorang pun berhenti singgah. Tengah duduk-duduk sambil menanti order sampai, ternampak kelibat Jamal Abdillah dekat meja depan. Dan kali ini aku tidaklah sejakun seperti melihat Wan Zack Haikal. Mungkin kalau mak aku yang nampak, baru la teruja abis. Baru balik dari buat persembahan dekat ICT lah tu...

Abis makan, aku dan kengkawan pergi ke Masjid Negeri untuk bermalam sebab kalau nak balik hostel pun, memang dah tak boleh masuk sebab dah lewat. Sampai dekat masjid, cari port baik punya untuk tidor. Kebetulan nampak ramai gila orang tidor dekat satu ruang ni. Nampak macam ada program. Tak pun musafir-musafir yang datang ke program tahun baru dekat Dataran Shah Alam yang duk jauh dari Shah Alam yang tumpang tidor. So, kitorang pun ambik keputusan untuk tidor kat situ.

Dah lewat malam sangat, mata tak berapa boleh nak lelap, baring-baring macam tu je. Member aku kat sebelah ni boleh pulak dia bantai duk bersembang. Memang lagi susah la nak lelap. Dalam pukul 4.00 pagi lebih kurang, tiba-tiba ruang yang tak berapa nak gelap tu menjadi langsung tak gelap bila semua lampu dibukak. Dan tiba-tiba kedengaran suara,

"Bangun-bangun! Qiam!"

Lahhh.. Ada program rupanya. Adoiii, salah port pulak! Ingatkan boleh tidor dengan tenang, rupanya kena kejut bangun qiam. Nak tak nak, terpaksa gak la bangun. Erm, bukannya tak nak qiam sekali, tapi badan letih giler kot, pastu tidor pun tak lagi, cam mane nak buat tahajud. Bukankah syarat tahajut kena tidor dulu??? Alasannnn.. Hoho

Maka, kami pun membelahkan diri mencari port tidor yang lain pulak. Pusing-pusing sekitar ruang masjid, tak jumpa port yang sesuai. Last-last kitorang decide tidor kat bawah menara masjid. Nampak macam tersorok dan aman dari gangguan.

Di bawah menara masjid inilah kami menumpang tidor...
Kami just baring-baring macam tu je sambil borak-borak dan memerhatikan kereta dan motor yang sekali-sekala lalu depan kami. Nak tidor pun, subuh dah nak dekat. Tiba-tiba ada satu kereta parking betul-betul depan menara ni. Ada beberapa orang perempuan keluar, sorang perempuan free hair ni tiba-tiba berjalan ke arah kami pastu berpatah balik. Dan tiba-tiba member aku kat sebelah cakap "bengong" dengan suara yang agak kuat.

"Kau kenapa tiba-tiba cakap bengong? Buat malu je kalau orang dengar!"

"Kau tak dengar ke apa yang perempuan tu cakap?"

"Dia cakap apa?"

"Ada ke dia kata kita orang gila."

"Dia kata kita gila?"

"Iya lah."

"Itu memang bengong. Kuang ajaq!"

"Erm, tapi ada betul gak. Aku pun rasa kita macam orang gila. Dah macam gelandangan pun ada."

Menara masjid tu terletak di luar kawasan masjid walaupun bersambung dengan kawasan masjid. Aku membayangkan posisi aku pada kedudukan perempuan tu, sekali imbas memang nampak macam orang gila. Hoho. Ditambah lagi dengan rambut kerinting dan serabai member aku yang sorang nih. Hahah..

Tak lama kemudian, tatkala menyedari Subuh dah nak dekat, kami pun bangun bersiap-siap untuk solat. Dan selesai solat, maka berpergianlah kami meninggalkan perkarangan masjid untuk balik ke hostel. Sekian...

Ada rupa orang gila tak? Huahua...
Kami bukan golongan gelandangan mahupun orang gila. Kami cuma nak tumpang tidor.. Tolonglah faham kami.. Huhu..

Thursday, January 3, 2013

Kisah malam tahun baru.. Insiden bersama Wan Zack Haikal

Alhamdulillah, aku berkesempatan menyambut tahun baru di Dataran Shah Alam dengan beberapa orang member. Tak nak cerita lebih-lebih. Rasanya semua orang pun dah tau kot tentang kehangatan sambutan tahun baru di Dataran Shah Alam. Masyaallah, rasa tenang je berada kat sana.

Antara insiden yang menarik masa kat sini ialah, lepas abis solat Maghrib berjemaah ada seorang mamat ni datang dekat kitorang nak pinjam sejadah. Mungkin dia lambat sampai, so tak sempat solat jemaah sama-sama. Kitorang tanpa banyak soal pun bagi la.

Sedang dia bersolat, kitorang pun borak-borak la. Tiba-tiba terkeluar cerita Wan Zack Haikal. Borak-borak kosong je sebab ada member tanya Wan Zack Haikal ada datang ke.. Konon nak tengok Wan Zack Haikal la apa la.. Aku pun gurau lah macam ni.

"Tetiba Wan Zack yang semayang sebelah kita ni kan? Wahh, mesti bangga giler kan.." Cehh, konon-konon membayangkan impian yang tak pasti.

Habis mamat  tu bersolat, dia pun pulangkan balik sejadah. Sambil tersenyum manis dia bersalam dengan kitorang berempat. Siyes, sangat bersopan santun. Perggghh, aku cite dah macam syok kat dia pulak. Hahah..

Bernasib baik dapat duduk depan...
Lepas dia belah, diri berdiri la tak jauh dari kitorang dekat satu sudut kawasan tu. Tetiba ada sorang member aku cakap,

"Eh, muka dia macam Wan Zack la".

 "Eh, tak lah. Lain je muka. Klo Wan Zack, mesti ada pengawal ke apa ke.. Ini tak, berdiri terkebil-kebil sorang-sorang. Macam tak de orang nak layan je." Kitorang semua tak percaya yang tu Wan Zack.

"Eh, ye ke? Entah. Salah orang kot."

Time tu mata kitorang berempat memang terus tuju kat mamat yang tengah berdiri tu. Duk belek-belek muka dia dari jauh.

"Kau tak payah nak mimpi sangat la Wan Zack yang semayang sebelah kita tadi. Wan Zack je kot. Bukan pemes mana pun."

Sedang kitorang asyik bergaduh-gaduh memastikan kebenaran yang itu adalah Wan Zack. Tiba-tiba ada seorang pengunjung ni pergi kat mamat tu dan bergambar bersama-sama. Kemudian datang beberapa orang duk borak-borak dengan dia.

Kalau dia tak ensem, agak-agak boleh pemes tak? Ermm..
"Haa, kau tengok tu. Kalau bukan Wan Zack, kenapa ada orang nak bergambar dengan dia."

"Lahh, memang Wan Zack ke. Adoii, kenapa la kita tak perasan dari tadi."

"Itulah, kalau tak dah lama aku ajak bergambar sekali."

"Mana la aku nak perasan. Dalam kepala otak aku ni membayangkan yang Wan Zazk datang pakai baju jersi je. Tak sangka pulak dia datang pakai jubah. Hoho.."

"Apa lagi. Jom la bergambar dengan dia."

"Tak nah ahh.. Kau gila apa. Malu kot. Dah macam apa je. Tadi bukan main lagi kita buat bodoh dengan dia. Ni tiba-tiba sibuk nak bergambar bagai."

"Dah tu, tadi mana la kita tau yang tu Wan Zack."

"Alah, Wan Zack je pun. Dah dah kita lupakan. Meh kita cerita pasal Abby Abadi pulak."

"Waaa, tak pelah. Sejadah yang Wan Zack pakai ni akan jadi kenangan." Kata sorang member aku sambil mencium-cium sejadah dia macam budak kecik rindu kat ayah dia yang dah tak de, pastu duk cium-cium kain pelikat.

"Iye lah. Balik ni kau frame sejadah ni elok-elok tak payah basuh."

Sejadah inilah yang dikatakan kononnya telah digunakan oleh Wan Zack
Adooiii, kitorang bukannya minat sangat pun kat Wan Zack nie..  Tetapi entah kenapa, insiden tu membuatkan kitorang jadi macam minat pulak kat dia.. Hoho.. Mungkin sebab sikap dia yang humble dan sopan santun tu kot.. Bukan minat pun, tapi respect..

Time dia naik stage untuk program santai bersama Ustaz Azhar Idrus, lagi la terserlah sikap sopan santun dan pemalu dia tu. Siyes, harap muka je macho tapi pemalu bukan main. Suara nak tak nak je keluar. Pastu, sepatah ustaz tanya sepatah dia jawab.

Tapi yang boleh aku katakan. Memang itulah diri dia. Aku rasa dia tak berlakon pun. Memang jujur apa yang dia perlihatkan di hadapan semua orang tu. Aku respect giler. Tak macam sesetengah artis dan pemain bola yang baru nak pemes tapi berlagak bukan main...

Boleh nampak kot muka nervous dan takut dia masa kat stage... Hahah
Wokey, the next entry aku cerita pulak pasal insiden kat Masjid Negeri pulak. K bay.. 

Related Posts with Thumbnails