Salam Ramadan. Puasa ke semua? Moga sentiasa dilimpahi rahmat pada bulan puasa nie. Biasanya kalau time2 puasa macam nie benda apa agaknya yang selalu bermain difikiran kita ye?
Ye semestinya.....
Buka nanti nak makan ape ye?????
Ye ke tak? Kan! Biasanya inilah persolan yang sentiasa bermain dikepala otak kita bila tengah berpuasa. Nak cerita satu kisah tentang seorang hamba Allah nie. Hamba Allah nie dulunya seorang yang jahil dalam agama tetapi kini telah diberikan hidayah oleh Allah untuk menjadi seorang hamba yang bertaqwa dan rajin beribabadah kepada-Nya.
Masa zaman kejahilannya, hamba Allah nie sering bertanyakan kepada isterinya tentang menu apakah yang akan dimasak oleh isterinya pada waktu berbuka. Tapi lepas beliau mendapat hidayah, beliau tidak pernah lagi bertanyakan menu yang akan dimasak isterinya untuk berbuka. Dia juga tidak lagi sibuk-sibuk membeli pelbagai juadah untuk berbuka. Dia hanya berbuka apa sahaja yang dimasak isterinya tanpa banyak soal.
Baginya, puasanya hanyalah semata-mata kerana Allah. Bukannya untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya waktu berbuka. Dia tidak perlu sibuk-sibuk memikirkan akan juadah berbuka puasa kerana dia yakin Allah akan memberikan rezeki kepadanya dan dia akan menerima apa sahaja rezeki yang Allah beri padanya untuk berbuka.
Begitulah ceritanya. Jika kita masih lagi sibuk memikirkan tentang juadah apa yang hendak dimakan waktu berbuka dan sibuk ke bazar Ramadan untuk membeli itu dan ini, maka kita belum benar-benar ikhlas dalam berpuasa. Sekadar renungan untuk diri saya dan anda semua. Selamat berpuasa.
Pssstt: Jangan pulak duduk diam je menanti hidangan dari langit. Memang mati kebulur le jawabnya. Huhu.. :-)
Pssstt: Jangan pulak duduk diam je menanti hidangan dari langit. Memang mati kebulur le jawabnya. Huhu.. :-)
Yang berbuke tiga orang tapi hidangannya mcm makan dengan jiran tiga pintu...
ReplyDeleteitulah hakikatnya... mengikut nafsu ketika perut sedang kosong... memang semuanya sedap... tapi bila makan tak habis... membazirlah jawabnya...
ReplyDeleteMuhammad Syahmi:
ReplyDeleteNafsu durjana namanye tuh.. hehe..
Green Apple:
Betullah tu.. klo time2 puasa ni, nmpak pisang pun boleh terliur.. sama2 la kita kawal nafsu..