Others

Meh le follow...

Tuesday, November 8, 2011

Nikmat Tuhan yang jarang kita syukuri

Bila kita fikir-fikir akan nikmat Tuhan pada kita, memang tak terhitung banyaknya. Dan biasanya, kita takkan sedar akan nikmat yang telah Tuhan berikan. Makanya, memang payahlah untuk kita melahirkan rasa syukur.

Bila kita dapat result yang best dalam exam, kita akan nampak kejayaan tu datangnya dari usaha kita atau guru yang telah mengajar kita.

Tapi kita tak nampak akan hakikat kejayaan itu datangnya dari Allah.

Bila kita dapat sesuatu hadiah atau benda, kita akan ucapkan rasa terima kasih pada orang yang memberikan hadiah tersebut. 

Jarang sekali untuk berterima kasih pada Tuhan yang telah menggerakkan hati orang tersebut untuk memberikan hadiah kepada kita.

Bila kita sembuh dari penyakit, kita akan nampak ubat dan doktorlah yang telah menyembuhkan kita.

Padahal sebenarnya kesembuhan itu datangnya daripada Allah.

Bila kita fikir akan nikmat-nikmat Tuhan, kita akan lihat betapa kerdilnya kita. Nikmat nyawa, mata, telinga, mulut, kesihatan, kepandaian, dan macam-macam lagi. Nikmat yang kita guna hari-hari tanpa rasa malu sedikitpun.

Kita tak sedar pun yang nikmat tu hanya dipinjamkan Allah kepada kita. Hakikatnya ia bukanlah milik kita.

Dan dengan nikmat itulah adakalanya kita gunakan untuk berbuat maksiat dan derhaka kepada-Nya.
‘Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang hendak kamu dustakan?”

6 comments:

  1. manusia berasa dirinya hebat,
    lantas tidak mahu bersyukur dengan segala nikmat...

    ReplyDelete
  2. manusia kdg terlepas pndang benda2 mcm ni..
    dah name pn manusia..
    jadik lepas ni kna lebih peka la bahawa semua nye dtg dri Allah..

    ReplyDelete
  3. nice sharing..kita kena saling memperingati

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Fakhrul Razi

    salam ukhwah
    duniawi membuat kita lupa akan nikmat Allah

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Muhammad Syahmi:
    Betul.. sebenarnya perasan hebat.. padahal semua nikmat hanya pinjaman semata..

    mieza:
    Sifat manusia mmg sering lupa.. Smoga kita tidak tergolong dri kalangan mereka yg lalai tu..

    al_hakim:
    Semoga kita akan sntiasa beringat & memperingati org lain..

    atuk:
    W'salam atuk.. Maka, tinggalkanlah dunia & manfaatkanlah ia sekadarnya sahaja..

    ReplyDelete
  6. betul tu bro...bila sakit atau susah baru kita ingat Allah...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails