Others

Meh le follow...

Sunday, July 31, 2011

Pesta di bulan Ramadan

Bila tiba bulan Ramadan. Akan ada dua pesta. Satu pesta ibadah, dan satu lagi pesta makanan. Kedua-dua pesta ini dihadiri ramai orang dan kebanyakan umat Islam tidak akan ketinggalan untuk mengambil bahagian.

Pesta ibadah biasanya meriah pada awal-awal Ramadan je. Tak caye meh buat eksperimen. Perhatikan pada malam pertama hingga kesepuluh masjid-masjid penuh dengan orang-orang yang datang untuk solat tarawih termasuklah golongan mak cik-makcik, budak-budak yang belum akil baligh bahkan golongan bapak-bapak yang tak pernah jejak kaki ke masjid pun tiba-tiba akan jadi warak pada bulan nie.

Semangat awal-awal je tu. Tengok la bila dah masuk pertengahan Ramadan. Masjid yang dulunya penuh hanya tinggal beberapa staff saff aje. Lagi-lagi bila tiba malam-malam akhir. Muka-muka yang sama je yang masih setia untuk solat terawih. Yang lain dah syahid awal.

Ini memang jauh berbeza dengan pesta makanan pada bulan Ramadan. Tak kira di masjid atau di rumah penuh dengan makanan. Hotel-hotel lagi la. Dah macam naik hantu menganjurkan pakej berbuka puasa la, pakej sahur la. Ade ke? entah! Time bulan puasa la akan keluar macam-macam makanan pelik-pelik yang selama ni tak pernah dengar. Kuih puteri mandi la, cek mek molek la, itu la, ini la, macam-macam la.

Makanya, kita boleh la pikir-pikir dari sekarang nak join pesta yang mana satu. Dua-dua pun tak rugi. Pesta ibadah akan menghasilkan kenikmatan yang tiada taranya. Nikmat di dunia & nikmat di akhirat. Pesta makanan pun nikmat gak, nikmat terasa hingga menjilat jari. Cuma satu je, pesta makanan nie biasanya akan menjadi racun penghalang untuk kita menghadiri pesta ibadah.

Jadi, fikir-fikirkanlah. Selamat berpesta. Setan je yang tak berpesta. Cuti sebulan katanya. Heh heh...
Peminat MU jangan mareh r.. Hihi.. ;-)

Friday, July 29, 2011

Follower ke-400


Sempena kedatangan Ramadan yang mulia, maka dengan ini mempersembahkan follower blog MEMBURU CINTA HAKIKI YANG ke-400...


Untuk cik Ayu, terimalah award yang tak seberapa ini daripada Encik Reza.




************************
Dan macam biasalah, tidak dilupakan juga kepada follower yang ke-399...




************************
Dan follower yang ke-401...

CIK JAJA CORNER  

WARNA-WARNI KEHIDUPAN, SEDIKIT MOMENT ~ SEDIKIT VALUE ~ DATANGNYA KENANGAN..   

http://blog-cik-jaja.blogspot.com/



Jom ramai-ramai terjah blog mereka...

Tuesday, July 26, 2011

Bingkisan diambang Ramadhan


Aku sudah kering idea. Jadi tak tau nak update apa. Hanya menghitung hari dan ketika. Untuk menyambut Ramadhan yang mulia.

Ramadhan dirindui. Syawal dinanti. Begitulah kitaran hidup ini. Tak sangka akan bertemu lagi Ramadhan untuk tahun ini. Tapi belum pasti lagi sebab masih ada beberapa hari lagi. Allah masih panjangkan umur untuk kita bertemu Ramadhan kali ini. Dia masih memberi ruang untuk kita beribadah dan mengabdikan diri.

Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Moga Ramadhan kali ini lebih terisi dengan ibadah dan pengabdian kepada Tuhan pencipta. Moga ia akan menjadi penghapus dosa dan menjadi titik permulaan untuk menjadi seorang Muslim yang lebih sempurna.

Berikan aku kekuatan wahai Tuhan. Kekuatan untuk aku beribadah dan bermunajat. Aku tidak ingin lagi mensia-siakan kedatangan Ramadhan. Kerana aku tidak pasti akan bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan.

Bantulah aku wahai Tuhanku. Bantulah aku menghayati Ramadhan untuk menuju redha-Mu.

Friday, July 22, 2011

'Segmen cx's : geng UiTM by campus

 

Assalamualaikum semua. Moga berada dalam keadaan sihat-sihat belaka. Mengumumkan dengan rasa bangga dan sukahatinya Encik Reza ingin men’join’kan diri dalam satu segmen yang dianjurkan bertujuan untuk mengumpul penulis-penulis blog dari UiTM.

First time join segmen nih. Sebelum nie tak pernah pun join mana-mana segmen. Ok, sesiapa yang nak join segmen ni dikehendaki menjawab beberapa soalan mudah.

*UiTM campus mana?
- Baru habis study kat UiTM Johor kampus Segamat. Dan bulan 9 ni akan sambung di UiTM Puncak Perdana, Shah Alam.

*Your course there?
- Ambil kos Diploma Pengurusan Maklumat dan bakal meneruskan pengajian untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Maklumat (Pengurusan Perpustakaan Dan Maklumat).

*Part berapa?
- Part 6 diploma semestar lepas. Terus sambung ke Part 3 untuk degree nanti.

*Tag members if you want
-Tak mahu tag sesiapa sebab saya ni pemalu orangnya. Hohehohehohe.

*Link your entry at my comment box
-Ok. Dah link pun.

Abis dah soalan. Segmen yang menarik. Tahniah cx's. Kepada student-student UiTM yang lain. Meh la join sekali. Yang dari universiti lain tu, silalah buat segmen sendiri ye khas untuk universiti korang. Hehe. Jom layan gambar panorama UiTM Johor kat bawah nie.. :-)

Bangunan-bangunan di UiTM Johor. Gambar kiri bawah sekali adalah gambar kolej penginapan Encik Reza iaitu Kolej Taming Sari. Syarat untuk duduk di kolej ni ialah mestilah seorang lelaki yang gagah perkasa seperti Hang Tuah dan hensem seperti Brad Pitt. Hehe.. Hensem ke dia??..


Pemandangan sekitar UiTM Johor. Besar tak? Kami kena jalan kaki nak pergi kuliah sebab takde perkhidmatan bas disediakan untuk ke kuliah. Nasib baiklah dewan-dewan kuliah terletak kat tengah-tengah dan kolej-kolej penginapan mengelilingi bangunan kuliah. Jadi, tak de la terasa jauh sangat..


Gambar yang first adalah gambar air mineral rasmi UiTM. Gambar bawah dia pulak adalah gambar satelit kampus UiTM Johor nie. Nampak macam dalam hutan kan? Huhu. Memang dalam hutan pun. Kalau perasan, UiTM Johor nie bentuk love. Ada dua love. 1 love besar & 1 love kecil. Sebelah UiTM nie ada sebuah kubur Cina yang sangat besar. Scary kan? Haha. Dan gambar yang last tu adalah sebagai bukti bahawa saya adalah seorang pelajar UiTM Johor..

Thursday, July 21, 2011

Kata-kata Profesor Diraja Ungku Aziz yang bikin sentap!!!


Mahu jadi yang mana??? Sila pilih!!!
Buka mata, buka hati...
Sama-sama kita renungkan...

Tuesday, July 19, 2011

Award untuk Encik Reza

Assalamualaikum... Setakat nie Encik Reza dah dapat dua award dari insan-insan baik hati yang sudi bagi award kat Encik Reza. Orang kata, kalau kita nak orang hargai dan suka kat kita, jadi kita kena la hargai orang tu dulu. Tak gitu Cik Gayah? Hoho..

First award Encik Reza dapat dari adeq Hazwan disebabkan Encik Reza dengan secara tak sengaja telah menjadi follower ke-200 beliau. Justeru, beliau dengan berbesar hati telah sudi menghadiahkan award nie kat Encik Reza.

Suka dengan blog Hazwan ni sebab blog beliau sangat cantik & kemas walaupun simple. Background batu-bata dalam blog beliau telah membuatkan blog beliau nie nampak menarik. Hazwan akan ambik PMR tahun nie. Jadi kita doakan dia dapat result yang best ye. Jemput la datang blog Hazwan. Kat bawah nie award yang dia bagi kat Encik Reza.


Award yang seterusnya Encik Reza dapat dari cik Zila sebab Encik Reza telah bersusah payah mengklik button follow kat blog beliau. Disebabkan beliau sangat menghargai Encik Reza & follower-follower lain yang telah bersusah-payah mengklik button follow tersebut, maka beliau pun menghadiahkan la award nie. Comel je award beliau. Best kan cik Zila nie.

Blog cik Zila nie warna pink. Walaupun kebanyakan brother-brother jantan lagi gagah perkasa macam Encik Reza sangat anti dan tidak menyukai warna pink, tapi Encik Reza sangat suka dengan warna pink blog cik Zila nie. Pink dia sangat lembut dan nampak tenang je. Blog beliau pun sangat cantik menarik tertarik walaupun simple. Singgah la kat blog beliau, nescaya anda tidak akan rugi. Haha. Macam-macam info, cerita, & tazkirah yang anda boleh dapat.


Mekacih bebanyak la sebab sudi bagi award kat Encik Reza. Dan kepada yang telah meng'review' serta mempromosikan blog Encik Reza kat blog mereka, Encik Reza nak ucapkan berbanyak terima kasih gak. Hope kita boleh jadi kawan sampai bila-bila k. Bukan sahaja kawan dalam dunia blog nie, tapi kawan kat dunia luar sana jugak. Terima kasih jugak kepada yang sudi follow, jengok, skodeng, baca, komen, kritik dan yang sewaktu dengannya kat blog nie. Hoho. Macam buat acknowledgment dalam assignment pulak rasanya. Haha. Thankz semua.  

Monday, July 18, 2011

Stress tengok sekolah memandu


Bas SE Super baru sahaja memulakan perjalanan dari stesen bas Klang Central menuju ke Segamat. Ini adalah bas kedua selepas dia menaiki bas Anson Bernam dari kampungnya di Sabak Bernam ke Klang Central. Perjalanan Reza ke kampus pengajiannya di UiTM Johor yang terletak di Segamat memang sangat jauh & melelahkan. Namun, demi segulung diploma, digagahkan juga hatinya untuk menempuh segala dugaan itu. Azam dan tekadnya untuk mengubah nasib keluarga sentiasa menjadi pembakar semangat untuk dia meneruskan pengajian.

Sebaik keluar dari simpang masuk ke Klang Central, matanya tertancap ke sebuah sekolah memandu yang terletak betul-betul berhadapan dengan stesen bas Klang Central. Entah kenapa, sekolah memandu itu telah membuatkan hatinya gelisah dan bagaikan ada perasaan yang kurang enak menyelubungi hatinya. Kenangan tiga tahun lalu kembali menjelma.

*****************************

Haha. Saje buat intro gempak ala-ala novel gitu. Agak-agak boleh jadi novelis terkenal tak suatu hari nanti? Apa kata Cik Liyana Zahim? Hehe...

Sebenarnye Encik Reza nak cerita pengalaman dahsyat Encik Reza nak dapatkan lesen kereta. Percaya atau tidak? Encik Reza mengambil masa selama 2 tahun lebih untuk mendapatkan lesen memandu kereta & motor dengan 5 kali ujian. Dengan sebab itulah sekolah memandu telah menjadi antara tempat yang paling dibenci oleh Encik Reza.

First time amek lesen motor & kereta adalah pada awal tahun 2008. Beberapa hari sebelum hari ujian, Encik Reza kena demam. Disebabkan dah mendaftar untuk test hari tu, so terpaksa gak la pergi. Maka dengan menggigil-gigil macam orang kena parkinson Encik Reza pun buat la ujian memandu tu. Memang dua-dua la gagal. Malu beb. Lebih-lebih lagi dengan cikgu sekolah memandu tu. Nak buat macam mana kan, dah demam.

Selang dua minggu lepas tu, Encik Reza ambik ujian sekali lagi tapi untuk moto je la. Alhamdulillah ujian track & jalanraya kedua-duanya lulus.

So, lepas tu ambik la pulak ujian kereta untuk kali keduanya. Encik reza lulus ujian bukit tapi kantoi ujian jalanraya. Cuba bayangkan, kena berhenti kat persimpangan yang betul-betul atas bukit. Kereta pulak bersusun-susun nak masuk simpang yang sama. Ada la dalam empat ke lima kali berhenti sebab kenderaan dari arah depan sangat banyak. Paham ke tak Encik Reza cita ni? Haha. Kali ke berapa entah berhenti sebab tak clear lagi nak masuk simpang tu, tetiba enjin kereta mati dan berundur hampir-hampir nak kena kereta belakang. Nasib-nasib. Memang kena repeat lagi la next time.

Enam bulan lepas tu, Encik reza ambik lagi ujian kereta untuk kali yang ketiga tapi kat tempat lain sebab waktu ni dah pindah rumah kat Sabak Bernam. Kena tunggu enam bulan sebab sambung study kat UiTM Johor. Maka pada hari test, dengan confident nye Encik Reza buat la ujian jalanraya dan alhamdulillah lulus. Tapi tetiba nama kena panggil buat ujian bukit sebab katanya dah lebih tempoh setahun. Bengang weh. Bergaduh Encik Reza ngan JPJ kat situ. Yang sekolah memandu ni pun satu. Lain kali cek la betol-betol. Adoi, dah la tak practice apa-apa, memang gagal la.

Untuk yang terakhirnya, Encik Reza ambik la ujian bukit yang sepatutnya dah tak payah ambik lagi. Tapi moral memang dah down time tu. Ape nak jadi, jadilah. Ini yang last. Lepas nie tobat dah tak nak ambik ujian memandu lagi. Seperti yang diramal, Encik Reza akhirnya lulus gak ujian bukit tu sekali gus lulus secara keseluruhannya ujian memandu kereta. Wallawehh, Encik Reza menangis guling-guling depan brother JPJ tu. (Ini tipu ok).

*****************************

Berkat kesabaran, akhirnya lulus gak ujian memandu kereta nie. Tapi kan yang Encik Reza musykil, ada ke patut sekolah memandu yang Encik Reza first sekali belajar memandu tu suruh Encik Reza bayar warranty@rasuah konon-konon biar bagi lulus walaupun sebenarnya tak lulus.

Erm, sistem warranty nie memang wujud ke kat semua sekolah memandu? Encik Reza tak ambik pun walaupun diorang pujuk gila-gila sebab duit dah takde dan rasa sistem warranty tu macam ada unsur-unsur rasuah. Mana taknye sekolah tu kata warranty nie kita-kita je yang tau. Pastu siap pesan jangan bagi tau mak ayah atau sesiapa. So, ape lagi kalau bukan rasuah namanya! Biarlah Encik Reza lulus berkat dengan usaha sendiri. Silap haribulan kalau ambik rasuah, Allah tak redha nanti dia bagi excident ke, kereta kena kidnap ke. Tak ke haru.

Encik Reza bangga walaupun ambik masa yang sangat panjang & penuh berliku untuk dapatkan lesen memandu nie, tapi Encik Reza lulus jugak berkat pertolongan Allah, kesabaran serta usaha sendiri & bukan berkat sebab ambik warranty tu. Kepada yang belum ambik lesen, jangan la cuba-cuba nak ambik warranty nie sebab pada pendapat Encik Reza ia adalah rasuah. Kalau rasuah maka haramlah ia. Ramai sebenarnya yang dapat lesen ’beli’ nie. Tu yang bawak kereta pun macam haram walaupun dah ada lesen. Lesen haram lah katakan. Huhu. 

Retro tak? Confirm lulus kalau naik kereta nie.. :-)

Psstt.. Encik Reza tak tau la korang sume macam mane. Tapi kalau Encik Reza, bila tiba hari nak test memandu tu, hari sebelum hari test tu mesti kita akan rasa satu perasaan yang sangat tak best. Orang kata tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Buat ape pun semuanya tak kena. Betul tak? Haha.. Sekian.

Sunday, July 17, 2011

Follower ke-300


Salam satu blogger. Erm, tak tau nak update pasal ape. Just nak buat kerja amal sikit untuk promote follower bertuah blog ni iaitu follower yang ke 299, 300 & 301.

Orait, meh kita terjah follower yang ke 299. Blog Budak Baju Kurung nie sangat simple dan comel je. Tak serabut dan tak jemu untuk datang. Berdasarkan siasatan yang dijalankan, Encik Reza mendapati Cik Baju Kurung ni rajin promote serta join contest & segmen. Pastu cik nie jugak sangat rajin promote blog orang. Nak tau lebih lanjut tentang follower bertuah nie? Apa lagi, jengok la blog beliau!

Follower yang ke 300 pulak ialah tuan kepada pemilik blog Kuntum Kenyalang. Blog beliau nie banyak cerita dan info-info best yang anda tak akan rugi membacanya. Suka dengan cara penulisan beliau sebab ayat-ayat yang digunakan dalam entri beliau sempoi dan cool aje serta tak de unsur-unsur gedik atau over walaupun beliau ni seorang perempuan. Rasenye lah sebab beliau x de la pulak meletakkan wajah beliau dalam blog. Hehe. Singgah ye! 

Alang-alang mempromote, Encik Reza nak promote sekali follower yang ke 301 blog ni iaitu sis eiyan azian. Blog cik nie rasanye masih baru lagi berdasarkan entry first beliau yang bermula pada bulan Mei 2011. Tapi jangan tak percaya jumlah follower beliau dah pun mencapai angka 192 setakat entri ini ditulis. Hebat bukan! Apa yang hebat sangat tu? Meh le terjah.

Itu saje la blog-blog bertuah yang Encik Reza dapat promosikan untuk kali ini. Sudi-sudikan la jengok blog mereka nie ye. See you again.. Salam nisfu Syaaban.. :-)

Thursday, July 14, 2011

Jangan nak kutuk-kutuk guru ye!!!



”Bengang betullah aku dengan Puan Saodah tu! Bagi assignment melambak-lambak!

”Ape benda la yang dia ajar nie. Satu hapak pun aku tak paham!”

”Main cancel-cancel kelas ikut sukahati dia je. Ingat kita belajar free ke!”

”Setakat mengajar macam nie, aku pun boleh!”

”Menggelabah gila cikgu tu. Hantar kerja rumah lambat pun nak denda-denda!”

Kat atas nie adalah beberapa contoh kata-kata yang sering diucapkan oleh insan-insan yang tidak tahu menghormati guru-guru mereka. Guru-guru ini dijadikan bahan umpatan, kejian & gurauan seolah-olah mereka tiada nilai pada mereka.

Keberkatan ilmu itu bukan terletak pada kerajinan & kepandaian kita. Tetapi ia terletak pada sejauh mana kita menghormati guru dan menjaga adab ketika menuntut ilmu. Namun berapa ramaikah yang mementingkan akan keberkatan ini? Apa yang mereka kejar adalah keputusan peperiksaan  yang cemerlang semata-mata.

Walau seburuk mana pun guru kita. Kita tiada hak untuk memperlekeh dan menghina mereka. Jika adapun perkara buruk yang dilakukan oleh seseorang guru, cukup sekadar berdiam diri tanpa perlu dijadikan bahan umpatan dan gosip-gosip bersama rakan-rakan.

Ingatlah! Kita mungkin cemerlang dalam peperiksaan, tetapi jika kita tidak menghormati guru, belum tentu kecemerlangan kita itu akan menjamin masa depan yang cerah kepada kita. Walaupun kita bodoh, tetapi jika kita meletakkan guru itu dikedudukan yang tinggi & menghormatinya, insyaallah keberkatan menuntut ilmu & menghormati guru itu akan membantu kita menjalani masa hadapan dengan lebih baik.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud “Sesiapa yang memuliakan orang alim (guru) sesungguhnya dia memuliakan TuhanNya.”

Justeru, terimalah guru kita seadanya dan hormatilah ia sepertimana kita menghormati kedua ibubapa kita.

Sunday, July 10, 2011

Pemilihan pemimpin pelajar yang unik di Universitas Syiah Kuala

Berkesempatan ke Universitas Syiah Kuala di Acheh benar-benar mendatangkan kesan yang cukup mendalam. Universiti ini yang terletak di Banda Acheh bukanlah sebuah universiti Islam apatah lagi berfahaman Syiah. Cuma suasana keislaman di sini begitu dirasai. Syiah Kuala adalah nama seorang tokoh agama di Acheh suatu ketika dahulu. Ia tiada kena mengena langsung dengan fahaman Syiah.

Jika universiti di Malaysia mempunyai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sebagai sebuah badan yang mewakili suara pelajar. Universiti ini juga mempunyai badan yang sama yang dikenali sebagai Pemerintah Mahasiswa (PEMA).

Pemilihan presiden bagi Pemerintah Mahasiswa ini adalah sangat unik dimana mereka perlu menjalani ujian membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul. Calon presiden juga perlulah seorang yang bertakwa kepada Allah dengan kata lain takut, patuh & taat kepada Allah.

Ia jauh berbeza dengan pemilihan Presiden atau YDP MPP universiti di Malaysia dimana ia tidak melalui proses tapisan berlandaskan ciri-ciri Islam ini. Senang cerita, semua orang berpeluang menjadi presiden atau YDP MPP asalkan mereka popular & mampu meraih undi daripada mahasiswa.

Tidak bagi Universiti Syiah Kuala ini. Calon-calon presiden pemerintah mahasiswa ini akan ditapis terlebih dahulu dengan beberapa ujian antaranya dengan ujian bacaan Al-Quran ini sebelum diluluskan untuk bertanding jawatan presiden.

Ujian dan penilaian ini adalah penting bagi memastikan pemimpin-pemipin yang dilantik adalah terdiri daripada mereka yang faham agama, baik akhlaknya dan mampu memimpin dengan baik.

Berpeluang bertemu dan berdiskusi dengan mereka adalah pengalaman yang sangat berharga. Sangat terserlah akan kematangan & akhlak mereka sebagai pemimpin. Pemerintah mahasiswa dikalangan siswi kebanyakannya bertudung labuh walaupun universiti ini tidak menawarkan kursus dalam bidang pengajian Islam.

Menjadi pemimpin bukanlah satu tugas yang mudah. Jika bagus dari segi kepimpinan sekalipun, tetapi jika tidak boleh menjadi imam apatah lagi membaca Al-Quran belum dapat melayakkan seseorang itu bergelar pemimpin yang hebat.

Tidak dinafikan ramai mahasiswa di Malaysia yang mempunyai bakat kepimpinan, namun berapa ramaikah pemimpin-pemimpin mahasiswa ini yang turut cemerlang imannya. Nampak hebat dimata manusia, tapi sembahyang pun tak cukup lima waktu. Nampak petah berkata-kata tapi baca Al-Quran pun merangkak-rangkak. Apakah nilai pemimpin begini disisi Allah.

Ini hanya sekadar pandangan semata-mata. Ia benar-benar memberikan kesan kepada rombongan kami yang mewakili MPP UiTM Johor. Maka tidak hairanlah, pemerintah mahasiswa di universiti ini sangat disegani & dihormati kerana mereka yang terpilih pun bukanlah calang-calang orang.

Syarat utama untuk menjadi presiden pemerintah mahasiswa iaitu bertakwa kepada Allah dan mampu membaca Al-Quran dengan baik telah meletakkan pemimpin-pemimpin mahasiswa ini dikedudukan yang sepatutnya. Bagaimana agaknya kalau ia diamalkan di universiti-universiti di Malaysia? 


 


 Penyerahan cenderahati oleh Presiden PEMA Universitas Syiah Kuala kepada YDP MPP UiTM Johor sesi 2010/2011

 
Barisan deligasi MPP UiTM Johor bergambar kenangan bersama PEMA Universitas Syiah Kuala

Wednesday, July 6, 2011

Popular, famous, glamour, terkenal & yang sewaktu dengannya...


Ada orang nak jadi popular seperti...

Atau seperti...
Tak pun seperti...
 
Erm, agak-agak ade tak orang nak jadi popular seperti...
 

Atau mungkin seperti...
 

Popular itu best...
Kau bayangkan bila kau jalan orang duk jerit-jerit nama kau...
"Encik Reza...!! Encik Reza...!! Nak sainnn..."
Lepas tu, berebut-rebut orang nak bergambar dengan kau...
Maka dengan muka penuh bangga kau pun tersipu-sipu malu...
Bila kau pergi mane-mane je, semua orang akan usha kau sampaikan kau nak beli ’ underwear’ pun orang duk tengok... (Ape kes!)
Paling best, bila kau pergi kedai makan ke, kedai ape-ape ke... orang siap boleh bagi murah atau sampai tahap brutal bagi free je sebab kau famous...

Best kan...!!! kan...!!!

Tapi kau tak rasa gila ke? Sebab bila kau famous...
Kau terpaksa cover semua benda termasuklah cover macho/ayu, cover cara berjalan, bercakap, sampaikan kau terpaksa cover nak menggaru padahal kau tengah gatal tahap tak boleh tahan...
Kau terpaksa berhati-hati dalam semua perkara sebab bila salah sikit je orang akan sibuk mengata...
Kau terpaksa sembunyi-sembunyi nak beli benda-benda private seperti underwear, itu, ini, dan ehem-ehem...
Bila kau pergi mane-mane je mesti ade orang yang pandang...
Hidup kau dah takde privacy lagi...

Banyak cara kau boleh jadi famous...
Samada kau jadi artis, jadi atlit, cipta rekod Malaysia ataupun kalau kau hebat kau pegi cipta rekod dunia...
Tak pun kau jadi blogger. Haha... jadi blogger pun boleh famous wehh..

Tapi penting sangat ke jadi famous ni?
Cukuplah hidup serba sederhana dengan penuh ketenangan tanpa ada yang mengganggu..
Bila buat perkara baik takkan timbul rasa riak..
Rasa ujub atau bermegah dengan diri sendiri pun takkan wujud..
Justeru, jalanilah kehidupanmu dengan penuh kesederhanaan sebab hidupmu di dunia ini hanyalah untuk TUHAN...
Bukan untuk siapa-siapa pun...
Dan bukannya untuk menjadi popular, famous, glamour, terkenal & yang sewaktu dengannya...

Erm, tapi jika ke'famous'an kau itu memberi impak kepada dunia & memberi manfaat kepada orang ramai, apa salahnya kan! Macam mereka-mereka nie... 

Kenal tak? Kalau tak kenal sila gantung diri kat pokok tauge.. ;-)

Saturday, July 2, 2011

Apasal engkau malas nak sembahyang?

 

Ramai orang yang ambik mudah je pasal solat. Main tinggal solat seolah-olah Tuhan itu tidak lagi penting dalam hidup ini. Dimana rasa bertuhan dalam diri kita? Bila susah baru kita terhegeh-hegeh nak ingatkan Tuhan.

Semoga nukilan kat bawah ni yang ditulis oleh seorang hamba Allah dapat membuka pintu hati kita untuk tidak meninggalkan solat dengan sesuka-hati. Moga ia dapat menyedarkan kita-kita yang sering lupa nie. Amin.. :-)



APASAL ENGKAU MALAS NAK SEMBAHYANG?

Apasal la engkau malas sembahyang, Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang. Bukan ke lebih beruntung daripada tiang, berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la engkau malas sembahyang, kerja dah best keluarga pun dah senang. Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang. Takkan lima minit lima waktu engkau tak boleh luang...

Apasal la engkau malas sembahyang, Tuhan kasi otak supaya engkau tak bangang. Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang. Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang...

Kenapa la engkau malas sembahyang, main bola engkau sanggup sampai petang. Beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang.  Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la engkau malas sembahyang, engkau kena ingat umur kita bukannya panjang. Pagi kita sihat petang boleh kejang. Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang...

Apasal la engkau malas sembahyang, siksa neraka cuba la engkau bayang. Perjalanan akhirat itu memang terlalu panjang. Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang !!!

Jadi apa lagi??? Pergi la sembahyang!!! Nak tunggu kena balun dalam kubur baru engkau nak sembahyang?

Malas lagi??!! Engkau tunggu je la saatnya kedatangan Malaikat Izrail nanti...


Sumber:-
Tak ingat la kat mane.. hohehohe.. ;-)

Friday, July 1, 2011

Manusia mudah lupa...

Moh kita bukak mata luas-luas dan dengan penuh penghayatan sila baca benda kat bawah nie. Encik Reza malas nak taip entri panjang-panjang. Copy pun ok kot. Jemput baca ye. Sekadar renungan kita bersama...

 Sekian... Selamat beramal!
Related Posts with Thumbnails