Perkara-perkara lawak boleh membuatkan kita ketawa berdekah-dekah tahap tak ingat dunia. Maka, tidak hairanlah rancangan lawak seperti Senario, Raja Lawak, Maharaja Lawak & yang sewaktu dengannya telah menjadi kegilaan ramai umat manusia di dunia ini.
Bila melihat Nabil melawak, kau ketawa...
Melihat Jozan melawak, kau ketawa...
Melihat Sepah melawak, kau ketawa...
Lalu apakah yang boleh membuatkan engkau menangis?
Ketahuilah, banyak ketawa boleh membuatkan hati gelap & jauh daripada Tuhan. Hati ini perlu selalu menangis mengingatkan Tuhan agar menjadi lembut & mudah menerima kebaikan. Orang kata, berhibur tiada salahnya. Namun, jika asyik berhibur maka ia akan melalaikan. Tidak semua hiburan dibolehkan apatah lagi yang melalaikan.
Bukan untuk menyalahkan pak lawak-pak lawak diluar sana. Tapi, ketahuilah lawak-lawak ini telah banyak melalaikan manusia. Dan, hidup kita seharian pun terus diwarnai dengan lawak-lawak yang membuatkan kita begitu asyik ketawa sehingga kita lupa bahawa kita dilahirkan di dunia bukanlah untuk ketawa, tetapi adalah untuk beribadah kepada-Nya.
*******************************
Nabi s.a.w bersabda: “Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.” (H.R. Ahmad dan Ad-Darimi)
Sesungguhnya Allah telah mencela orang-orang musyrikin yang ketawa ketika mendengar Al-Quran. Firman Allah swt: “Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat-ayat suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (An-Najm, 53:59-61)
Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (H.R. Ahmad dan Ibu Majah)
Saidina Ali r.a: “Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”
Said bin al-‘As berkata: “Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadapmu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang-orang yang hendak bermesra dan menyebabkan orang-orang yang berdamping denganmu berasa rimas.”
Sekadar pandangan, maaf seandainya ada yang terasa. Sama-samalah kita fikirkan. Wallahua’lam...
Rujukan:-
huhu..terima kasih sebab share
ReplyDeleteRasulullah x pernah ketawa..kalau ada benda kelakar pun dia setakat senyum je.. :)
ReplyDeleteapik pehe:
ReplyDeleteSama2 incik apik.. :-)
Mrs.Yie:
Ya, sama2 la kita mencontohi Rasulullah...