Others

Meh le follow...

Sunday, August 30, 2015

AKU, AWEK LIPAS KUDUNG & SI PENGACAU: Bab 2

BAB 2
PETANG itu, di tepi padang sekolah duduk tiga orang remaja sedang berbincang tentang isu yang dianggap penting di kalangan remaja namun sering dianggap remeh oleh orang dewasa. Itulah, orang dewasa selalu tak faham dengan jiwa remaja. Mereka anggap remaja ni lekeh, konon baru nak up, bajet dewasalah. Tapi mereka tak nak faham dan tak nak selami jiwa remaja. Tak nak cuba duduk sekali dan bersembang serta memahami masalah-masalah remaja. Tau nak condem je. Kata remaja selalu buat masalahlah. Remaja selalu terlibat dengan gejala sosiallah. Remaja dikaitkan dengan keruntuhan akhlaklah. Remaja itulah. Remaja inilah. Habis, orang dewasa tu baik sangat ke?
Itu adalah sebahagian daripada isi perbincangan ketiga-tiga remaja ini sebelum masuk ke agenda utama perbincangan mereka pada petang itu iaitu macam mana nak tackle awek lipas kudung bernama Liyana. Perbincangan ini adalah untuk memenuhi aspirasi kawan mereka iaitu Aidil dalam misi beliau mencari sedikit kebahagian dalam kehidupan melalui seseorang yang bergelar gadis. Dan gadis yang bertuah mendapat tempat di hatinya itu pula bernama Liyana.
“So, apa idea korang?” Aidil berwajah serius.
Amran dan Saleh diam memikir. Gaya macam seorang pemikir yang hebat. “Liyana tu bukan macam awek-awek lain. Kita kena plan baik punya.” Saleh bersuara.
“Ye lah, tapi apa plannya? Kau orang ada idea tak?” Aidil bertanya lagi.
“Aku rasa elok kau luahkan terus dekat dia. Senang cerita.” Amran memberikan saranan yang dianggap bernas pada fikirannya.
“Nak luahkan terus? Kalau kena reject macam mana?” Aidil tidak begitu yakin dengan idea Amran.
“Kalau kena reject kira bukan rezeki kaulah! Kot-kot rezeki untuk aku ke.” Dia ketawa sejurus berkata-kata.
Tangan Aidil mendarat serta-merta ke kepala Amran. Mendapat kau! Ini bukan masanya nak main-main! Aku tengah serius ni.
“Woi, main kepala! Bapak aku bayar zakatlah!” Tangan Amran pula yang kini mendarat ke kepala Aidil.
Wajah Aidil beriak bengang. Bengang sebengang-bengannya namun dia tak membalas. Tahu itu salahnya sebab memulakan dahulu.
“Woi, dahlah! Main-main kepala pulak! Kang aku balik kang!” Saleh cuba meleraikan. Bersesuaian dengan namanya iaitu ‘Saleh’. Maka dia cuba berbuat sesuatu yang dianggap ‘soleh’. Iaitu meleraikan pergaduhan. Bukankah itu amalan yang terpuji dan mulia?
Sepasang mata milik Aidil dan Amran tertunak tepat ke wajah Saleh.
“Pandang aku apa hal? Dah, dah! Kita teruskan perbincangan kita. Kata kawan! Mana boleh gaduh-gaduh! Okey, okey, dengar aku punya cadangan pulak! Aku cadangkan kau tulis surat dulu dekat dia. Tak pun kau minta sepupu dia, budak Azlan tu sampaikan. Amacam?”
“Aku setuju!” Amran bersuara kuat.
Great idea. Tapi surat tu nak tulis apa?” Aidil bertanya gaya dia sangatlah innocent dalam hal-hal bercinta ni. Walhal sebelum ni dah lima kali dia bertukar awek sejak dari darjah satu lagi.
“Tulislah apa pun yang kau nak tulis! Tapi aku cadangkan kau jangan bagi tahu kau suka dia terus. Kau tulislah nak minta dia tolong ajar Matematik ke, nak kawan ke. Apa ke.” Saleh memberikan penjelasan.
“Lepas tu, surat tu nak bagi macam mana?
“Lah, itu pun nak kena ajar ke! Kau letaklah bawah meja ke, dalam beg ke. Tak pun bagi dekat Azlan suruh pas dekat dia.”
“Bagi dekat Azlan? Aku rasa cadangan tu tak bagus. Aku rasa macam tak sedap hati. Aku rasa dia orang tu macam ada apa-apa walaupun dia orang tu sepupu.” Amran pula bersuara menyatakan pendapatnya.
Aidil diam memikirkan kata-kata Amran. Saleh turut berfikir. Amran pula tersengih-sengih tatkala dilihat kata-katanya dapat mempengaruhi kedua orang temannya itu. Entah mengapa hatinya rasa panas semacam aje bila nama budak Azlan tu disebut.
“Tak apa. Buat masa ni kau tulis dulu surat macam yang aku suruh. Nanti kau letaklah dekat bawah meja dia ke, dalam beg dia ke. Soal Azlan tu nanti kita siasat sama-sama, betul ke tidak dia ada affair dengan si Liyana tu.”
“Okey. Aku setuju. Otak kau memang geliga Saleh!” Aidil menarik senyum lebar.
“Otak Saleh je? Habis, otak aku ni tak geliga!” Amran tayang wajah tak puas hati.
“Otak kau pun geliga jugak! Sikitlah” Aidil merapatkan hujung ibu jari dengan hujung jari telunjuk. Tiga jari lagi digenggam ke dalam. Bagi menunjukkan isyarat sikit.
“Pergghhh…” Amran masih beriak bengang.
Aidil dan Saleh sekadar ketawa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails