Others

Meh le follow...

Friday, August 19, 2011

Jangan pasang lagu raya... BAHAYA!!!


Aku tak tau kenapa. Tapi bila aku terdengar orang buka lagu raya sekarang ni, tetiba hati aku jadi panas. Macam ada sesuatu yang pelik dengan aku nih.

“Apekah? Lagu raya tu ganggu hidup kau ke?” bisik seekor kucing yang tak berapa hensem yang sedang lepak-lepak kat sebelah aku.

“Idak lah sampai mengganggu hidup aku. Tapi lagu raya ni boleh mengganggu kosentrasi dan fokus aku untuk berpuasa dan beribadah dalam bulan Ramadan ni?” jawab aku dengan konfidennya.

“Wak lu, gila ah kau. Entah apa-apa la kau ni. Pelik-pelik je.” Kucing ngok ngek tersebut cuba mempertikai dan mempermainkan jawapan aku.

“Kau tu menatang. Apa kau tau! Puasa pun tak!”

Perbualan aku dan kucing tersebut terhenti sebab kucing tu telah pun melarikan diri selepas merasa penampar sulong ke-79 aku.

Selepas ketiadaan kucing tersebut, maka aku pun bercakap sorang-sorang dengan ditemani sejambak bunga matahari plastik yang dibeli oleh mak aku untuk hiasan hari raya nanti.

“Please la. Cuba la hormat sikit bulan Ramadan nie. Kau pasang lagu raya kuat-kuat seolah-olah kau mempersendakan kedatangan Ramadan. Seolah-olah kau rasa terbeban dengan kedatangan Ramadan. Kalau dua tiga hari nak raya tu aku tak kisah la. Tapi bila first day puasa kau dah menggedik nak pasang lagu raya, ape kes?”

PESANAN PENAJA
Jangan khianati & mempersendakan bulan Ramadan dengan memasang LAGU RAYA di awal-awal bulan Ramadan nie. Hormatilah bulan Ramadan kerana inilah peluang kita untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.. Ramadan bukanlah platform untuk kita bersuka-ria menyambut Syawal. Please!!! Jadilah seorang MUSLIM yang bertanggungjawab...

(Pesanan ini dibawakan khas oleh IKAN SARDIN CAP AYAM)

 Produk berkualiti keluaran anak tempatan. Dijamin sedap!!!

 Enak dimakan ketika berbuka puasa. Dapatkan di bazar Ramadan pasaran hari ini!!!

16 comments:

  1. nice~
    u r very good in writing
    enjoy reading gere...release my stress

    ReplyDelete
  2. btl3... sy sokong :) hihiihih...

    woo sardin tu mknan utme pd pg rye kite :)

    ReplyDelete
  3. Sokong.. Walaupun sendiri yang pasang lagu raya.. hahha..

    http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. anaMuslimah:
    Thankz.. Menulis sambil beramal.. Moga ada input yg dpat diambil.. :-)

    aimi adilah:
    Sardin cicah ngn ketupat ke? Mcm sedap je..

    kH@!R ^_^:
    Sekadar pandangan.. hehe..

    nazira:
    Kalau dgr sendiri2 x pe la.. Yg x brapa best tu klo psang kuat2 & mengganggu org lain.. :-)

    ReplyDelete
  5. betoool!
    sokong jugaaa
    mang x salah untuk kita gembira
    dgn syawal makin menjelma
    tapi hormat pada bulan yg masih ade ni
    bulan mulia =)

    ReplyDelete
  6. betul gak tu..tp lg 10 hari nk raya dah.. :)

    ReplyDelete
  7. betul, aku sokong!

    diaorang tak sedar ke bulan ramadan tu sendiri satu perayaan yang paling patut disambut...

    ReplyDelete
  8. tak boleh lau xdgr lagu raya
    hihihi

    ReplyDelete
  9. aimie amalina:
    Betul tu, bergembiralah pd tempatnya..

    Muhammad Syahmi:
    Asalkan lagu tu melalaikan, maka patutlah dielakkan..

    iMBobo:
    Ha'ah.. Dah nak raya la.. Skrg nie klo nk psg kira ok la.. Tpi yg x bleh tahan tu first day puasa dah ade yg psg lgu raya kuat2..

    hanafijaafar:
    Huhu.. maybe bagi diorg Syawal tu lbih bermakna kot.. ;-)

    sally wanny:
    Dengar sorang2 x pe la.. jgn la bukak kuat2.. haha :-)

    syrupmasin:
    Ade je.. lgi2 kt hostel.. Siap kena maki org yg buka lagu raya tu..

    ReplyDelete
  10. a'ah sardin cicah ketupat..sdap :) try lh

    ReplyDelete
  11. betul jugak tuh!! nanti bila dah syawal dengar la puas2 lagu tuh kan time puasa nih hormat la.btw ..sardin pon nmpk sedap je bile berpuasa nih.hehe

    ReplyDelete
  12. aimi adilah:
    Mcm best je.. Nti la sruh mak buat.. hehe.. ;-)

    luqman zakaria:
    Bulan puasa rumput pun nmpak sedap.. haha..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails