Others

Meh le follow...

Monday, December 29, 2014

Dunia yang semakin macam-macam

Pelbagai perkara pelik melanda dunia sejak akhir-akhir ni. Dan ia turut dirasai di negara kita yang tercinta. 

Satu demi satu berita kehilangan pesawat dan pesawat terhempas kita dengari setiap hari. Yang misteri terus kekal misteri. MH 370 misalnya. Terbaru berita pesawat Air Asia yang terhempas. Allah, apa yang berlaku ini pasti ada di dalam rencana-Mu.

Banjir yang kian menjadi-jadi. Merebak dari satu negeri ke satu negeri.  Ujian atau rahmat? Ujian pastinya dan tentu sahaja ada rahmat yang antara kita sedar atau tidak.

Kewujudan pelbagai penyakit pelik. Wabak ebola, SARS satu ketika dulu. Selsema burung dan macam-macam lagi yang tak pernah terjangkau oleh dunia perubatan.

Pembunuhan dan kezaliman yang semakin menjadi-jadi. Di Syria, Mesir, Pakistan dan lain-lain. IS yang semakin mengganas.

Apakah dunia semakin tak selamat? Apakah dunia dah semakin tenat? Ataukah manusia yang semakin jauh daripada Tuhannya menjadi penyebab kepada semua yang berlaku ini.

Atau ini sebenarnya adalah petanda bahawa dunia dah semakin hampir dengan kiamat???

Kita terus lalai. Terus leka. Tak pernah nak mengambil iktibar daripada setiap yang berlaku ini.


Sunday, December 28, 2014

Sepi

Sepi, sepi, sepi dan menyepi.. Tapi orang kata sepi itu indah.. :)

Friday, November 21, 2014

Kita bukan siapa-siapa

Kadang-kadang apa yang kita nak tu lambat sangat kita dapat. Dan selalunya tak dapat.

Kita bukan Nobita yang boleh minta apa-apa sahaja dekat Doraemon. 
Kita bukan pari-pari yang ada tongkat sakti yang boleh makbulkan apa sahaja yang kita nak. 
Dan kita bukan tukang sihir yang boleh menyihir apa sahaja mengikut nafsu dan keinginan kita. 

Kita...

Kita cuma manusia biasa. Yang lemah. Yang hina. Yang tak punya apa-apa. Yang hanya bergantung pada Dia. 

Dia Pencipta Kita. Dia yang memakbulkan hajat kita. Dia pemilik segala-galanya.

Apa yang kita nak tu tak semestinya terbaik untuk kita. Dia lebih tahu dan Dia mengurniakan apa yang terbaik untuk kita. Yakin dan redha. Sesungguhnya Dia amat menyayangi kita...


Friday, October 31, 2014

Ke mana menghilangnya durian crape?


La ni dah susah nak jumpa durian crape.. Kalau musim durian pun, benda ni dah tak jadi fenomena macam waktu dia mula-mula start famous dulu... Dah susah nak jumpa orang jual benda ni merata-rata.

Friday, October 10, 2014

Antara faham dan tak faham

Hari tu ada seorang Cina cakap dekat aku macam ni..

"Islam tu agama yang terbaik. Saya tak tipu. Orang Islam yang buat jahat tu sebab dia tak ikut ajaran Islam betul-betul."

Timbul kekaguman dalam hati aku terhadap lelaki Cina tu. Dan perasaan bangga sebagai orang Islam. Orang bukan Islam pun boleh nampak yang Islam ni agama yang terbaik. Lepas tu dia sambung lagi..

"Buat apa nak takut dengan hudud kalau kita tak buat salah? Orang tuttt takut laksanakan hudud sebab diorang buat salah. Kalau hudud dilaksanakan mestilah diorang akan kena."

Lagi bertambah kekaguman aku pada beliau. See!!! Orang bukan Islam pun lebih faham hukum Islam berbanding orang Islam sendiri. Dia sambung lagi..

"Syiah ni merbahaya. Diorang sesat. Bahaya jika dibiarkan. Sanggup bunuh orang bla bla bla bla..."

Pergghh.. Level kekaguman aku dah menaik ke tahap maksima. Respek sugguh aku dengan beliau yang faham dan tahu semua isu berkaitan Islam. Dia boleh kupas isu Syiah tu dengan mendalam. Kalau tanya orang Islam sendiri pun aku rasa tak semua yang tahu dan nak ambil tahu pasal isu Syiah ni.  Dan dia sambung lagi..

"TV tuttt tu penipu. Isu Israel serang Palestin heboh diorang siarkan dalam tv. Tapi isu Syiah bunuh rakyat sendiri tak de pun diorang nak heboh sangat-sangat macam isu Israel. Syiah tu lagi bahaya daripada Israel. Israel ni kalau orang tak kacau dia, dia takkan suka-suka nak kacau orang.."

Errkkk.. Aku telan air liur. Level kekaguman merudum jatuh serta-merta. Syak wasangka mula menghuni hati ini. Ya Allah, di sebalik apa yang dia faham, mungkin ada beberapa perkara yang dia tak faham. Kau berilah hidayah dan petunjuk kepada Dia ya Allah. Aku hanya mampu berdoa.

Gambar sekadar hiasan
Aku kata:
Islam tu bukan sekadar agama pada IC. Malu jadi orang Islam kalau rukun iman dan rukun Islam pun terkebil-kebil nak menjawab.

Tuesday, September 30, 2014

Temuduga SPA yang pergghhh...

Kalau tengok statistik ni memang boleh terkedu jugak.. Memang susah nak lepas interview kerja kerajaan ni. Tapi aku tetap percaya rezeki tu di tangan Tuhan. Kalau lepas masuk pun bukan sebab seseorang tu hebat. Tapi sebab rezeki tu dah memang tertulis untuk dia. Hakikatnya, Allah tu lagi hebat.

Thursday, September 25, 2014

Secret recipe vs secret to heaven


Sepinggan harga RM 18.50. Hanya mampu senyum. Sekali-sekala apa salahnya.. 

Tapi alangkah baiknya kalau duit sebanyak itu disedekahkan atau dibelikan makanan untuk fakir miskin. 

Tanya balik pada diri.. Mana mau? Resepi rahsia (secret recipe) atau rahsia ke syurga (sedekah)? :)

Aku kata:
Manusia memang tak kisah bazirkan duit untuk makanan tapi amat kisah 'bazirkan' duit untuk bersedekah.

Wednesday, September 17, 2014

Subuh vs tidur


Solat Subuh ni menjadi tanda di tahap mana level keimanan kita kepada Allah. Ada orang yang rajin solat berjemaah tapi bila tiba time solat Subuh, fail.. Bab berjemaah dalam solat ni kira kategori orang yang hebat la dalam ibadahnya.

Untuk kita yang tak mampu nak bersolat Subuh jemaah, cukuplah jika kita tak tinggalkan solat Subuh tu. Solat dalam bilik pun takpe. Sebab bila kita dah meninggalkan solat Subuh, maka hilanglah keberkatan pada hari tersebut.

Terlajak tidur tu dah jadi benda biasa bagi manusia kategori lalai dan iman lemah macam kita ni. Tapi sebaiknya kalau dah terjaga tu hatta pukul 12.00 tengahari sekalipun, teruslah qada’ solat Subuh tersebut. Lantaklah orang nak panggil subuh gajah ke, subuh dinasour ke.. Kena ingat yang kita masih lagi berhutang dengan Tuhan. Makanya selambat mana sekalipun, hutang tu wajib juga kita lunaskan.

Dunia bukan tempat untuk bersenang-senang. Kita hamba. Maka sebagai hamba, kena ikut segala suruhan-Nya. 
Aku kata:
"Kalau kita boleh bangun awal pagi atas urusan dunia, takkan tak boleh bangun untuk urusan akhirat!!!"

Friday, August 29, 2014

Tak teringin ke nak ada awek?

Aku sering ditanya dengan soalan macam ni..
"Kau tak teringin ke nak ada awek?"

Gila tak teringin! Orang gila tu kalau dia tak gila pun mesti dia teringin nak ada awek..

Lepas tu ada pulak yang cakap macam ni..
"Muka handsome macam kau pun tak ada awek ke?"

Terkedu sekejap. Handsome ke aku ni? Tetiba perasan sendiri..

Ada jugak yang cakap..
"Bila nak kahwin? Umur dah 24 tahun.."

Aku balas balik..
"Fahrin Ahmad yang hot tu umur dah 30 lebih, relex je tak kawin lagi. Si Hans Isaac yang dah nak dekat 40 tahun tu pun sama tak kahwin lagi. Anuar Zain lagilah umur dah 40 lebih still tak kahwin lagi."

Jadinya pelik sangat ke aku yang baru 24 tahun dan handsome bak kata mereka still tak ada awek dan still tak kahwin-kahwin lagi????

Pfftttt...

Mentaliti pemikiran bebudak zaman sekarang. Awek/pakwe tu dah dianggap benda yang wajib dalam hidup. Kalau tak ada awek kau boleh dianggap seperti makhluk asing bermata satu...


Aku kata:
Patutnya risaukan dulu cinta dengan Tuhan yang tak settle-settle lagi daripada sibuk nak kejar cinta manusia."

Friday, August 22, 2014

Hidup yang indah

Terkadang rasa hidup tak bermakna. Kehidupan yang bosan? Mungkin.. Tapi bukan ke kehidupan itu kita yang mencorakkannya? Atau sekadar bergantung kepada takdir. Menunggu suratan yang dah ditulis oleh Tuhan untuk kita. Jika indah, indahlah ceritanya. Jika suram, dukalah ceritanya..

Hidup yang indah.. Apa yang membuatkan kehidupan menjadi begitu indah? Kawan-kawan? Keluarga? Harta? Pangkat? Cinta? Atau apa?

Sendiri yang bertanya. Sendiri yang mencari jawapan. Aku ingin mengajak diriku, kau, kau dan kau untuk sama-sama memikirkan jawapannya...



Thursday, July 17, 2014

Ziana Zain pun dah bertudung. Anda bila lagi???

Semenjak dua menjak ini entry Gempar.. Ziana Zain hantar anak ke sekolah agama tetiba pulak menjadi entry paling pemes dalam blog aku ni. Ini mungkin gara-gara berita hot panas meletup akak Ziana kita dah bertudung litup sekarang ni.

See!!! Tak sangka apa yang aku cakap dalam entry yang dulu tu menjadi kenyataan. Siapa tahu anak sulung kak Ziana tu menjadi pendorong kepada emaknya tu untuk bertudung.

Hidayah tu milik Allah. Kalau dia nak bagi tak kira siapa. Sama-samalah kita mendoakan agar kak Ziana kekal bertudung sampai bila-bila dan semoga ramai lagi artis-artis dekat Malaysia ni yang akan berhijrah seperti beliau.

Cuma aku nak tergelak baca komen salah seorang pembaca di sebuah blog. Katanya dia risau kalau-kalau golongan adik-adik dan fondan-fondan di luar sana yang terlalu obses pada kak Ziana akan turut bertudung gara-gara penangan hijrah beliau. Mati lerrr noks!!! Itu hijrah songsang namanya.. kikiki…


Aku kata:
“Hidayah tu sebenarnya dah lama datang kepada kita. Kuncinya adalah pada diri kita sendiri sama ada nak atau tidak menerima hidayah tersebut.”

Thursday, July 10, 2014

Senyum aje.. :)

Hidupku biasa-biasa sahaja. Tak ada apa yang perlu dicerita. Tiada pelangi indah. Tiada kanvas ceria. Tiada sketsa bahagia.

Meniti hari-hari yang suram dan kelam. Aku sudah biasa. Selesa dengan kepompong sendiri? Mungkin.

Namun, diri tetap berharap. Moga ada bahagia di hari mendatang.


Thursday, June 26, 2014

Ahlan wasahlan ya Ramadhan...

Alhamdulillah.. Bertemu juga kita dengan Ramadhan yang dirindui. Ramadhan kali ni terasa lebih hebat lagi cabarannya untuk aku beramal ibadat dan memanfaatkan peluang yang diberikan Allah ini. Moga diberikan kekuatan untuk sentiasa istiqamah dalam beribadat pada bulan ini.. Ahlan wasahlan ya Ramadhan..



Sunday, June 22, 2014

Hakikat bahagia

Hakikat bahagia tu sebenarnya datang daripada mana?
Daripada wang ringgit ke?
Daripada pangkat dan darjat ke?
Ke daripada cinta?

Tanpa kerja gaji ribu raban pun boleh bahagia apa.
Walau tak ada kekasih pun manusia boleh bahagia apa..
Sebab bukan ke sumber kebahagiaan tu datangnya dari Tuhan?

Hakikat bahagia tu sebenarnya datang daripada Dia..
Hidup dengan berTuhan, maka bahagialah..
Hidup dengan membelakangkan Tuhan, maka deritalah...


Thursday, June 19, 2014

Zaman sekolah rendah

Tempat bermain lagikan dikenang. Inikan pula tempat belajar. Rindu zaman kecik-kecik dulu. Dari rumah jalan kaki pergi sekolah.. Sekolah depan rumah je pun..

Sejak habis darjah 6, dah tak pernah jejak lagi dah sekolah ni..
Comel tak saya..? Darjah 3 waktu nie.. Lihatlah kasut ku yang berlobang itu. Time ni tak kisah langsung pasal saham jatuh depan awek-awek ke.. Sempoi je bawak pakai gi sekolah. Hahaha..

Tuesday, May 27, 2014

Handsome ketika tua


Sekarang umur aku dah 24.. Lagi 20 tahun umur aku jadi 44.. Ensem tak? Ensem tak? Haha... Tapi apsal aku rasa gambau ni cam umur 50 je? Cissss...

Monday, May 26, 2014

Bahagia tanpa makwe

Kenapa bila aku cakap aku takde makwe ramai orang yang tak percaya? Wajib eh kena ada makwe? Apa aku ni ensem sangat ke sampai tak boleh kalau tak ada makwe? hohoho..

Aku ada rupa makhluk asing ke bila aku takde makwe? Apa kepala boleh keluar tanduk ke bila takde makwe?

Mentaliti budak-budak muda zaman sekarang. Kalau takde kekasih tu dah macam serupa orang takde kehidupan.. Come la.. Boleh je nak bahagia kalau takde makwe atau pakwe. Bukannya kekasih kau tu yang boleh jamin kau masuk syurga. Bukannya kekasih kau tu yang bagi kau bahagia. Hakikatnya bahagia tu datang daripada Tuhan. Apa guna bahagia dengan kekasih kalau kau tak pernah rasa bahagia dengan Tuhan. Tak ke?

Hati rasa resah semacam kalau takde kekasih. Rasa hidup macam tak lengkap. Relakslah... Ada jodoh insyaallah adalah tu teman hidup kau. Kalau ada kekasih pun kau ingat selamat ke daripada dosa dan maksiat semua tu? Keluar dating pegang-pegang tangan tu ingat tak dosa ke?

Errkkk.. terlebih suda.. Maap andai yang terasa. Aku cuma nak bagi tau. Aku pun boleh bahagia tanpa makwe. Just waiting for my future wife.. Insyaallah.. Amin..


Monday, May 19, 2014

Lelaki sejati

Lelaki sejati adalah lelaki yang hidup dengan berpaksikan agama.. Tidak malu dan segan mengamalkan suruhan Tuhan tak kira di mana jua...

Tuesday, April 29, 2014

syukur

sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada

Saturday, April 26, 2014

Cita-cita dan air mata...

Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga,melainkan adakalanya disirami dengan air mata dan juga darah. 

Friday, April 25, 2014

Harta dan pahala

Hidup bukan sekadar jadi tempat kumpul harta. Tapi sebenarnya ia medan untuk kita kumpul pahala.

Saturday, March 29, 2014

Tragedi MH370, suatu tanda bukti kekuasaan-Nya

Kehilangan pesawat MH370 menggemparkan dunia. Malaysia tiba-tiba sahaja menjadi terkenal di seluruh dunia.

Perkara ini boleh dilihat sebagai satu cara Allah memperlihatkan kekuasaan-Nya. Bila Dia kata jadi, maka jadilah perkara tersebut tanpa dapat dihalang oleh manusia.

Misteri terus kekal misteri. Sains terus cuba merungkai misteri ini. Segala bentuk teknologi dan kepakaran manusia dikerah untuk cuba menjejaki pesawat ini dan seterusnya merungkai akan apa yang sebenarnya terjadi.

Namun, selagi Allah tidak mengizinkan maka ia tetap tidak akan berjaya. Si kafir akan terus bergantung harap pada teknologi dan sains semata. Orang yang beriman akan terus berdoa mengharapkan petunjuk daripada Tuhan Pencipta. Penganut agama lain turut berdoa mengikut cara mereka.

Maha Suci Allah. Yakinlah bahawa pasti ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan pada manusia mengenai kejadian ini. Buka mata buka hati. Setiap yang berlaku itu bersebab dan ada hikmah yang tersembunyi.

Manusia, kembalilah kepada Tuhan. Dia yang Maha Berkuasa. Dia yang Maha Mengetahui. Hanya Dia yang tahu dan boleh memberikan jawapan kepada misteri kehilangan MH370 ini.


Friday, March 28, 2014

Otak blank

Untuk entri kali ni dah banyak kali aku tulis dan padam.. Tulis padam.. Idea menulis dah ada tapi tergantung di tengah cerita.. Otak macam blank tak tau nak menyudahkan cerita.. Baru tulis beberapa ayat dah blank. So, terimalah entri pendek ikhlas dari ku ini.. Hoho.. Nangis ;(


Friday, March 21, 2014

Coretan rasa hati

Hari-hari sepi tanpa warna..
Tanpa pelangi indah..
Tanpa kanvas ceria..
Tanpa gula..
Tanpa rasa..

Aku masih di sini..
Meniti masa..
Menunggu takdir..
Untuk diri..

Kemana arah tuju..
Kemana destinasi yang pasti..
Masih menjadi persoalan sukma ..

Apapun, aku bersyukur..
Sabar dan redha dengan takdir..
Kerna Tuhan Maha Mengetahui..
Apa yang terbaik untuk diri..


Sunday, February 23, 2014

Keinsafan Dalam Gerabak Kereta Api

Salam. Aku just nak share satu kisah ni. Benda ni dah lama aku simpan. Sangat-sangat menyentuh hati, jiwa, dan raga aku. Bacalah dengan penuh ikhlas, tawadhuk, pasrah, dan yang sewaktu dengannya...



Aku kata:
"Tak semua orang Islam tu faham Islam. Terkadang orang bukan Islam lebih memahami Islam daripada kita yang dah sedia Islam."

Saturday, February 22, 2014

Buat duit dengan blog

Dalam hidup ni benda yang sering difikirkan manusia adalah duit. Tak hairanlah kalau ada yang sanggup mencuri, merompak, mengsonglap, merasuah semata-mata nak mendapatkan makhluk bernama duit tu. Ada yang sanggup bekerja siang malam semata-mata nak mengumpul duit.

Duit tu kadang-kadang dibuat alat untuk mencapai apa yang dihajati.

Dekat facebook sekarang ni pun duk kecoh pasal BRIM yang dah mula dikeluarkan. Aku ada la daftar online untuk mohon BRIM hari tu. Tak tahu la dapat ke tidak.

Aku teringin nak dapat duit berkepul-kepul tanpa perlu bekerja. Bangun-bangun tidur je duit dah ada bawah bantal.

Apa sebenarnya yang aku nak tulis nih? Sungguhlah skill menulis aku dah tumpul. Arggghhhh..

Nangis tengok duit banyak-banyak cam ni.. :(
Aku kata:
“Ramai yang suka jadi hamba duit. Tapi tak ramai yang nak jadi hamba Tuhan.”

Monday, February 10, 2014

Tulis tanpa arah..

Jemari ingin menaip kata. Namun minda tak memberikan idea. Justeru, sepuluh jari bergerak tanpa arah.. Membentuk baris kata yang tak diketahui ke mana sudah. 

Akal, jika lama tak diguna akan tumpul. Ilmu jika lama tak diguna akan luput. Rumah jika lama tak diduduki akan reput. 

Oh, aku dah semakin mengarut. Teringin nak kembali ke waktu dulu-dulu. Di kala idea menulis entri mencurah-curah ke ladang gandum. Dum dum dum..

Ini adalah ladang gandum.. Tau???

Aku kata:
"Akal, jika lama tak diguna akan tumpul. Ilmu jika lama tak diguna akan luput."

Friday, January 31, 2014

Saya lahir tahun kuda tapi saya bukan kuda.

Selamat tahun baru Cina..

Wa bukan Cina. Tapi wa juga ingin meraikan tahun baru Cina ini. Wa lahir tahun kuda. So, ini tahun wa..

Aku rasa la bangsa Cina adalah satu-satunya bangsa yang mempunyai perayaan khusus untuk bangsa mereka. Kau pernah dengar tahun baru Melayu? Tahun baru India? Tahun baru Bangla? Tak pernah kan..

Perkara yang membuatkan tahun baru Cina ni unik adalah ia tak melibatkan agama. Jadi, tak ada masalah untuk bangsa-bangsa lain tumpang sekaki meraikannya..

Aku kata:
"Bangga dengan bangsa sendiri tu tak salah. Tapi kalau taksub dengan bangsa sendiri sehingga meletakkan ia lebih tinggi atau setaraf dengan agama tu yang salah."

Tuesday, January 28, 2014

Buat pahala dengan blog

Salam...

Berblog ni perlukan keikhlasan. Kalau tak ikhlas maka jadilah blog bersawang, usang tunggu masa je nak runtuh kalaulah blog itu merupakan sebuah rumah kayu pusaka tinggalan nenek moyang.

Ikhlas tu biasanya orang akan kaitkan dengan pahala. Tapi dalam konteks berblogging ni ada ke pahala?

Pada aku la, pahala tu bukan setakat terhad pada ruang lingkup ibadah yang asas je macam solat dan puasa. Apapun yang kita buat asalkan matlamatnya kerana Allah dan untuk bagi manfaat kepada orang ramai makanya benda tu akan membuahkan pahala. Tak gitu?

Sebabnya seluruh kehidupan kita ni adalah ibadah. Blog jugak boleh kita jadikan medium ibadah dengan cara menulis sesuatu yang memberi manfaat dan boleh mengajak manusia untuk dekat dengan Tuhan. Kan???

Tapi kalau merapu meraban tulis kisah cinta takpun update gosip artis dalam blog ada ke pahala? Errr..

Aku kata:
"Pahala takkan datang bergolek. Kita perlu berkorban untuk mendapatkannya."

Sunday, January 26, 2014

Salam tahun baru 2014

Tak terlewat lagi rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru 2014 buat teman-teman pembaca blog yang sepi dan usang ini. Tahun baru patutnya buatkan hidup kita makin cemerlang, gemilang dan terbilang. Tak gitu? 

Erm, yang sebenarnya laptop aku tengah rosak sekarang ni. So, untuk merealisasikan misi entri 3 kali sebulan, maka aku gagahkan jua jari-jemari ni menaip entri ni menggunakan handset. 

Okey, aku dah kekebasan jari. See you in the next entri. Bay..

Aku kata:
"Bertambahnya tahun bermakna semakin berkuranglah tempoh hidup kita di dunia."
Related Posts with Thumbnails