Others

Meh le follow...

Thursday, January 17, 2013

Gempar.. Ziana Zain hantar anak ke sekolah agama


Balik cuti baru-baru ni, kecoh satu kampung aku tentang anak Ziana Zain masuk sekolah. Masuk sekolah??? Pelik sangat ke??? Adik aku sibuk bercerita, jiran sebelah umah pun sibuk bercerita bahkan orang-orang kampung pun sibuk bercerita... Kucing-kucing jalanan di kampung aku pun sibuk bergosip sesama mereka.

Pelik tak pelik sangatlah. Orang kampung aku bangga gila kot sebab Ziana Zain hantar anak sulung dia ke sekolah asrama kat kampung aku. Tapi apa yang special sangat tu sampai jadi buah mulut orang ramai??? 

Kisahnya sekolah yang anak kak Ziana kita masuk tu ialah sekolah agama. Lebih tepat lagi Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Batu 1, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Woww, artis hantar anak masuk sekolah agama tu. Alhamdulillah, fitrah ibu-ibu nak anak mereka jadi anak yang soleh.

Inilah sekolah yang tiba-tiba menjadi famous gara-gara Ziana Zain menghantar anaknya mendaftar di situ. 
Tapi yang kelakarnya, time Ziana Zain, eh aku tak nak panggil Ziana Zain lah sebab umur beliau lebih kurang sebaya je dengan mak aku. Agak kurang sopan di situ. Hoho. So, aku nak panggil mak cik Ziana. What??? Tak glamour??? Ok aku panggil aunty Ziana.

Berbalik pada cerita, masa aunty Ziana datang nak daftarkan anak dia, kecoh satu sekolah. Katanya aunty Ziana bertudung litup dan berjubah. Tapi dah namanya pun artis. Confirmlah orang perasan. Warden-warden asrama pun sibuk nak bergambar. Hoho..

Dan yang paling pelik tu, heboh satu kampung. Dengarnya aunty Ziana ada singgah satu kedai ni beli barang. Tak tau la kedai makan ke kedai apa. Mungkin kantoi disitu lah kot. Itu yang jadi kecoh. Maklumlah mulut orang-orang kampung. Lagi-lagi kalau terserempak dengan mak joyah, mak enon & kak gayah. Memang jadi berita sensasi la..

Siapa tahu anak Ziana tersebut yang kalau tak silap aku Aiman nama dia akan menjadi penyebab kepada penghijrahan ibunya ke arah menjadi muslimah yang lebih baik kan.. Siapa tahu.. Sama-samalah kita doakan.. Love you aunty Ziana.. Huahuahua... 

Family aunty Ziana. Budak lelaki yang ke-2 dari kiri tu lah Aiman kot. Macam biasa, gambar tak  menutup aurat terpaksa dicensored...

Haishhh.. Memang payah betul nak cari gambar aunty ni yang pakai tudung. Yang ni je la yang mampu aku dapat. Meletop kau jahhhh... Sama-samalah kita doakan agar beliau terbuka hati untuk bertudung suatu hari nanti.. 

13 comments:

  1. Insyaallah satu hari nanti....hehe menarik perkongsian ni hehe :)

    ReplyDelete
  2. hamboi... famous gtu sek kat Sabak Bernam..
    heee.. smoge imej bertudung tu dpt dikekalkan.. insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. warga Sabak bernam sgt berbangga & terharu.. haha.. sama2 kita doakan

      Delete
  3. Eh, baru nak bergambar dengan Aunty Ziana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergambar dgn saya la.. anak angkat aunty Ziana.. haha

      Delete
    2. Anak angkat aunty Ziana buat apa... tak pemes la...

      Hehehe... jangan marah ye...

      Delete
  4. retis glamor ko...kak gayah ingat lagi kening terangkat masa nyanyi lagu madah berhelah tau. tu pasal akak hover excited tau hihihihi

    ReplyDelete
  5. dah lama tak singgah sini..makin terbaik en reza..hahah

    ReplyDelete
  6. haha..kelaka la post ni..reza mesti org jawa kan..ke banjar?

    ReplyDelete
  7. Dah lama xtulis citer artis berhijrah neh....��

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails