Others

Meh le follow...

Thursday, November 24, 2011

Ada apa dengan bola???


Pengaruh bola sepak cukup besar kepada penduduk planet Bumi. Namun penduduk planet Marikh, Zuhal bahkan Musytari langsung tidak menghiraukan sukan yang menjadi kegilaan penduduk planet Bumi ini.
Kerana bola manusia bergaduh. Kerana bola jugaklah manusia bersatu. Pelik!!! Ada apa dengan bola sebenarnya ni? Misteri sungguh.
Gila semangat kau bang! Sampai terjelir-jelir lidah kau..
Ikut cerita yang aku dengar, sejarah permainan ni sebenarnya adalah daripada peristiwa orang kafir meraikan kemenangan mereka dalam perang menentang orang Islam. (Tak ingat perang apa). Kepala orang Islam yang kalah tu telah dipenggal lalu disepak-sepak oleh orang kafir sehinggalah terciptanya permainan bola sepak ni. Betul ke? Aku pun tak tau. Pergi tanya cikgu Sejarah.
Errr, aku rasa cikgu Sejarah pun tak tau kot. Jadi sapa yang tau????
Hanya Allah yang Maha mengetahui...
Beberapa bulan yang lepas, penyokong Kelantan & Terengganu ‘berperang’ kerana bola sepak Piala FA. Kemudiannya sekali lagi penyokong Terengganu ‘berperang’ tapi dengan penyokong “Negeri Sembilan pulak masa Piala Malaysia.
Caci maki, kutuk mengutuk, baling mercun, laser sana-sini. Tapi bila tiba perlawanan bola sepak Sukan SEA. Kesemua penyokong-penyokong fanatik yang dulunya bergaduh ni tiba-tiba bersatu menyokong pasukan yang sama iaitu pasukan Malaysia.
Eh, yang kau gaduh-gaduh sebelum ni tu kau tak sedar ke yang kau semua duduk satu negara????
Tapi kira bagus lah tu, rakyat Malaysia tak kira bangsa & negeri semuanya bersatu untuk menyokong pasukan negara. Tapiiiiiiiiii....
Ada benda yang lebih dahsyat lagi terjadi. Rakyat kedua-dua negara iaitu Malaysia & Indonesia pulak yang ‘berperang’ disebabkan bola sepak ni. Perang yang lagi dahsyat. Laser goal keeper, bakar bendera, page facebook benci Malaysia, hasut-menghasut dan macam-macam lagi la.  
Gaduh lagi gaduh, bantai sama dia.. Lepas tu kau pulak kena bantai dengan Malaikat Mungkar & Nangkir!!!

Eh, kau tak sedar ke yang kita ni serumpun. Dan kebanyakan kita satu agama pulak tu. Sedangkan Dato’ Siti Nurhaliza dan Kriss Dayanti pun jadi bestfriend, Asyraf Sinclear (betul ke aku eja nih?) dan Bunga Cinta Lestari pun jadi laki bini. Takkan la rakyat kedua-dua negara nie tak boleh nak bersatu.
Pendek kata, jiran sesama jiran bergaduh! Melayu sesama Melayu bergaduh! Dan Islam sesama Islam bergaduh.
Apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang nie. Macam orang bodoh, pasal benda kecil yang selalu kena tendang tu pun orang nak gaduh.
Aku minat gak bola sepak... Dan aku menulis berdasarkan apa yang aku rasa? Tak salah untuk meminati bola sepak. Sebab ia adalah sejenis sukan yang sangat best dan dramatik.
Apa yang menjadi salah ialah jika kegilaan pada sukan ini menjadikan kau benar-benar gila sampai sanggup bergaduh dan bermusuh macam orang gila...
Dan yang paling gila adalah jika kau sanggup tinggal sembahyang semata-mata nak pergi tengok bola. Kau rasa bola tu lebih penting daripada Tuhan. Maka aku rasa kau lebih layak jadi bola yang hidupnya memang untuk kena tendang.
Huh, cakap banyak macamlah bagus sangat...!!!
Hai ayam, kau pun sibuk nak main bola jugak???

6 comments:

  1. sangat setuju bro..kita sgt sependapat...

    ReplyDelete
  2. haha...layan je...
    bukan selalu dekat atas....
    penat kot...

    ReplyDelete
  3. penyokong fanatik je yg sampai maki hamun... yng len relek jer...

    yang psl indon lak, diorg rasa bola tu maruah diorg, lebih2 lagi lawannya Malaysia yang diorg benci sangat, tu pasal la smpi bakar bendera Malaysia...

    kononnya nak GANYANG MALINGSIA...

    ReplyDelete
  4. alia terharu dengan post yang rakyat indo buat .

    ReplyDelete
  5. salam;
    Sukan bola hanya sebagai alasan je..tapi penyakit hati manusia yg bermasalah.

    ReplyDelete
  6. nak gaduh2 wt pe laaa..
    tak dpt ape tak..

    stuju dgn pndpt yusuflaili, " sukan bola hnya sebagai alasn, tp penyakit hati manusia yg bermasalah"

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails