"Krok, krek, krok, krek, ong kedek kedek kedek.."
"Adoi.. bunyi ape pulak tu? Baru je nak lelapkan mata."
Bunyi misteri tu tetiba muncul ketika En. Reza melayan perasaan atas katil menunggu mata ni lelap untuk tidur. Hari dah jauh malam.
"Ini memang sah Mak Siti punya keje la ni. Memang tak syak lagi."
Malas melayan kerenah Mak Siti, akhirnya En. Reza mengambil keputusan untuk melelapkan mata.
****************************
Mak Siti tinggal serumah dengan En. Reza. Kehadiran Mak Siti tidak disenangi kami sekeluarga. Kami terpaksa menerima Mak Siti di rumah ini kerana kami sudah buntu memikirkan jalan untuk mengusirnya. Dia sangat degil.
Malam semalam baru je Mak Siti buat hal. Ade ke patut dia main kejar-kejar dengan kawan dia pukul 1.00 malam pagi lebih. Memang dah melampau perangai Mak Siti. Kami dah tak tau nak buat apa lagi lalu kami pasrah aje dengan perangai dia yang sangat menyakitkan hati tu.
****************************
Esoknya En. Reza memeriksa tempat dimana datangnya bunyi malam tadi. Memang confirm ini keje Mak Siti. Kali ni En. Reza dah tak boleh nak sabar lagi. Mak Siti dah melampau sangat. Dia dah rosakkan beg kesayangan En. Reza. Ade ke patut dia pegi siat-siat beg tu. Cilakak!
Nampak tak koyak bahagian atas beg ni? Beg yang tak berdosa ni telah diperlakukan dengan kejamnya.
Tak cukup dengan tu, dia rosakkan juga almari baju En. Reza. Memang tak berperikemanusiaan langsung. Akibatnya, almari baju tersebut telah mengalami kecederaan serius dibahagian kakinya.
Kaki kiri almari ni telah kudung akibat perbuatan kejam Mak Siti.
Tolong la Mak Siti. Cukup-cukup la tu kau dengan kaum kerabat kau ganggu hidup kami sekeluarga. Kau tu......
Mak Sitikus je...... Tak payah la nak berlagak lebih-lebih macam kau tu manusia. Sengal!
Moral of the story: Hormatilah sesama makhluk Tuhan. Jangan menganiaya sesama insan.
terbaekk!
ReplyDeleteingatkan sape lah td..
tikus?! haha ^^,
comel nyer mak siti nii,haha
ReplyDeletehaha,, lawak plak..
ReplyDeletexpe,, mak siti mmg pembawa masalah ;p
remy...pandai masak ni...
ReplyDeletemak siti..mak siti... mmg nakal mak sitikus tu eah! hihihi...
ReplyDelete