Assalamualaikum.. Tetiba aku rasa nak buat novel bersiri dekat blog ni pasal aku dah tak tahu nak merapu merepak apa dah tanpa arah tujuan yang pasti dekat blog ni. Balik-balik cite pasal kekecewaan sebab blog tak update lah, kekeringan idea lah, kesibukan sepanjang masa lah. Cisss, aku sendiri dah mula bosan dengan apa yang aku tulis.. Huhu.. Maka dengan ini, aku mempersembahkan sebuah hikayat yang diberi nama..
AKU, AWEK LIPAS KUDUNG & SI PENGACAU
Terimalah episod pertama...
BAB 1
GAYA LANGKAHNYA yang ala-ala tomboy namun masih mengekalkan ciri-ciri kewanitaan
sempurna begitu memukau pada pandangan mata. Manis wajahnya dengan kulit sawo
matang menyerlahkan ciri-ciri wanita Melayu sejati. Ketegasan dan sedikit
kegarangannya menyerlahkan lagi imej gadis berprinsip yang pandai menjaga
maruah diri dan tidak mudah didekati oleh mana-mana lelaki. Oh, aku sudah jatuh
cinta!
“Woi, mengusha awek tak beragak!”
Jerkahan seorang malaun di belakang benar-benar
mendatangkan kemarahan. Aidil pantas berpaling sambil mempamerkan wajah Firaun
yang sedang menjatuhkan hukuman bunuh. “Lu, memang kacau la! Aku tengah usha baik
ni.”
Amran terkekeh-kekeh ketawa. Entah apalah yang
menggelikan sangat hatinya itu. Mungkin pada memek muka yang dipamerkan Aidil.
Atau mungkin ketika itu dia sengaja terasa ingin ketawa semahu-mahunya. “Oh,
kau usha minah lipas kudung tu ke?”
“Apasal kau panggil dia lipas kudung? Dia ada bela
lipas ke?” Matanya berlari mencari kelibat awek tadi namun malangnya awek tu
dahpun hilang daripada pandangan. Entah berlalu ke arah mana.
Sekali lagi Amran meledakkan tawanya. Entah spesis
jenis apalah manusia bernama Amran ni. Cakap sikit, ketawa. Cakap sikit,
ketawa. Ketawa je semedang.
Adakalanya lebih banyak ketawa daripada bercakap. Kadang-kadang boleh hilang
sabar jugaklah berkawan dengan si Amran ni. Si Aidil di hadapan dah mula
mengetap gigi menahan sabar. “Dia kan ratu pecut dekat sekolah ni. Itu pasal
orang panggil dia awek lipas kudus. Pastu, buat kerja semua nak laju je. Jalan pun nak laju je. Kah, kah!”
“Oooo,” Aidil diam seketika. Seakan memikir. “Wei, kau tolong aku boleh tak?”
“Tolong apa?” Amran tak lagi ketawa. Wajahnya
bertukar serius seolah-olah kini sedang berhadapan dengan sesuatu yang amat
penting. Mungkin berkait dengan hal-ehwal negara atau berkait dengan urusan
antara hidup dengan mati.
“Tolong aku tackle awek lipas
kudung tu.”
“Kah, kah, kah…..” Dan tabiat hakiki Amran sekali
lagi bermula. Hanya dapat bertahan selama beberapa saat sahaja.
“%$*$^#$#@ lah. Kalau kau ketawa lagi, aku bagi penampor laju-laju dekat muka kau!”
Aidil berwajah Hitler pula bagi menunjukkan yang dia tak main-main.
Serta-merta ketawa si Amran brek perlahan-lahan. Mereda namun
masih bersisa. Halus-halus kedengaran di hujung-hujungnya. “Okey, okey bro. Aku
tolong kau. Tapi bukan ke si Liyana tu dah ada boyfriend?” Buat pertama kalinya nama sebenar awek lipas kudung tu
disebut.
“Siapa boyfriend dia?” Aidil dah mula nak buat muka
Hitler kembali.
“Tu, si Azlan tu.” Dahi Amran berkerut sedikit tanda
dia sendiri tak begitu pasti dengan jawapan yang diberi.
“Azlan tu sepupu dia ajelah.” Aidil memberikan
penjelasan. Dia menarik nafas lega kerana nama Azlan yang disebut. Memang dia
dah lama tahu akan hubungan rapat Azlan dengan Liyana. Dan dia pun dah sedia
maklum yang Azlan dengan Liyana tu rapat sebab mereka berdua tu sepupu.
“Tapi sepupu bukan boleh kahwin apa?” Amran cuba
bakar line.
Darah si Aidil menyirap kembali. “Aku akan pastikan
benda tu takkan berlaku.”
Amran mengangguk-angguk. “Kita nak guna cara halus
ke cara kasar ni?”
Aidil merenung tepat ke wajah Amran. “Apa hal lu
punya tanya gaya macam kita nak buat benda jahat je?”
Amran tersengih. “Alah, kita ni memang jahat apa!”
“Yang jahat tu lu. Wa nakal je.” Aidil turut menarik
sengih. “Tak apa, kita guna cara baik dulu.”
“Baik boss!”
Aidil mengangkat kedua-dua keningnya sambil menunjukkan isyarat bagus.
Aidil mengangkat kedua-dua keningnya sambil menunjukkan isyarat bagus.
Dan misi mengorat awek lipas kudung pun bermula.
No comments:
Post a Comment