Others

Meh le follow...

Sunday, August 30, 2015

AKU, AWEK LIPAS KUDUNG & SI PENGACAU: Bab 2

BAB 2
PETANG itu, di tepi padang sekolah duduk tiga orang remaja sedang berbincang tentang isu yang dianggap penting di kalangan remaja namun sering dianggap remeh oleh orang dewasa. Itulah, orang dewasa selalu tak faham dengan jiwa remaja. Mereka anggap remaja ni lekeh, konon baru nak up, bajet dewasalah. Tapi mereka tak nak faham dan tak nak selami jiwa remaja. Tak nak cuba duduk sekali dan bersembang serta memahami masalah-masalah remaja. Tau nak condem je. Kata remaja selalu buat masalahlah. Remaja selalu terlibat dengan gejala sosiallah. Remaja dikaitkan dengan keruntuhan akhlaklah. Remaja itulah. Remaja inilah. Habis, orang dewasa tu baik sangat ke?
Itu adalah sebahagian daripada isi perbincangan ketiga-tiga remaja ini sebelum masuk ke agenda utama perbincangan mereka pada petang itu iaitu macam mana nak tackle awek lipas kudung bernama Liyana. Perbincangan ini adalah untuk memenuhi aspirasi kawan mereka iaitu Aidil dalam misi beliau mencari sedikit kebahagian dalam kehidupan melalui seseorang yang bergelar gadis. Dan gadis yang bertuah mendapat tempat di hatinya itu pula bernama Liyana.
“So, apa idea korang?” Aidil berwajah serius.
Amran dan Saleh diam memikir. Gaya macam seorang pemikir yang hebat. “Liyana tu bukan macam awek-awek lain. Kita kena plan baik punya.” Saleh bersuara.
“Ye lah, tapi apa plannya? Kau orang ada idea tak?” Aidil bertanya lagi.
“Aku rasa elok kau luahkan terus dekat dia. Senang cerita.” Amran memberikan saranan yang dianggap bernas pada fikirannya.
“Nak luahkan terus? Kalau kena reject macam mana?” Aidil tidak begitu yakin dengan idea Amran.
“Kalau kena reject kira bukan rezeki kaulah! Kot-kot rezeki untuk aku ke.” Dia ketawa sejurus berkata-kata.
Tangan Aidil mendarat serta-merta ke kepala Amran. Mendapat kau! Ini bukan masanya nak main-main! Aku tengah serius ni.
“Woi, main kepala! Bapak aku bayar zakatlah!” Tangan Amran pula yang kini mendarat ke kepala Aidil.
Wajah Aidil beriak bengang. Bengang sebengang-bengannya namun dia tak membalas. Tahu itu salahnya sebab memulakan dahulu.
“Woi, dahlah! Main-main kepala pulak! Kang aku balik kang!” Saleh cuba meleraikan. Bersesuaian dengan namanya iaitu ‘Saleh’. Maka dia cuba berbuat sesuatu yang dianggap ‘soleh’. Iaitu meleraikan pergaduhan. Bukankah itu amalan yang terpuji dan mulia?
Sepasang mata milik Aidil dan Amran tertunak tepat ke wajah Saleh.
“Pandang aku apa hal? Dah, dah! Kita teruskan perbincangan kita. Kata kawan! Mana boleh gaduh-gaduh! Okey, okey, dengar aku punya cadangan pulak! Aku cadangkan kau tulis surat dulu dekat dia. Tak pun kau minta sepupu dia, budak Azlan tu sampaikan. Amacam?”
“Aku setuju!” Amran bersuara kuat.
Great idea. Tapi surat tu nak tulis apa?” Aidil bertanya gaya dia sangatlah innocent dalam hal-hal bercinta ni. Walhal sebelum ni dah lima kali dia bertukar awek sejak dari darjah satu lagi.
“Tulislah apa pun yang kau nak tulis! Tapi aku cadangkan kau jangan bagi tahu kau suka dia terus. Kau tulislah nak minta dia tolong ajar Matematik ke, nak kawan ke. Apa ke.” Saleh memberikan penjelasan.
“Lepas tu, surat tu nak bagi macam mana?
“Lah, itu pun nak kena ajar ke! Kau letaklah bawah meja ke, dalam beg ke. Tak pun bagi dekat Azlan suruh pas dekat dia.”
“Bagi dekat Azlan? Aku rasa cadangan tu tak bagus. Aku rasa macam tak sedap hati. Aku rasa dia orang tu macam ada apa-apa walaupun dia orang tu sepupu.” Amran pula bersuara menyatakan pendapatnya.
Aidil diam memikirkan kata-kata Amran. Saleh turut berfikir. Amran pula tersengih-sengih tatkala dilihat kata-katanya dapat mempengaruhi kedua orang temannya itu. Entah mengapa hatinya rasa panas semacam aje bila nama budak Azlan tu disebut.
“Tak apa. Buat masa ni kau tulis dulu surat macam yang aku suruh. Nanti kau letaklah dekat bawah meja dia ke, dalam beg dia ke. Soal Azlan tu nanti kita siasat sama-sama, betul ke tidak dia ada affair dengan si Liyana tu.”
“Okey. Aku setuju. Otak kau memang geliga Saleh!” Aidil menarik senyum lebar.
“Otak Saleh je? Habis, otak aku ni tak geliga!” Amran tayang wajah tak puas hati.
“Otak kau pun geliga jugak! Sikitlah” Aidil merapatkan hujung ibu jari dengan hujung jari telunjuk. Tiga jari lagi digenggam ke dalam. Bagi menunjukkan isyarat sikit.
“Pergghhh…” Amran masih beriak bengang.
Aidil dan Saleh sekadar ketawa.

Wednesday, August 12, 2015

Novel Bersiri AKU, AWEK LIPAS KUDUNG & SI PENGACAU

Assalamualaikum.. Tetiba aku rasa nak buat novel bersiri dekat blog ni pasal aku  dah tak tahu nak merapu merepak apa dah tanpa arah tujuan yang pasti dekat blog ni. Balik-balik cite pasal kekecewaan sebab blog tak update lah, kekeringan idea lah, kesibukan sepanjang masa lah. Cisss, aku sendiri dah mula bosan dengan apa yang aku tulis.. Huhu.. Maka dengan ini, aku mempersembahkan sebuah hikayat yang diberi nama..

AKU, AWEK LIPAS KUDUNG & SI PENGACAU

Terimalah episod pertama...

BAB 1
GAYA LANGKAHNYA yang ala-ala tomboy namun masih mengekalkan ciri-ciri kewanitaan sempurna begitu memukau pada pandangan mata. Manis wajahnya dengan kulit sawo matang menyerlahkan ciri-ciri wanita Melayu sejati. Ketegasan dan sedikit kegarangannya menyerlahkan lagi imej gadis berprinsip yang pandai menjaga maruah diri dan tidak mudah didekati oleh mana-mana lelaki. Oh, aku sudah jatuh cinta!
“Woi, mengusha awek tak beragak!”
Jerkahan seorang malaun di belakang benar-benar mendatangkan kemarahan. Aidil pantas berpaling sambil mempamerkan wajah Firaun yang sedang menjatuhkan hukuman bunuh. “Lu, memang kacau la! Aku tengah usha baik ni.”
Amran terkekeh-kekeh ketawa. Entah apalah yang menggelikan sangat hatinya itu. Mungkin pada memek muka yang dipamerkan Aidil. Atau mungkin ketika itu dia sengaja terasa ingin ketawa semahu-mahunya. “Oh, kau usha minah lipas kudung tu ke?”
“Apasal kau panggil dia lipas kudung? Dia ada bela lipas ke?” Matanya berlari mencari kelibat awek tadi namun malangnya awek tu dahpun hilang daripada pandangan. Entah berlalu ke arah mana.
Sekali lagi Amran meledakkan tawanya. Entah spesis jenis apalah manusia bernama Amran ni. Cakap sikit, ketawa. Cakap sikit, ketawa. Ketawa je semedang. Adakalanya lebih banyak ketawa daripada bercakap. Kadang-kadang boleh hilang sabar jugaklah berkawan dengan si Amran ni. Si Aidil di hadapan dah mula mengetap gigi menahan sabar. “Dia kan ratu pecut dekat sekolah ni. Itu pasal orang panggil dia awek lipas kudus. Pastu, buat kerja semua nak laju je. Jalan pun nak laju je. Kah, kah!”
“Oooo,” Aidil diam seketika. Seakan memikir. “Wei, kau tolong aku boleh tak?”
“Tolong apa?” Amran tak lagi ketawa. Wajahnya bertukar serius seolah-olah kini sedang berhadapan dengan sesuatu yang amat penting. Mungkin berkait dengan hal-ehwal negara atau berkait dengan urusan antara hidup dengan mati.
“Tolong aku tackle awek lipas kudung tu.”
“Kah, kah, kah…..” Dan tabiat hakiki Amran sekali lagi bermula. Hanya dapat bertahan selama beberapa saat sahaja.
“%$*$^#$#@ lah. Kalau kau ketawa lagi, aku bagi penampor laju-laju dekat muka kau!” Aidil berwajah Hitler pula bagi menunjukkan yang dia tak main-main.
Serta-merta ketawa si Amran brek perlahan-lahan. Mereda namun masih bersisa. Halus-halus kedengaran di hujung-hujungnya. “Okey, okey bro. Aku tolong kau. Tapi bukan ke si Liyana tu dah ada boyfriend?” Buat pertama kalinya nama sebenar awek lipas kudung tu disebut.
“Siapa boyfriend dia?” Aidil dah mula nak buat muka Hitler kembali.
“Tu, si Azlan tu.” Dahi Amran berkerut sedikit tanda dia sendiri tak begitu pasti dengan jawapan yang diberi.
“Azlan tu sepupu dia ajelah.” Aidil memberikan penjelasan. Dia menarik nafas lega kerana nama Azlan yang disebut. Memang dia dah lama tahu akan hubungan rapat Azlan dengan Liyana. Dan dia pun dah sedia maklum yang Azlan dengan Liyana tu rapat sebab mereka berdua tu sepupu.
“Tapi sepupu bukan boleh kahwin apa?” Amran cuba bakar line.
Darah si Aidil menyirap kembali. “Aku akan pastikan benda tu takkan berlaku.”
Amran mengangguk-angguk. “Kita nak guna cara halus ke cara kasar ni?”
Aidil merenung tepat ke wajah Amran. “Apa hal lu punya tanya gaya macam kita nak buat benda jahat je?”
Amran tersengih. “Alah, kita ni memang jahat apa!”
“Yang jahat tu lu. Wa nakal je.” Aidil turut menarik sengih. “Tak apa, kita guna cara baik dulu.”
“Baik boss!” 
Aidil mengangkat kedua-dua keningnya sambil menunjukkan isyarat bagus.
Dan misi mengorat awek lipas kudung pun bermula.
Related Posts with Thumbnails