Others

Meh le follow...

Saturday, November 5, 2011

Kenangan raya korban di perantauan



Bila ayam dah tak selera makan,
Kambing pula resah,
Lembu pura2 gila,

Kucing jer nampak cool,

Itu tandanya raya korban dah dekat.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN

Baru je beberapa bulan lepas kita sambut raya. Kali ni nak raya lagi. Itulah istimewanya Islam. Allah bagi macam-macam raya kat kita. Paling istimewa, hari raya yang sebenar-benarnya di akhirat nanti.
Tahun lepas aku merayakan raya korban ni di perantauan. Nun jauh di Indonesia sana. Hoho. Paginya di Medan, tengahari bertolak ke Acheh.
Upacara korban di Indonesia sedikit berbeza berbanding di Malaysia. Sebelum binatang-binatang korban kena sembelih, mereka akan azan kalau tak silap aku atau baca ayat Quran dalam berlagu. Memang kau akan terasa syahdu je.

 Lembu nie sebenarnye terlepas dan cuba melarikan diri, tapi setelah ditenangkan oleh aku, beliau pun pasrah & rela untuk dikorbankan.

Aku tengok dari jauh je. Tengok dekat-dekat nanti kena tolong pulak. Hahah. Jangan contohi aku ok!

Time tengah korban tu, mereka akan pasang lagu-lagu nasyid bagi memeriahkan suasana. Kau tau tak? Mereka ada pasang lagu Raihan wehh. Bangga giler aku. 
Kitorang menginap di Asrama Haji di Medan. Asrama nie macam tempat transit la sebelum orang-orang Medan pergi haji. Kira macam Kompleks Tabung Haji la. Ada paham?

Inilah Asrama Haji Medan tu. Di atas nie adalah pengurus asrama haji yang tersohor itu. Huahua.

Kitorang tak join pun upaca korban tu. Maklumlah orang luar. Kitorang just skodeng diorang wat ibadah tu dari dalam bilik asrama. Betul-betul sebelah bangunan asrama diorang buat korban. Siap darah lembu boleh terpecik di dinding asrama lagi. Hahah.

Inilah asrama tempat aku skodeng-skodeng orang buat korban. Aku tak suka bilik air dalam asrama nie sebab takde lampu. Aku dah rasa macam orang buta tengah mandi. 

Bagi melepaskan kerinduan pada keluarga. Kami pun membuatlah ucapan salam perantauan konon-konon berada sungguh lah jauh di London. Malas mau cerita panjang-panjang. Klik sini dan sini, aku dah buat pun entri pasal trip nie... 

"Salam perantauan dan selamat hari raya Aidiladha kepada ayah bonda & keluarga, cikgu tadika, guru-guru di sekolah, pensyarah-pensyarah, penaja kami iaitu JPA & MARA serta kepada aweks-aweks & calon-calon isteri yang berada di Malaysia. Nantikan kepulangan kami tahun depan. Muahhh..."

Wajah-wajah yang tak dapat beraya korban di kampung halaman. Elehh, raya korban je kot.. ;-)

Sambutlah raya ini dengan penuh rasa syukur & banyakanlah memuji Allah.

Psstt.. Aku tak suka raya korban sebab aku tak suka makan lembu. Kalau tiba raya korban, bermakna akan banyaklah daging-daging lembu kat rumah. Ini bermakna hari-hari aku kena makan binatang nie.. argghhh..

10 comments:

  1. "Wajah-wajah yang tak dapat beraya korban di kampung halaman. Elehh, raya korban je kot.. ;-)"

    Tapi kebanyakkan tempat di dunia, raya korban lebih meriah daripada raya puasa...

    ReplyDelete
  2. seronok la bro dpt g negara org...

    ReplyDelete
  3. rindu nya beraya haji dengan korang :)

    ReplyDelete
  4. SELAMAT HARI RAYA>> FAKHRUL..=)BEST BCE ENTRY NI...

    ReplyDelete
  5. Muhammad Syahmi:
    Yup.. dan sepatutnya raya korban la yg kena disambut lbih meriah.. Tpi budaya kt malaysia nie lain.. Kita lbih trnanti2 aidilfitiri drpd aidiladha..

    Jasman:
    Alhamdulillah, rezki Tuhan..

    Che Wan Puteri:
    Rindu sgt kan.. sweet memory..

    SINGGAHSANA AIN DAMIA:
    Slmt Ari Raya.. Teruskan mmbaca ye..

    ReplyDelete
  6. selamat raya di indonesia, mana-mana pun best. Asal raya.

    ReplyDelete
  7. waah pengalaman yg menarik beraya disana :)

    ReplyDelete
  8. wah best nya raya kat tempat org ...hehe btw selamat hari raya aidiladha :)

    ReplyDelete
  9. hehe..sy suke hari raya korban..boleh makan byk daging lembu..:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails