Others

Meh le follow...

Tuesday, August 20, 2013

Ku pandang dia, dia pandang aku

Keje rasmi aku tiap-tiap hari adalah duduk di circulation kaunter. Kau orang tahu apa itu circulation??? Aku nak bagi tahu pun serba salah. Sebab kebanyakannya mendefinisikan circulation tu sebagai sirkulasi. Tak percaya, kau pergi la mana-mana library. Tengok kalau dia tak tulis English, tulis Melayu mesti bunyinya sirkulasi. Hampeh...

Okey, lebih senang bahasa mudahnya kira macam kaunter utama la. Dimana urusan peminjaman dan pemulangan buku dijalankan.

Kekadang aku dah rasa cam sebatang pokok dekat situ. Pokok yang rendang sebab aku duduk. Kalau aku berdiri maka jadilah aku pokok yang tinggi. Walaupun aku ni takde lah tinggi manapun. Tapi tinggi tu tak penting, yang penting comel. Heh heh..

Bila takde orang datang, aku memang tak tau nak buat apa. Ada la komputer kat sebelah. Tapi setakat mana la aku tahan nak menghadap benda alah tu. Nak bukak internet pun kena bukak website baik2 je. Ye la, orang duk lalu-lalang. Kang kantoi bukak website tah apa-apa nanti tak pasal-pasal busuk nama aku seantero dunia.

Apa kau orang pikir aku ni teruk sangat ke hah??? Hehhh.. aku baik la....

Bila tak de kerja, aku duk mengusha budak2 poli yang duk lalu lalang depan aku. Ye lah, takkanlah setiap saat mata nak mengadap ke bawah je. Ye dak? Sekali-sekala kena gak la cuci-cuci mata pandang keliling. Mana la tau kot-kot ada awek yang perlukan pertolongan. Mungkin ada yang tengah jatuh dengan buku habis berterabur ke. Atas dasar kemanusian, aku haruslah kena menolong. Tak ke?

Wooo.. Apahal semacam je entry aku ni? Aku ke yang tulis ni?

Ni lah dia tempat aku duk bertapa tiap-tiap hari. 
Nak dijadikan cerita, ada la sekali tu aku terpandang sorang awek ni. Aku bukannya nak pandang dia sangat pun. Waktu tu hari dah petang, memang dah tak ada orang sangat kat dalam library tu. Kebetulan dia lalu depan aku time tu. Aku pun terpandanglah ke dia sebab dah tak de benda lain nak dipandang. Dan sambil berjalan, dia pun pandang aku jugak. So, kami saling pandang memandang dalam beberapa saat. Namun, aku cepat-cepat melarikan pandangan. Maklumlah lelaki pemalu.

Dan entah macam mana, time dia nak melangkah keluar, boleh pulak aku tertoleh ke belakang sebab aku terdengar macam ada bunyi apa entah. Dan time menoleh tu tepat2 je mata aku terpandang ke dia. Dan time tu dia pun kebetulan menoleh ke belakang jugak. Apalagi, pandangan kami pun bertembung lagi.

Kiri tu ruang untuk masuk. Kanan untuk keluar. So, posisi awek tu belah kanan time dia nak keluar.
Demmm... Aku dah rasa malu semacam je time tu. Mesti dia pikir aku ni jenis lelaki mata keranjang yang gatal tahap tak boleh dimaafkan. Serius, aku tak sengaja. Time aku terpandang dia, time tu jugak la dia nak pandang aku.

Okey, ini bukan kes menggatal ke apa, kes tak jaga pandangan ke dan sebagainya. Ini adalah sebuah kes yang tidak disengajakan. Tidaklah aku memandang dia dengan motif suka, syok ke hape disebabkan dia takde la cun mana pun. Haks haks..

Dan semenjak hari tu, aku lebih berhati-hati dalam memandang orang. Kadang-kadang bila orang datang depan pun aku dah tak pandang dah. Takut insiden lama berulang lagi. So, pengajarannya, jagalah pandangan kita. Moga tidak memandang benda-benda yang boleh membawa kepada dosa... Sekian...
Aku kata:
"Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia.."

Monday, August 12, 2013

Nostalgia raya 2013

Salam Aidilfitri Maap Zahir dan Batin..
Taqabballah minna waminkum..
Moga amalan kita sepanjang bulan Ramadan diterima..
Amin...

Setelah sebulan berpuasa, makanya tibalah hari raya..
Rayaku cam biasa saja, anak isteri belum ada lagi.. So, feel tu tak berapa nak ada.. 
Kononnya..
Cuti raya paling pendek, 4 hari saja, dan Isnin dah kena kerja..

Dan dengan ini, dipersembahkan beberapa keping gambar raya..

With my kawan.. Bosan katanya, so hari raya pertama dia dah datang rumah nak beraya. 
With my sepupu-sepapat, tatkala sedang beraya. 
Oh, wajahku sangat bercahaya. Sinaran nur iman mungkin??? Cehhh..
With my mom and adeq2..
Aku kata:
"Kat dunia ni sebenarnya mana ada hari raya. Hari raya yang sebenar adalah di akhirat nanti tatkala kau dah disahkan confirm menjadi penghuni syurga.."

Saturday, August 3, 2013

Praktikal punya cerita

Ada orang tanya aku. Kenapa tak update blog walhal dalam entry sebelum ni poyo kata nak update sehari sekali bahkan berkali-kali. Sebenarnya aku tengah berpraktikal atau bahasa ekslusif sikit orang panggil latihan industri dekat Perpustakaan Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Tak jauh pun dari rumah. Ada la dalam 20 minit. Tapi aku rasa cam jauh jugaklah macam nak ke hujung dunia.

So, kesimpulannya aku busy.. Hohoho.. Busylah sangat.. ;)

Ini dah nak masuk minggu ketiga aku berpraktikal. Baru la dapat merasa berpraktikal dengan sesungguhnya. Kalau tak sebelum ni aku duk melanguk je tak buat apa-apa. Kena pulak diorang bagi aku duduk meja hujung sekali. Aku tengok meja, meja tu tengok aku balik. Meja kosong apa pun tak de. Kalau bagi komputer sebijik siap dengan internet okeylah jugak. Takde lah aku terkebil-kebil kebosanan.

Memang tempat tu takde keje apa sangat pun. Bajet tak banyak, so diorang tak pakai system. Kalau ada system mungkin banyak sikitlah yang aku boleh belajar. So, aku kena bersiap sedia mental dan fizikal untuk menahan tahap kebosanan yang melampau. Kot kalau korang ada idea apa yang boleh aku buat untuk hilangkan bosan maka boleh la share dengan aku.

Nak ngorat awek-awek kat situ? Masalahnya aku ni lelaki pemalu..

Nak membaca buku-buku kat situ? Takut kantoi dengan boss pulak kata aku curik tulang..

Nak makan? Oi sekarang bulan puasa ye..

Tidor? Berani buatlah kalau rasa nak jadi bahan umpatan dekat situ.. Silap-silap kena tendang keluar dari situ..

Baca Quran? Beribadah??? Aku takut orang kata aku bajet alim pulak.. Hohoho..

Jadi apa patut aku buat??????

Fening-fening....

Gambar atas pemandangan kat politeknik tu.. Gambar bawah pulak pemandangan kat dalam library..

Aku kata: 
"Takde istilah bosan sebenarnya dalam hidup ini. Manusia yang bijak akan tahu macam mana nak manfaatkan waktu yang terluang. Tuhan bagi waktu 24 jam sehari kalau tak dimanfaatkan betul-betul, maka sia-sialah.."

Monday, July 8, 2013

Tajdid Hadhari (Da'i TV3 Pendakwah Milenia)

Kau kenal ini orang???



Ya, dialah ikon anak muda masa kini.. Heh heh

Nama beliau Mohamad Tajdid Hadhari b. Romli. Finalis rancangan Da'i Pendakwah Milenia TV3. Baru-baru ni beliau ada datang bagi ceramah Ramadhan kat aku punya kampus. Lawak jugak beliau ni sampai terkekek-kekek hadirin yang hadir ketawa terutamanya gadis-gadis.

Single katanya. Masih study lagi kat UiTM Shah Alam. Apa pasal aku tulis pasal beliau nih???

Why? Why? Why?

Aku pun tak tau. Mungkin sebab aku sempat bergambar kenangan dengan beliau kot. So, alang-alang boleh jadi bahan cerita.


Beliau sangat mesra orangnya. Tak kekok bersembang dengan beliau. Rasa macam dah lama kenal pun ada. Apapun, selamat maju jaya Hadhari. Moga dapat menjadi inspirasi anak muda untuk lebih mencintai agama.

Kebetulan pulak.. Nama penceramah, TAJDID HADHARI.. Nama penganjur, PERSATUAN MAHASISWA HADHARI
Kiri: Bekas finalis Da'i TV3,
Kanan: Bakal juara the next Da'i TV3..
Heh heh..
Aku kata:
"Jadi popular tu bagus kalau kepopularan kau tu boleh bagi manfaat kepada agama dan juga manusia. Tapi niat kena betullah. Kalau setakat nak gila glamor, baik tak payah. Tuhan tak pandang pun.."

Sunday, June 30, 2013

Entry sebulan sekali edisi bulan Jun

Oh oh oh... Eh, hai! Bulan Jun dah nak berakhir.. Lupa pulak nak ngupdate blog.. Entry sebulan sekali haruslah berjalan seperti biasa... 

Aku sedang melalui fasa-fasa terakhir sebagai seoraang student. Sedang menghitung hari menunggu satu-satunya paper untuk sem terakhir ni. 

Lepas tu???? Merdeka beb!!!

Aku dah boleh bersenang-lenang dengan  bahagianya.. Lepas ni dah boleh la merajinkan diri mengupdate blog.. 

Tunggu!!!
Daripada entry sebulan sekali, akan jadi entri sehari berkali-kali.....

K, nak sambung buat assignment, nantikan kemunculanku di bulan Julai nanti.. Come back gitu.. cehhh...!!!!

Aku kata:
"Carilah ruang dan peluang untuk berdakwah. Blog pun boleh jadi salah satu medium dakwah. Orang baca atau tak itu belakang cerita. Yang penting kita dah buat kerja-kerja dakwah. Allah tak pandang hasil tapi Dia pandang usaha.."
Related Posts with Thumbnails