Others

Meh le follow...

Saturday, June 25, 2011

Akak nak air ape???


Dalam tercungap-cungap menahan pedas, adikku yang umurnya baru 6 tahun tetiba muncol. Lalu terjadilah dialog berikut:

Hannan  : Akak, nak air ape? Hannan wat kan..
Aku         : Time kaceh, air milo ea..
Hannan  : Tak bulehh..
Aku         : Air orenn??
Hannan  : Tak leh..
Aku         : Air tehh??
Hannan  : Tak leh jugak..
Aku         : Abes tu, sume tak boleh, air masak jela!
Hannan  : OKE;))..

[beberape minit kemudian]

Hannan  : Nah, susah wat air masak..!
Aku         : Cehh!~ ... (anyway, thankz a lot atas susah payah kamu tu..♥)

****************************

YANG TUA DIHORMATI YANG MUDA DISAYANGI

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Barangsiapa tidak menyayangi anak kecil kami dan tidak mengenal hak orang tua kami maka bukan termasuk golongan kami.”
(HR. Al-Bukhari dalam Al-Adab, lihat Shahih Al-Adab Al-Mufrad no. 271)

Pssstt: Nie bukan cerita adik En. Reza. Ini cerita kawan En. Reza punya adik. Macam best pulak cerita dia ni. So, nak share kat sini. (Thankz to Nur Izzah bt. Mukhtar). Memang kelakar la adik kamu tu.

Thursday, June 23, 2011

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka


Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, ‘Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum’ yang bermaksud, ‘Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.’ Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, “Wahai anak, janganlah kamu takut. Sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.”

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal. Tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti.”

****************************

Jika anak yang masih kecil sudah dapat merasai ketakutan kepada azab api neraka, maka bagaimana agaknya kita yang dah dewasa & punyai akal yang matang untuk berfikir ini.

Ramai orang yang mengakui betapa azabnya api neraka itu, tetapi berapa ramai yang sentiasa ingat akan azab tersebut & berusaha untuk meninggalkan dosa-dosa yang akan menyebabkan kita dicampak kedalamnya...

“Tuhan, aku takut dengan azab-Mu. Tetapi aku tidak mampu melawan hawa nafsuku. Bantulah aku Tuhan. Berilah aku kekuatan untuk taat kepada-Mu serta meninggalkan larangan-Mu.”

Sumber:-

Tuesday, June 21, 2011

Follower ke-200


Waahhh, tahniah-tahniah. Dalam masa tak sampai sebulan je, follower En. Reza dah meningkat dari 100 ke 200. Sebelum ni, blog ni ambil masa setahun setengah untuk mencapai follower ke 100. Alhamdulillah..

Aduss, memang menyampah kan! Setakat 200 apelah sangat. Ben Ashaari ngan Hanis Zalikha tengok pun boleh geleng kepala. Hoho..

Justeru, dengan suka hatinya En. Reza nak promote follower yang bertuah iaitu follower ke 199, 200, 201 & 202.

Follower yang ke-199 ni tak dapat dikesan sebab beliau tak letak link ke blog beliau. Beliau hanya dikenali sebagai MFM aje. 

Hishyamuddin pulak telah menjadi follower yang ke-200 untuk blog En. Reza ni. Blog beliau diberi nama TENTANG-TENTANG. Nama blog beliau memang pelik sikit. Blog ni memang best. Ayat sempoi-sempoi je. Sudi-sudi la jengok blog beliau. 

Follower yang ke-201 pulak ialah tuan kepada belog INI WILAYAH SEPET KUKU. Nama blog ni lagi pelik. Hehe.. bukan pelik, tapi kreatif namanya. Nak tarik pembaca mestilah kena ada idea-idea yang keatif kan. Macam blog ni jugak. Meh le singgah.

Follower untuk angka best 202 pulak ialah Aisah yang merupakan tuan kepada blog MACAM SEDAP. Apa yang macam sedap tu? Singgah la kat blog beliau. Pelbagai rahsia akan terbongkar. Hehe.. singgah ye.. 

Sekianlah sahaja entri untuk blog-blog bertuah kali ini... Jumpa lagi ye.. :-)

Monday, June 20, 2011

5 benda yang kita kena ingat!


Memang payah kita nak menghargai nikmat yang ada depan mata. Bila dah takde, barulah terasa betapa nikmatnya benda yang dah takde tu.

Memetik kata-kata Prof Dr Muhaya, “Manusia selalu fokus pada apa yang hilang.. apa yang takde.. tapi lupa utk bersyukur dengan apa yang ada.. kalau sakit.. fokus pada sakit tu.. tapi lupa nak bersyukur mata still boleh nmpak.. kaki still boleh jalan.. masih tinggal di rumah.. ibu bapa still ada depan mata.. “ (Terima kasih kat Noor Amirah Ahmad yang post kata-kata ni kat wall facebook En. Reza).

Bila kau ade awek, kau tak tahu nak hargai. Tapi bila dah putus, kau frust tertonggeng-tonggeng.

Bila kau sihat, kau tak reti-reti nak sembahyang. Tapi bila sakit, baru la kau nak ingat Tuhan.

Bila ade mak abah, kau lawan & tak reti nak hormat. Tapi bila diorang dah takde, barulah kau menyesal tak sudah.

Kau je ke? Aku pun sama. Sama-sama la kita beringat ye. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara!

"NIKMAT ITU KADANG-KADANG TIDAK DISEDARI, HANYA APABILA IA TELAH HILANG BARULAH KITA BENAR-BENAR TERASA..."

Thursday, June 16, 2011

Angkara Mak Siti

"Krok, krek, krok, krek, ong kedek kedek kedek.."

"Adoi.. bunyi ape pulak tu? Baru je nak lelapkan mata."

Bunyi misteri tu tetiba muncul ketika En. Reza melayan perasaan atas katil menunggu mata ni lelap untuk tidur. Hari dah jauh malam.

"Ini memang sah Mak Siti punya keje la ni. Memang tak syak lagi."

Malas melayan kerenah Mak Siti, akhirnya En. Reza mengambil keputusan untuk melelapkan mata.

****************************

Mak Siti tinggal serumah dengan En. Reza. Kehadiran Mak Siti tidak disenangi kami sekeluarga. Kami terpaksa menerima Mak Siti di rumah ini kerana kami sudah buntu memikirkan jalan untuk mengusirnya. Dia sangat degil.

Malam semalam baru je Mak Siti buat hal. Ade ke patut dia main kejar-kejar dengan kawan dia pukul 1.00 malam pagi lebih. Memang dah melampau perangai Mak Siti. Kami dah tak tau nak buat apa lagi lalu kami pasrah aje dengan perangai dia yang sangat menyakitkan hati tu.

****************************

Esoknya En. Reza memeriksa tempat dimana datangnya bunyi malam tadi. Memang confirm ini keje Mak Siti. Kali ni En. Reza dah tak boleh nak sabar lagi. Mak Siti dah melampau sangat. Dia dah rosakkan beg kesayangan En. Reza. Ade ke patut dia pegi siat-siat beg tu. Cilakak!

Nampak tak koyak bahagian atas beg ni? Beg yang tak berdosa ni telah diperlakukan dengan kejamnya.

Tak cukup dengan tu, dia rosakkan juga almari baju En. Reza. Memang tak berperikemanusiaan langsung. Akibatnya, almari baju tersebut telah mengalami kecederaan serius dibahagian kakinya.

Kaki kiri almari ni telah kudung akibat perbuatan kejam Mak Siti.

Tolong la Mak Siti. Cukup-cukup la tu kau dengan kaum kerabat kau ganggu hidup kami sekeluarga. Kau tu......  

Mak Sitikus je...... Tak payah la nak berlagak lebih-lebih macam kau tu manusia. Sengal!

Moral of the story: Hormatilah sesama makhluk Tuhan. Jangan menganiaya sesama insan.

Tuesday, June 14, 2011

Meh buat magic...


Buka mata bulat-bulat ye lepas tu perhatikan 3 titik hitam dekat tengah-tengah kalimah Allah tu dalam masa 10 saat tanpa berkelip dengan penuh khusyuk & fokus.

Nak kesan yang lagi terbaik punya buatlah dalam masa 20 saat, 1jam atau 24 jam sampai berpinar bijik mata.

Lepas tu alihkan pandangan atau dalam bahasa mudahnya pandanglah ke dinding yang rata berhampiran dengan anda.

Woowww!!! Sesuatu yang menakjubkan akan berlaku.

Subhanallah...!!!

Kalau tak nampak jugak perkara yang menakjubkan tu buatlah sekali lagi atau berkali-kali sampailah nampak. Tak nampak jugak??? Bak kata cikgu bahasa Melayu En. Reza waktu sekolah rendah dulu, “Sila gantung diri kat pokok tauge”


Psstt.. Lihat, hayati, & rasailah kebesaran Allah... Mahasuci Tuhan... Dia adalah segala-galanya...

Sunday, June 12, 2011

Ada apa dengan lawak???


Perkara-perkara lawak boleh membuatkan kita ketawa berdekah-dekah tahap tak ingat dunia. Maka, tidak hairanlah rancangan lawak seperti Senario, Raja Lawak, Maharaja Lawak & yang sewaktu dengannya telah menjadi kegilaan ramai umat manusia di dunia ini.

Bila melihat Nabil melawak, kau ketawa...
Melihat Jozan melawak, kau ketawa...
Melihat Sepah melawak, kau ketawa...
Lalu apakah yang boleh membuatkan engkau menangis?

Ketahuilah, banyak ketawa boleh membuatkan hati gelap & jauh daripada Tuhan. Hati ini perlu selalu menangis mengingatkan Tuhan agar menjadi lembut & mudah menerima kebaikan. Orang kata, berhibur tiada salahnya. Namun, jika asyik berhibur maka ia akan melalaikan. Tidak semua hiburan dibolehkan apatah lagi yang melalaikan.

Bukan untuk menyalahkan pak lawak-pak lawak diluar sana. Tapi, ketahuilah lawak-lawak ini telah banyak melalaikan manusia. Dan, hidup kita seharian pun terus diwarnai dengan lawak-lawak yang membuatkan kita begitu asyik ketawa sehingga kita lupa bahawa kita dilahirkan di dunia bukanlah untuk ketawa, tetapi adalah untuk beribadah kepada-Nya.

*******************************

Nabi s.a.w bersabda: “Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.” (H.R. Ahmad dan Ad-Darimi)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang-orang musyrikin yang ketawa ketika mendengar Al-Quran. Firman Allah swt: “Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat-ayat suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (An-Najm, 53:59-61)

Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (H.R. Ahmad dan Ibu Majah)

Saidina Ali r.a: “Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”

Said bin al-‘As berkata: “Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadapmu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang-orang yang hendak bermesra dan menyebabkan orang-orang yang berdamping denganmu berasa rimas.”

Sekadar pandangan, maaf seandainya ada yang terasa. Sama-samalah kita fikirkan. Wallahua’lam...

Rujukan:-

Thursday, June 9, 2011

Cara terbaru menyebarkan kuman HIV


HIV adalah antara penyakit yang sangat digeruni oleh manusia di seluruh alam bahkan gorila, tenuk, kucing, ikan di laut, monyet dihutan, siput sedut & makhluk asing juga sangat takut dengan penyakit ini.

HIV tidak semestinya berjangkit melalui hubungan seks ehem-ehem sahaja. Banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu terkena jangkitan HIV. Justeru, janganlah kita yang sihat ini memandang hina kepada penghidap HIV kerana HIV boleh dihidap oleh sesiapa sahaja.

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum pernah membacanya. Orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV kepada orang awam. Kes seumpama ini pernah ke udara di dalam Televisyen  Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa atas jenayah penyebaran HIV ini. Tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati.


*******************************

Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih ialah di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut. Ada penagih dadah yang sengaja menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

Satu lagi kawasan pilihan penagih ialah di taman permainan kanak-kanak.Terdapat kes di Australia dimana kanak-kanak yang tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan gelongsor. Kanak-kanak ini kemudiannya didapati HIV positif.

Di panggung wayang, berhati-hatilah dengan kerusi yang anda duduk. Terdapat kes seorang perempuan duduk di kerusi panggung wayang dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dengan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive’'. Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai. 

Di Georgia & Florida, ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling pada mesin air minuman. Jadi pastikan bila anda membeli air, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling. Mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.

Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkannya dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos. Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda. 

*******************************

Orang kata malang tak berbau. Maka, berhati-hatilah. Namun begitu, jangan la pulak kita memandang negatif kepada penghidap HIV. Tidak semua yang begitu. Sayangilah & layanilah pesakit-pesakit HIV seperti insan-insan yang lain. Mereka perlukan semangat dan perhatian daripada kita untuk terus hidup. Anda mampu mengubahnya. Sekian... 

Sumber:-
Dr Yasmin Anum Mohd Yusof
Associate Professor & Head Dept. of Chemical Pathology
School of Medical Sciences
USM, Kubang Kerian, Kelantan , MALAYSIA

Sunday, June 5, 2011

Hargailah kentutmu

Salam...

Entri kali ini agak selebet sikit tapi nak share jugak satu artikel yang kita tak pernah duga. Satu artikel yang akan mengubah persepsi dan membawa perubahan dalam hidup anda. Kentut yang selama ni kita pandang rendah & jijik rupa-rupanya mempunyai faedah yang sangat besar kepada kehidupan kita pada hari ini. Sila baca artikel ini dengan teliti untuk mendapatkan penjelasan yang sebenar tentang apa yang dikatakan oleh En. Reza ini. 

*******************************

WASHINGTON...

Pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut.

“Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit berbahaya seperti sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis sakit jantung dan lain lain. Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu,” kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.

Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya menambah khasiat untuk kesihatan orang lain.

Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut memulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut. Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.

******************************* 

Anda tak mahu percaya artikel ini??? Terpulang! En. Reza pun tak berapa nak percaya jugak sebab artikel ini pun tidak diketahui daripada mana sumber asalnya.

Mungkin ia betul. Namun apa yang pasti, kentut memang dapat menyehatkan tubuh badan kita. Dengan kentut, kita dapat mengeluarkan angin daripada badan. Dengan kentut kita akan mendapat kepuasan, dan dengan kentut juga kita akan dapat menggemparkan keadaan. Hohehohehohe..

Ada kes bayi yang tidak kentut menghadapi masalah kesihatan kerana tidak dapat mengeluarkan angin daripada badan. En. Reza jugak pernah dengar ada orang mati sebab tak kentut.

Sedar tak sedar setiap ciptaan Allah walaupun buruk pada pandangan mata manusia namun ada hikmah yang sangat besar yang kita sendiri tidak terfikir! 

Justeru hargailah setiap ciptaan Allah kerana ia tersembunyi hikmah yang tidak kita ketahui.

SELAMAT  BERKENTUT DAN HARGAILAH KENTUT ANDA! NAMUN, AWASILAH KENTUT ANDA ITU AGAR IA TIDAK TERLEPAS DI TEMPAT YANG TIDAK SEPATUTNYA.


Sumber artikel:-

Thursday, June 2, 2011

Aku kena rotan

En. Reza baring-baring melayan perasaan sambil memerhatikan sepasang cicak di syiling yang sedang asyik memadu asmara. Sambil mengusha si cicak dan aweknye itu, En. Reza me’loading’ kepala otak mengimbau kenangan zaman persekolahan dulu. 

Cettt!!! Tak tau malu...

*****************************

Dulu En. Reza sekolah asrama kat Sepang. Nama sekolah tu ialah Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi. Waktu kat sekolah dulu En. Reza jadi pengawas & exco asrama. Maka kesimpulannya, En. Reza ni dulu ialah seorang pelajar yang skema dan berdisiplin. Huhu. Poyo le pulak kan! Pendek kata, tak pernah la melanggar peraturan sekolah.

Tapi pada satu hari tu, En. Reza telah terlibat dalam kes jenayah disiplin yang tak disengajakan. Pada suatu pagi tu, seperti biasa, En. Reza bersiap-siap la nak ke sekolah. Disebabkan duduk asrama, maka bebudak asrama kena la turun sebelum pkul 7.00 or 7.15 pagi kalau tak silap sebabnya exco yang bertugas akan kunci pagar tangga. So, siapa yang lambat tak dapat la turun dari bangunan asrama tu.

Abis la korang kena kunci... Haha..

Seperti kebiasaanya, En. Reza yang berdisiplin ni tak pernah lewat la untuk turun. Dan hari tu pun En. Reza turun awal gak. Tapi, bila dah turun dari bangunan asrama tu, baru En. Reza terperasan yang En. Reza terlupa pakai tali pinggang. Waktu tu lagi beberapa minit je pagar tangga tu akan dikunci. En. Reza pun cepat-cepat la naik ke dorm En. Reza yang terletak kat tingkat 3 untuk ambik tali pinggang. En. Reza siap pesan lagi kat exco yang jaga grill tu supaya tunggu En. Reza turun dulu baru kunci pagar tu. 

Lepas ambik tali pinggang, En. Reza pun bergegas la turun tapi malangnya grill tu telah pun dikunci. Ciss, selama ni En. Reza yang mengunci orang, tapi pagi tu En. Reza pulak yang terkunci. En. Reza dengan beberapa budak lain pun terperangkap la tak dapat turun. Dan dengarnye pulak, cikgu pengawas@cikgu disiplin buat rush pagi tu nak denda budak-budak yang terkunci. Mati la.. En. Reza dah la pengawas. Malu nyer alahai.

Berani kau pakai tali pinggang macam ni?
 
Beberapa minit lepas tu, cikgu tu pun membuka pagar dan menyuruh kami yang lambat turun tu berbaris. Lalu... “prap..prap..prap.” (lebih kurang macam ni la bunyinya). Kami dibalun sorang-sorang kat peha. Adoii.. En. Reza menerangkan la sebab En. Reza lambat tapi dibuat bodoh je oleh cikgu tu.. 

Waaaa, hari tu memang ‘suwe’ betol la. Budak baik macam En. Reza ni pun kena denda jugak ke? Yang cikgu ni pun satu, hari lain tak nak pulak dia buat rush. Time En. Reza lambat pulak dia nak buat rush. Itupun lambat sebab tertinggal tali pinggang je kot.  

*****************************

Orang kata, “buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”. Orang kata lagi, “malang tak berbau”. Itulah kisahnye apa yang berlaku kat En. Reza. Kenangan yang tak boleh lupa. Adakalanya kita menjadi mangsa keadaan dan terperangkap dalam situasi yang kita tak ingini. Maka mereka pun hidup bahagia selama-lamanya.... Sekian sahaja cerita kita pada kali ini... Meh skodeng gambar-gambar kawasan sekolah & asrama En. Reza dulu...

Yang tengah2 tu asrama putera, hujung sekali asrama puteri, depan sekali bangunan sekolah..

 Bangunan asrama putera. (Snap atas loji air)..

Kawasan asrama putera

Inilah dorm En. Reza waktu Form 5 (tahun 2007). Kenapakah mukaku dipangkah sebegini? huhu...

 Hah, buat ape tu? 

Jangan tengok gambar ni lama-lama ye sebab nanti anda akan terjumpa sesuatu yang pelik.. hehe..
Related Posts with Thumbnails